Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 29 April 2019

Buka Kedutaan Di Israel, Ini Kenyataan Lengkap Senator DAP Nga Hock Cheh.

POLITIK | Nampaknya Ahli Dewan Negara, Senator Nga Hock Cheh dari DAP telah dikecam berikutan mencadangkan;


👉 Buka kedutaan Israel di Malaysia.


👉 Kad pengenalan focus kepada identiti kebangsaan tanpa membabitkan unsur perkauman yang memecahkan perpaduan (berkemungkinan merujuk kepada status agama di kad pengenalan).

Hal ini menyebabkan Senator dari DAP itu dikecam bertubi-tubi dari pelbagai pihak termasuklah dari pimpinan parti kerajaan itu sendiri.

Disebabkan itu, ramai yang mahu membaca sendiri cadangan Senator DAP itu bagi membuat penilaian adil dan seimbang.

Berikut pihak kami sertakan hansard yang merangkumi cadangan;

Status agama di Kad Pengenalan.



Hujah Senator Nga Hock Cheh;

👉 Kad Pengenalan yang menentukan kaum/anutan seseorang melonggarkan perpaduan, seharusnya menekankan konsep semangat kebangsaan - jika ini berlaku sejak bayi maka tidak wujud perkauman.

👉 Parti politik berasaskan kaum perlu dikaji kerana mendorong semangat perkauman.

👉 Beberapa perkataan yang memecahkan hubungan antara kaum perlu dihentikan dari terus digunakan kerana ianya sensitif dan merosakkan perpaduan.

Buka kedutaan di Israel.



Hujah Senator Nga Hock Cheh;

👉 Berpaksikan kepada soalan DSAI apakah Malaysia mahu membuka kedutaan di Palestine tanpa melalui Israel, Nga berkata Malaysia sepatutnya menimbangkan cadangan membuka kedutaan di Israel dan Palestine.

👉 Beliau memberikan 3 sebab kenapa cadangan itu dikemukakan.

👉 Malaysia boleh memainkan peranan menjadi medium pendamai dikalangan negara-negara timur tengah memandangkan mempunyai Perdana Menteri yang terkenal, disegani, berpengaruh dan dihormati oleh ramai pihak. 

👉Israel negara kecil yang mempunyai kemajuan teknologi yang canggih. Terutamanya dalam bidang pertanian. Thailand menerima manfaat darinya. Ia akan menguntungkan negara jika Malaysia boleh membuka pintu kepada Israel. Para petani akan mendapat faedah darinya.

👉 Mendorong kepada usaha damai diantara kedua-dua blok akan meninggalkan legasi yang baik buat negara.

Kedua-dua cadangan oleh Senator Nga di atas telah dibidas oleh Senator Umno atas beberapa alasan, antaranya tidak sensitif dan tidak berpaksikan realiti semasa. - 29 April 2019.

#PRKSandakan : Calon DAP Dikecam Kerana Bersihkan Kubur Umat Islam, Ini Penjelasan Pemuda PH.

Kenyataan Media, Razeef Rakimin Setiausaha Pemuda Pakatan Harapan, Sabah | Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Hari ini saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan selepas tular gambar calon DAP PRK Sandakan yang juga anak kepada mantan MP Sandakan mendiang Stephen Wong, Vivien Wong sedang membersihkan tanah perkuburan Islam. Dalam banyak ciapan di media sosial dikatakan ia taktik kempen DAP paling teruk.

 

 
Memang bagi sesetengah orang ia adalah pelik dan lebih pelik kerana ianya dilakukan ketika kempen PRK Sandakan. Namun ini adalah perkara biasa yang dilakukan komuniti DAP dan Pakatan Harapan di Sabah dan saya menyokong tindakan kemasyarakatan yang dilakukan saudari Vivien Wong serta komuniti DAP Sandakan.

DAP Dan Kerja Kemasyarakatan

Untuk pengetahuan, mantan MP Sandakan mendiang Stephen Wong tidak asing dalam kerja-kerja kemasyarakatan membersihkan tanah perkuburan Islam.

Pada 14 Jun 2015 (lihat gambar), mendiang Stephen Wong bersama penduduk Tg.Papat mengadakan acara gotong royong membersihkan tanah perkuburan Islam. Pada 5 Ogos 2018 (lihat gambar) juga mendiang bersama komuniti DAP serta penduduk Kg.Sim Sim Berhala Darat melakukan aktiviti sama.

