Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 27 April 2015

Sekolah Agama Di Kajang Ini Dilanda Masalah - Wakil Rakyat, Awak Kat Mana.

Prakutuk.

Kita bukan wakil rakyat yang berkredibel jika gagal selesaikan masalah penduduk setempat. Yang ada neh pun kita tak terjaga dan sibuk nak jadi calon kat tempat lain?

Itu, jika kita wakil rakyat.

Jika kita label diri kita sebagai pejuang?
Rakyat yang tertindas?
Penyokong keadilan?
Mempromosikan kebenaran?

Kita bukan berada di laluan yang betul jika kita tidak menjadi jujur dengan apa yang kita perjuangkan. Prinsip. Bukan benda fizikal yang kita boleh gengam. Berhadapan kejadian, kau akan berhadapan sebenarnya dengan apa diri kau sendiri. Itu prinsip. Kau kenal siapa diri kau.

------------------------


Apa yang terjadi?

Kronologi.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah (yang telah wujud sejak 1977) ini telah mendiami tanah ini sejak 1984, sumber - http://ms.wikipedia.org/…/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Agama…
Namun, 2015 mencatat kuasa pembangunan telah merobek keharmonian suasana sekolah ini. Di hadapan sekolah ini, dijanjikan "Homes designed for contemporary living" bersama "suites, penthouses and shopes". Golongan apakah yang diharapkan bakal menghuni kejiranan dan persekitaran institusi pendidikan ini kelak?
Setakat hari ini, kehadiran trellar panjang dan jentera berat di tapak projek sudah cukup mengharukan, membingitkan dan memualkan. Apakah nasib anak-anak yang sedang dan bakal bersekolah di sini? Apa sesuaikah tanah sekangkang kera di hadapan sekolah ini dan bersebelahan lebuhraya SILK ini dinaikkan bangunan setinggi 36 tingkat?
Menurut jurucakap program bantah hari ini, jika dirujuk gari spanduan pembangunan pangsapuri perkhidmatan, ciri-ciri tanah sekangkang kera ini langsung tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak kerajaan negeri (dokumen 2010 tapi saya tidak dapat ingat nama dokumennya pula).
Pokoknya, projek ini harus disiasat, dibantah dan dihentikan!

--------------------------

Niat sebenar.

- Satu wakil rakyat satu kawasan. Adun mahupun parlimen.

- Contoh kes di atas. Kelayakan dan kredibliti DSWA layak dipertikaikan.

- Bukan secara individu bahkan wakil rakyat yang mempunyai 2 kerusi memang layak dipertikaikan kredibliti mereka.

- Tak mampu jaga Kajang sibuk nak jaga Permatang Pauh.
- Legasi, menafikan hak DAP menjawat jawatan ketua pembangkang dan akan mengantikan peranan Anwar di parlimen. 3 dari 7 alasan yang diberi.

- 4 alasan yang lain, tiada satu pun yang menyebut tentang rakyat. Tiada.
- Dan itulah parti politik dan wajah sebenar wakil rakyat, jika kau mahu tahu. 

Konflik.

- Macam mana nak buat pilihan jika kau pengundi?

- Kau tak mahu undi BN, hati kau juga sakit dengan mengundi PKR.

- Kau tahu BN laksana polisi yang menindas. Kau taknak beri mesej yang salah kepada BN konon rakyat terima GST. Tapi dalam waktu yang sama, kau juga taknak beri mesej yang salah kepada PKR konon pengundi menerima amalan nepotisme, amalan memperbodohkan minda pengundi dan amalan letak jawatan sesuka ahti.

- Kau tak yakin dengan calon ketiga. Kemampuan mereka tidak dibuktikan.

- Jadi apa pilihan yang kau ada. Makan racun atau minum racun.

Babak pilihanraya.

- Semua calon PRK kini ialah dewa.

- Kau akan baca, lihat dan nampak semua pujian dicanangkan dan dilaporkan ke atas mereka.

- Calon PKR terbaik, calon BN terbaik, calon PAS terbaik, semua terbaik, takde yang tak terbaik.

- Ter-baik. Baik. Ter-baik. Maksudnya. Mereka tiba-tiba menjadi baik ketika pilihanraya. Sebab itulah digunakan istilah ter-baik. Nampak?

- Jika aku boleh ubah kaedah, maka aku akan ubah. 1 kerusi, 1 jawatankuasa sementara ditubuhkan bersempena pilihanraya. Kumpul masalah dari setiap tempat dan beri kepada calon-calon yang bertanding untuk mereka analisa dan bentangkan kaedah bagaimana mereka mahu menyelesaikan masalah berbangkit. Dari itu pengundi akan menilai kemampuan calon2 bertanding.

- Aku taknak dengar cerita puji-pujian terhadap calon. Semak.

- Aku taknak baca cerita-cerita kempen kutuk calon lawan. Semak.

- Aku taknak tengok menteri dan sebagainya turun kempen untuk menangkan calon. Semak.

- Aku taknak dengar ceramah parti dan calon. Semak.

- Aku taknak tengok calon buat2 turun padang edar risalah, buat2 melawat kawasan, masuk paper dan media serta cybertroopers meroyan p sebar dan puji melambung calon parti mereka. Semak.
- Buat kaji selidik, cari masalah, bentang kaedah penyelesaian, terang melalui manifesto, cakap apa yang ko nak buat kat kawasan tue, target dan jangka masa, jika kau gagal bagaimana kau akan bertanggungjawab dan apa bentuk denda yang pengundi patut tetapkan jika kau didapati ponteng persidangan parlimen atau DUN dengan sengaja. Ini je aku nak tahu. Yang lain-lain tue semua SEMAK.

---------------------------
Kesimpulan. 

Wan Azizah. Permatang Pauh belum dimenangi semula. Kajang. Kerusi yang sudah pasti. Masalah yang dihadapi oleh Maahad Hamidiah ialah masalah sebenar. Perlu perhatian. Kerja anda disini. Menanti. Terima kasih.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...