Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 1 Mei 2015

Lihatla Wajah Ahmad Maslan YG Sentap Bila Diminta Diam Dari Menjawab Isu GST Topup.

Maka. Sebelum Ahmad Maslan nak kata sesiapa pun tak faham apa-apa tentang GST, ada baiknya untuk Ahmad Maslan tepuk muka dia sendiri apabila Najib sendiri dah memberikan bayangan bahawa Ahmad Maslan sendiri pun tak faham apa-apa tentang GST.

Arahan Najib yang membuatkan Ahmad Maslan sentap dan terkilan. 



Yang rakyat Malaysia nampak ;

1. Najib keluar arahan ikut twitter je? Aik. Dah marah sangat ke dengan kebodohan Ahmad Maslan dan KASTAM yang terkantoi bangang?

2. Peranan SKMM dan menteri komunikasi lebih mendekati kepada penyelesaian masalah dan sekaligus point2 dorang tentang GST dalam topup adalah fakta. Manakala point2 Ahmad Maslan dan KASTAM lebih kepada propaganda murahan.

Macam aku kata la sebelum2 neh. SST cukai pukal dengan GST cukai kepenggunaan tak sama kaedahnya pengiraannya. Untuk kau salahkan kapitalisma tamak, yes. Aku setuju. Tapi kau kena perincikan isu. Jangan asal tamak aje kau salahkan kapitalisma. Dalam kes GST = maksudnya CUKAI, ia bukan salah kapitalis tetapi salah kerajaan. Cukai ini kerajaan yang impose. Topup tertakluk GST pun kerajaan yang putuskan. Syarikat? Hanya akur.

Maka. Semua jenis perkhidmatan jual beli topup, langsung atau tidak, dikenakan cukai GST. Iaitu 1 item 1 cukai. Faham?

SST seperingkat. GST berperingkat.

Bayar 1 kali VS bayar banyak kali dan kau expect bayar banyak kali boleh turunkan modal dan kurangkan harga barang yang kau nak beli? Agak2 la kau pun.

GST sistem dia. Anda beli anda bayar. Sistem sapa yang buat? Kerajaan. Tapi sapa yang rakyat Malaysia beria2 maki? Kapitalisma. Punca? Sebab mereka sebelum2 neh menzalimi rakyat. Tapi pernah fikir. Polisi kerajaan membenarkan mereka bersikap tamak dan rakus mencari keuntungan? Pernah tahu yang kapitalisma dibenarkan sistem negara untuk memperdayakan rakyat? Maka. Pada kerajaan yang kau kena maki lebih2. GST neh kerajaan yang salah. Kapitalisma takde kaitan. Kau nak marah, marah pada orang yang betul2 berperanan buat masalah. Maki2 kapitalisma atas benda yang bukan dorang impose. Gila la kot. Siap kata kerajaan tunduk pada kapitalisma lagi. Ayat nak memperbodohkan diri sendiri. Kerajaan bukan tunduk tapi tersepit bila nak melawan sistem yang depa sendiri cipta. 

KAH KAH KAH

Mungkin selepas mendengar penjelasan, maka Najib pun tahu la. Siapa yang main propa siapa yang berkata benar. Lalu. Kepada Shabery Cheek diberi tanggungjawab menyelesaikan masalah berkaitan harga penjualan kad prepaid.

Apa yang Shabery Cheek cakap tue betul. Dan aku suka nak ingatkan. Jangan kau marah peniaga yang taknak serap kos GST. GST itu sistemnya membenarkan cukai dialih keluar kepada pengguna. Dia punya pasal la taknak serap cukai. Kau sapa nak paksa2. Cukai itu yang makan kerajaan. Tak puas ahti kritik la BN.

Dan setelah menerima arahan menerusi twitter, maka Ahmad Maslan pun agak emosi dan sentap jua la menjawab persoalan berkaitan dengan arahan terbaru Najib tue.

Ini yang dia ulas. Tengok wajah dia. Perhatikan betul2. Mood tengah sentap dan geram. Apatah lagi baru lepas sambut harijadi.
Ahmad Maslan Sentap diarah tutup mulut isu GST Topup.
Posted by Kami Benci Saiful Bukhari! on Friday, May 1, 2015

Klik sini jika video gagal load.

Senarionya mudah. Ahmad Maslan dan KASTAM cuba memperdayakan rakyat. Mereka nak gambarkan yang kapitalisma tamak. Maka, kapitalisma menaikkan harga jualan kad topup. Sedangkan apa yang cuba disorokkan oleh Ahmad Maslan ialah ;

- GST berdasarkan cukai kepenggunaan. Anda beli anda bayar, 1 item 1 cukai.

- Kerajaan sendiri yang memasukkan JUAL-BELI prepaid perlu diGSTkan.

- Bahkan cadangan yang sama pernah terbit pada tahun 2011. Aku tak tipu. Baca ini, fakta kes. 

- Pembayangnya apa? Kat situ je dah menampakkan bagaimana GST yang bakal dikenakan kepada PREPAID (ketika itu, atas nama GTS) akan menaikkan harga jualan. Nampak? Itu sebab rakyat bantah. Itu sebab kerajaan hold keputusan mereka dan berlakon macam kena fitnah. Semua neh gara2 keputusan kerajaan untuk mencukai ASTRO dan perkhidmatan pascabayar le. Masa itu. Cuma plan mereka bab prepaid, kena hold. 

- Maka, skrip dirancang. Rakyat perlu maki kapitalisma. Lagipun. Syarikat telekomunikasi bukan ada reputasi yang baik pun di mata rakyat. Kepada pihak kerajaan pula. Pihak kita perlu diperlihatkan sedang berusaha menghalang ketamakkan kapitalisma yang menaikkan harga kad topup.

- Fakta? Yes. Syarikat giant telekomunikasi memang lancau. Perkhidmatan ale uto. Mahal. Tak berbaloi. Tetapi mereka ada bekap baik. Polisi kerajaan membenarkan penindasan tersebut. Itu satu babak. Babak GST pula? 100% kerajaan yang salah. Jangan orang lain yang bunuh, orang lain yang kau tuduh. Salah tue beb.

Apa2 pun aku tunggu. Aku nak tengok macam mana Shabery Cheek nak selesai benda neh. Pada aku hanya ;

- Mahsuhkan cukai pada prepaid

- Prepaid menggunakan sistem SST

- GST pukal ke atas prepaid

Ini je yang boleh selesaikan masalah. Takde cara lain. Sebab sistem GST cukai berperingkat. Layer sana sini. Semua menyumbang (membayar modal + cukai) maka memang adil la semua nak untung juga sama perniagaan. 

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...