 


 
Jika dilihat pada tarikh yang dinyatakan ia bukanlah dilakukan semasa kempen pilihanraya. Malah kerja gotong royong membersihkan tanah perkuburan Islam sudah sering kali dilakukan dan dianjurkan DAP Sandakan yang dipimpin mendiang.

Bukan itu sahaja, DAP Sandakan juga amat aktif dalam pelbagai aktiviti gotong royong dan kemasyarakatan dan saya yakin rakyat Sandakan sudah amat mengenali dan tahu kerja-kerja kemasyarakatan yang dilakukan DAP Sandakan sejak menjadi pembangkang sehingga kini setelah menjadi kerajaan.

Nilai Diri, Ambil Positif

Saya amat berharap usaha murni yang dilakukan ini dipandang dan diambil positif oleh semua lapisan masyarakat kerana saya yakin apa yang dilakukan saudari Vivien Wong bukanlah untuk Pilihanraya Kecil semata kerana DAP Sandakan memang amat dikenali dengan kerja-kerja kemasyarakatan.

Apa yang dilakukan oleh komuniti DAP Sandakan wajar dijadikan contoh kepada semua pihak bahawa semua masyarakat mampu mengekalkan keindahan dan kebersihan kawasan kediaman serta seluruh persekitaran andai semua berganding bahu tanpa mengharapkan bantuan organisasi tertentu mahupun dana untuk menjaga kawasan persekitaran. Ia juga mampu mencegah dari pelbagai jenis penyakit antaranya kolera dan denggi.

DAP Membentuk Perpaduan

Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden apatah lagi masyarakat di Malaysia adalah masyarakat berbilang kaum. Maka, perlu ada aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu seperti gotong royong yang mampu membentuk masyarakat yang kondusif.

Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan tanah perkuburan, kawasan perumahan, taman permainan mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Aktiviti ini merapatkan masyarakat kepada nilai-nilai murni. Rasa kekitaan, rasa prihatin, dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini.

Hal ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat terutama golongan muda. - 29 April 2019.

Lokman Nafi Stress, Dakwa Kenalan TMJ Suruh Sebarkan Poster..

SEMASA | Nampaknya cerita penyebaran poster Santai Teh Tarik Bersama 4 Putera Mahkota semakin menarik.


Kronologi ringkas; 

👉 Lokman sebarkan poster Santai Teh Tarik bersama 4 Putera Mahkota di Telegram dan Facebooknya.

👉 Penyokong UMNO turut menyebarkan poster yang sama.

👉 Penyebaran poster itu dikaitkan dengan penglibatan UMNO dan dibayangkan sebagai tindak balas terhadap sesetengah pihak yang menyokong ratifikasi Statut Rom.

👉 Tiba-tiba Lokman umumkan program dibatalkan. Atas alasan pihak istana tidak boleh terlibat dalam majlis berbaur politik secara langsung.

👉 Dalam kenyataan itu Lokman berkata, selepas satu jam menyebarkan poster tersebut, beliau telah menerima beberapa panggilan.

👉 Lokman juga menjelaskan program tersebut adalah program pihak Istana. Bahkan posternya juga diterima dari kenalan yang rapat dengan TMJ.

👉 "Program ini program Istana, bukan program kami. Bila saya menerima WhatsApp dan poster dari seorang sahabat yang rapat dengan pihak TMJ, saya pun sebarkan dan tulis akan hadir.

Memandangkan 'posting' saya rata-rata orang UMNO yang terima, maka sudah pastilah yang rancak menyebarkannya ialah dikalangan orang UMNO juga.

Bila berita sampai ke pihak Istana, sudah wujud persepsi. Ini menyebabkan salah seorang daripada ayahanda putera terbabit menasihati baginda untuk menunda program tersebut bagi mengelak fitnah seolah-olah 4 Putera Mahkota tersebut campurtangan dalam soal politik dengan menghadiri program UMNO," katanya dalam kenyataan itu.

👉 Disebabkan kenyataan Lokman itulah, tumpuan kini beralih ke arah TMJ. 

👉 Ini berikutan kelantangan TMJ dalam mengkritik pentadbiran Pakatan Harapan terutamanya Tun Mahathir. 

👉 Bahkan baru-baru ini tersebar satu rakaman video suara menyerupai TMJ yang menjawab kepada penyokongnya, lebih baik tukar PM daripada tukar Mora (jurulatih JDT). 

👉 Ini menyebabkan masyarakat melihat wujudnya perselisihan faham diantara TMJ dan Pakatan Harapan terutamanya, kem Tun Mahathir.

👉 Lokman turut menjelaskan beliau menafikan dakwaan sebuah portal yang mengatakan beliau mengalami tekanan berikutan kegagalan program Santai Teh Tarik bersama 4 Putera Mahkota.

👉 "Tidak benar. Program ini program mereka, saya cuma tolong sebar bagi meramaikan lagi program tersebut. Kita sayang Sultan dan Tengku Mahkota kita, kita tidak mahu ada yang mengata program baginda kurang sambutan pula nanti.

Maklumlah, zaman Malaysia Baharu ni, TMJ dilihat lantang menyuarakan kepentingan rakyat. 

Beliau antara yang paling teruk menjadi sasaran Tun Mahathir. Harap semua jelas, terima kasih," jelasnya.

👉 Putera Mahkota (Raja Muda) Selangor juga menafikan terlibat dalam program tersebut, bahkan berasa kesal kerana gambar baginda digunakan tanpa kebenaran. - 29 April 2019.

Ahad, 28 April 2019

Satu Persatu Faedah Untuk Rakyat Selangor Dibatalkan..

KENYATAAN MEDIA KHALID IBRAHIM | Salam. Sesungguhnya saya sangat kecewa apabila membaca berita pengumuman Dato’ Menteri Besar Selangor bahawa Skim Mesra Usia Emas yang diperkenalkan oleh kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat pada 2008 akan ditamatkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan pada Mei hadapan.


Apatah lagi apabila Tabung Kewangan Anak Selangor (Tawas) dan Hadiah Perkahwinan untuk Belia juga telah terlebih awal dibatalkan kerajaan negeri.

Program-program tersebut adalah antara 14 program kebajikan di bawah Skim Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor yang mempunyai matlamat murni; memulangkan hasil negeri kepada rakyat.

Selaku Menteri Besar pada ketika itu saya mahu rakyat merasai negeri ini milik mereka. Justeru slogan #Selangorku begitu terpahat di hati rakyat.

Pada masa yang sama saya turut mahu membuktikan bahawa apabila hasil negeri diurus dengan baik oleh kerajaan, rakyat juga berhak merasa pulangannya.
Malangnya ahli politik di bawah Pakatan Harapan setelah mendapat mandat selesa dari rakyat tidak mempunyai niat yang sama atau tidak mampu dan tidak berkebolehan untuk meneruskan usaha yang telah saya mulakan. Pastinya skandal 1MDB tidak boleh dijadikan alasan kegagalan mereka meneruskan program kebajikan rakyat ini.

Saya tidak fikir sumber hasil pendapatan Selangor sekarang jauh berbeza dengan apa yang diperolehi pada zaman saya. Namun yang berbeza adalah pendekatan pengurusan dan pentadbiran. Diburukkan lagi dengan perbelanjaan yang tidak dikawal, tiadanya cermat dan hemat serta amanah.

Jika dahulu rakyat Selangor boleh berbangga berasal dari negeri yang paling kaya dan maju serta dirahmati dengan pelbagai program kebajikan, sekarang rakyat Selangor mungkin antara yang paling malang. Selain pemberian air percuma kepada setiap isirumah akan dibatalkan, tarif air pula akan dinaikkan. Ini semua merupakan kesan dan akibat langsung dari tindakan kerajaan negeri yang tunduk kepada pemegang konsesi SPLASH dengan membayar RM2.7 billion iaitu 10 kali lebih banyak dari nilai yang sepatutnya dalam urusan penstrukturan semula industri air di negeri ini.

Kepada rakyat Selangor, meskipun perit dengan perkembangan ekonomi dan terik dengan tekanan kos sara hidup, dunia belum berakhir. Bertabah dan pada masa yang sama jangan sesekali putus asa memperjuangkan yang hak. Kepada pemimpin pula jangan sesekali khianat kepada amanah yang diberikan rakyat kerana sekali rakyat bertindak kerajaan berusia 60 tahun juga boleh runtuh.

Wallahu’alam.

Sabtu, 27 April 2019

Kenapa Kecam Raja-Raja Di Forum Statut Rom Soal Pensyarah..

KAMARUL YUSOF | FORUM MALAYSIA & STATUT ROME BERTUKAR JADI PLATFORM UNTUK MENGECAM RAJA-RAJA MELAYU?

Menonton Forum Malaysia & Statut Rome yang berlangsung di Auditorium Tun Suffian, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini, saya terasa sedikit kurang selesa bila melihat tiga panelis pertamanya, iaitu Tommy Thomas, Dato’ Noor Farida Ariffin dan Dato’ Prof Emeritus Shad Saleem Faruqi, dan dua panelis terakhirnya, Lim Wei Jiet dan Asheeq Ali, semuanya berucap dalam bahasa Inggeris walaupun pengerusi dan moderatornya berucap dalam bahasa Malaysia.


Oleh itu, sesuatu yang agak menceriakan bila panelis keempatnya, Dr Syed Husin Ali, yang merupakan bekas Timbalan Presiden PKR dan kini adalah Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, berucap dalam bahasa Malaysia.

Begitupun, sementara tiga panelis pertamanya memperkatakan mengenai isu-isu perundangan, khasnya mengenai ketiadaan imuniti Raja-Raja Melayu sejak tahun 1993, Dr Syed Husin Ali, walaupun berucap dalam bahasa Malaysia, pula bersikap jauh lebih agresif.

Selain mendedahkan amalan feudalisme masyarakat Melayu dengan menyebut istilah “patik” yang digunakan oleh mereka ketika berbahasa dengan Raja-Raja Melayu sebagai membawa makna “anjing” dan istilah “duli” membawa makna “tapak kaki yang berdebu”, Dr Syed Husin Ali antara lainnya:


(1) Mendakwa Raja-Raja Melayu merasa terancam kerana banyak sangat belanja yang ditanggung oleh rakyat, maka ada rakyat yang sudah merasakan tidak perlu lagi kepada Raja, dan perasaan ini semakin kuat.


(2) Menimbulkan persoalan mengenai kalau mahu kepada simbol, mengapa perlu ada sembilan Raja, mengapa tidak satu saja, dan mengenai macam mana nak ketepikan Raja-Raja yang kini sudah semakin kuat.


(3) Mendakwa kebanyakan Raja-Raja Melayu sekarang adalah pembesar yang diletakkan sebagai Raja oleh British, dan kalau berterusan cabaran ke atas mereka, dan rakyat mengetahui, akan menjadi masalah besar.


(4) Mendakwa Raja-Raja Melayu makin meluas menentang dan menceroboh perlembagaan, termasuk mencampuri hal politik dan ekonomi hingga menyebabkan “Raja dianggap sebagai antara perompak kekayaan negara”.


Mendengar kenyataan-kenyataan Dr Syed Husin Ali ini, tidaklah salah jika penonton Forum Malaysia & Statut Rome menyimpulkan forum ini, selain bertujuan mengecam empat pensyarah yang membentangkan kajian mengenai Statut Rom kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu, bertukar menjadi platform untuk mengecam Raja-Raja Melayu.

Saya pun pelik mengapa seorang bekas ahli akademik ternama seperti Dr Syed Husin Ali boleh mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang serius sifatnya di dalam satu forum terbuka bila ia tidaklah terlalu relevan dengan tajuk yang dibincangkan malah boleh mendatangkan perasaan negatif pendengarnya pula kepada Raja-Raja Melayu. - 27 April 2019.

Beri Markah Untuk Diri Sendiri, Saifuddin Nasution Sebenarnya Disalahanggap, Hanya Jawab Soalan Media..

Afiq Aziz | Menteri 6.5 - masuk bakul angkat sendiri

Selepas pulang dari tugasan semalam, banyak pihak, malah dari penyokong kerajaan sendiri "troll" menteri yang dikatakan memuji diri sendiri.

Antaranya, menteri ini self claim, bangga diri, dan beri markah diri sendiri sedangkan beliau "under perform".

 

 
Ia dipercayai merujuk kepada Menteri Hal Ehwal Pengguna dan Kepenggunaan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang membuat sesi temubual dengan media sempena satu tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.

Saya diberi kesempatan untuk berada dalam sesi ini dan saya rasa adalah kurang tepat gambaran yang diperoleh wargamaya walaupun laporan akhbar dan media adalah tepat dalam penyampaiannya.

1. Beri markah untuk diri sendiri;
Menteri ditanya "how do you rate your self, from 1-10"
Menteri jawab secara literal tanpa ragu-ragu: 6.5 kerana masih banyak perkara yang cuba diusahakan namun belum sampai ke tahap yang memuaskan.

Beliau akui masih banyak perubahan yang diperlukan di kementeriannya. Jadi terpulang kepada rakyat untuk menilai berapa markah yang patut beliau perolehi. Adakah ia sepadan dengan apa yang dia nilai.

 

Namun penilaian tersebut (self-rated) bukanlah sengaja/suka-suka di maklumkan. Ia hanya memenuhi tuntutan persoalan pihak media. Sebagai pengamal media, tentulah berpuas hati kerana soalan dijawab dengan jelas. Tak ada “pusing-pusing”.

2. Dia ditanya lagi, secara literal “apakah tiga pencapaian yang membanggakan” sebagai menteri, juga Saifuddin menjawab dengan jelas;

Tiga perkara itu ialah pelaksanaan program Foodbank, diberi kepercayaan oleh cabinet untuk menerajui program subsidi minyak bersasar Ron95, dan dilantik sebagai salah seorang ahli Majlis Tindakan Ekonomi yang dipengerusikan YAB PM di mana satu analisis untuk mencari punca kenaikan harga barang bagi setiap barang di setiap lapisan rantaian bekalan sedang dilakukan.

Analisis awal yang merangkumi 10 barangan (seperti cadangan Bank Negara) telah dibentangkan kepada cabinet dua hari lalu dan laporan penuh dijangka siap menjelang September. Dengan analisis ini, langkah penguatkuasaan dapat dibuat dengan lebih tepat – barang apa dan elemen apa yang menjadi penyebab harga barang tinggi.

Malahan ia menjadi rujukan kepada kerajaan untuk merubah sesuatu dasar atau undang-undang jika diperlukan kelak.

Sebagai contoh, katanya harga sebiji kelapa import Indonesia setelah mendarat di Malaysia adalah 85sen, sedangkan harga buah kelapa di atas pokok kelapa di Perak berharga RM1.20.

Harga santan untuk 1kg adalah lebih kurang RM10. Oleh itu kajian harga rantaian untuk item ini, boleh memberi panduan kepada kerajaan apakah perlu dibuka lebih banyak AP import untuk buah kelapa, atau apakah item ini perlu dimasukkan ke dalam kategori barang kawalan.

3. Menteri juga ditanya, apakah tiga perkara yang masih belum sempat dilakukan atau masih tertangguh. Juga secara literal Saifuddin menjawab;

- mahu bantu mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan meningkatkan produktiviti melalui perniagaan e-dagang (e-commerce). Kementerian sebagai regulator sedang mencari mekanisma bagaimana ia boleh menjadi peneraju dalam segmen ini.


- mahu lakukan “consumer advocacy” dengan lebih kerap dan berkesan. Setakat ini masih sangat tidak memuaskan walaupun terdapat beberapa kerjasama dengan persatuan pengguna.


- bajet subsidi kerajaan tidak sampai kumpulan sasar kerana terdapat banyak kebocoran seperti di sempadan negara.


Saifudin juga menjelaskan kementerian masih tidak mempunyai cukup penguatkuasa, dengan nisbah 2,294 kepada 32 juta rakyat Malaysia bagi memantau keseluruhan barangan.

Bagaimanapun, tahun ini kerajaan telah membekalkan sebanyak 100 penjawatan tambahan bagi tujuan itu.

Kesimpulannya, dalam temuramah seperti ini, tentulah soalan-soalan tentang pencapaian mereka akan ditanya.

Jawapan-jawapan ini, walau pun tidaklah solid atau concrete untuk meredakan kebimbangan rakyat tentang kos sara hidup yang meningkat, harga barang yang naik (walaupun ada yang mengalami deflasi seperti sektor pengangkutan), dan perihal kehilangan pekerjaan, namun tidak lah wajar untuk membuat kesimpulan melulu berdasarkan satu atau dua berita, apatah lagi jika dengan hanya screenshot headline dan terus mengulas.

Berlaku adil.

(Pengalaman peribadi, selain Datuk Saifuddin, Menteri Wilayah Khalid Samad juga salah seorang menteri yang “well articulate” apabila menjawab soalan media. Mudah faham soalan, tidak teragak-agak/gagap, know his stuff, straight to the point, elaborate jika perlu. Senang kerja yang bertanya). - 27 April 2019.

Kenakan Tindakan Pada Bank Enggan Lulus Pinjaman, KJ Kata LGE Pentingkan Pemaju Rumah Mewah..

KHAIRY JAMALUDDIN | Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam ucapannya ketika merasmikan Kempen Pemilikan Rumah-Ekspo Hartanah Malaysia (HOC-MAPEX) hari ini menyatakan bahawa pihak kementeriannya Bersama-sama Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana bank yang menolak permohonan pinjaman perumahan tanpa asas-asas yang kukuh.


Kenyataan ini sebenarnya menunjukkan bahawa Menteri Kewangan gagal memahami masalah utama yang menyebabkan sesuatu permohonan pinjaman perumahan ditolak.

Pinjaman perumahan merupakan salah satu perniagaan utama bagi setiap bank komersial. Jarang sekali bank akan menolak mana-mana permohonan pinjaman sekiranya syarat asas pinjaman telah dan dapat dipenuhi oleh pemohon.Walau bagaimanapun, sebagai sebuah entiti perniagaan, bank komersial sudah tentu tidak mahu mengambil risiko untuk memberikan pinjaman kepada mana-mana pihak yang dirasakan tidak mampu membuat bayaran balik dan memenuhi komitmen pinjaman yang dibuat.

Persoalan besar tentang pemilikan rumah di neagra ini bukanlah kerana kesukaran mendapatkan pinjaman sebaliknya adalah harga rumah yang dijual adalah terlalu mahal dan di luar kemampuan rakyat.

Khazanah Research Institute (KRI) dalam kertas kerja kajian terbaru mereka bertajuk Rethinking Housing: Between State, Market and Society telah menyatakan bahawa tahap kemampuan untuk memiliki rumah terus merosot untuk tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Antara punca berlakunya perkara ini adalah kerana rumah-rumah yang dijual adalah sangat tidak boleh dibeli akibat ketidakmampuan yang serius.

Kajian oleh KRI ini juga adalah seiring dengan laporan bertajuk “Rumah Mampu Milik: Cabaran Dan Penyelesaian” yang dikeluarkan oleh BNM pada tahun lalu yang menjelaskan harga rumah di Malaysia adalah lima kali ganda pendapatan isi rumah median tahunan serta harga median rumah di Malaysia iaitu RM313,000 adalah lebih mahal berbanding harga maksimum mampu milik iaitu sebanyak RM282,000.

Kenyataan yang dibuat Menteri Kewangan ini dilihat hanya meletakkan kesalahan kepada pihak pemberi pinjaman iaitu bank tetapi pada masa yang sama menafikan realiti bahawa pemaju perumahan gagal memenuhi kehendak serta kemampuan rakyat apabila membina lebih banyak rumah mewah yang mahal berbanding rumah mampu milik.

Sebelum ini juga Menteri Kewangan telah melancarkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang menyaksikan kerajaan memperkenalkan insentif pengecualian duti setem ke atas pembelian rumah yang berharga RM300 ribu sehingga RM2.5 juta. Walaupun kononnya untuk membantu rakyat untuk memiliki rumah, kempen HOC ini dilihat hanyalah sebagai talian hayat kepada pihak pemaju untuk menjual unit yang tidak terjual.

Kenyataan terbaru Menteri Kewangan ini sekali lagi melihatkan sikapnya yang sangat ‘mesra pemaju’. Sepatutnya, Menteri Kewangan perlu mengawal tindakan pihak pemaju yang berterusan membina rumah ‘mampu berangan’ atau ‘mampu tengok’, bukannya menjadikan bank sebagai 'scapegoat' untuk dipersalahkan tetapi pada masa yang sama berterusan memberikan talian hayat kepada pihak pemaju ini.

https://www.freemalaysiatoday.com/…/kerajaan-bnm-akan-long…/

Bertegas Mahukan BTS Untuk Konsert, Awie Maki Syed Saddiq C*B*I, Gelar Artis Luar Sampah!

SOSMED | Semakin ramai yang memarahi tindakan Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu membawa artis KPOP terkenal BTS ke Malaysia bagi mengadakan konsert.


Meskipun telah membuat penjelasan dengan baik dan terperinci mengapakah perkara itu akan membawa keuntungan kepada negara, rata-rata pengkritik enggan menerima kenyataan menteri itu.

Penjelasan Syed Saddiq;




Mereka berterusan memperlekehkan dan mengejek Syed Saddiq sebagai;



Menteri budak
Menteri KPOP
Menteri hingusan

Di laman sosial.


Artis juga tak terkecuali menyatakan ketidakpuasan hati mereka dengan tindakan Menteri KBS itu. 


Antaranya, Awie.




Awie, artis rock terkenal negara, mempersoalkan kewajaran Menteri KBS yang bertegas mahu membawa masuk artis luar sehingga berupaya menjahanamkan periuk nasi artis tempatan.

Awie juga dalam kenyataan itu mengelar artis luar sebagai SAMPAH, dipercayai merujuk kepada KPOP. 

"INI LAH SATU MENTERI YANG NAK JAHANAMKAN ARTIS-ARTIS TEMPATAN AGAKNYA... PUNAI BETULLAH! PANGGILAH ARTIS LUAR SEMUA BIAR ARTIS KITA SEMUA PADAM, BUNGKUS DAN MELINGKUP!!! KATA EKONOMI TERUK LAGI NAK PANGGIL SAMPAH MASUK DALAM NEGARA INI UNTUK APA???

KAN BAGUS WAKTU SEKARANG NI BANTU ARTIS TANAHAIR YANG BANYAK MEMBANTU NEGARA DARI SUDUT HIBURAN DAN JUGA MENJADI PENARIK KEPADA PENGUNDI DATANG MENYOKONG KORANG SEMUA YANG JADI MENTERI SEKARANG?? TUNJUKKANLAH SIKIT RASA CINTA PADA BANGSA DAN BUDAYA KITA,"
katanya dalam satu kenyataan. 



Dalam nada seperti merajuk dan kemarahan, Awie juga meluahkan perasaan pendapatannya terjejas, tidak lagi seperti dahulu disebabkan kelembapan ekonomi seperti yang seringkali dicanangkan kerajaan dan menyeru orang ramai agar memboikot menteri-menteri kalut.


Katanya, hasil pendapatannya tahun ini adalah paling teruk dalam sepanjang masa beliau bergelar artis dan orang lain juga ramai mengadu mempunyai masalah yang sama seperti dirinya.

"BUKAN TAKDE ARTIS YANG BAGUS-BAGUS DALAM MALAYA NI... ASYIK NAK BANGGAKAN ORANG LUAR SAJA... BERUK DIHUTAN DISUSUKAN, ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN.

AKU RASA DAH SAMPAI MASANYA KITA SEMUA SEPAKAT BOIKOT MENTERI-MENTERI KALUT NI.. PULUHAN TAHUN AKU JADI PENGHIBUR, TAHUN NI AKU RASA PALING TERUK DALAM SEJARAH HIDUP... RAMAI YANG MENGADU KEWANGAN PROBLEM.


KERAJAAN PUN CAKAP EKONOMI PROBLEM TAPI MENTERI LOLYPOP NI NAK BUANG DUIT BAGI KAT ARTIS LUAR. KAN CIBAI NAMANYA TU!!! KORANG SEMUA PIKIRLAH BAIK-BAIK LEVEL MENTERI INI... TERIMA KASIH MENTERI KBS ... MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA PASOLA!," kata Awie mengakhiri kenyataannya itu. - 27 April 2019.

"Jual 48% Saham Modenas Ke Jepun, Takde Yang Menangis Ke," Najib Ejek Pakatan Harapan..

POLITIK | Penjualan saham MODENAS kepada syarikat Jepun nampaknya dijadikan modal untuk Najib Razak menyindir kerajaan Pakatan Harapan.



Najib mempersoalkan kenapakah tindakan menjual saham MODENAS sehingga 48% tidak dianggap menjual jenama motorsikal tempatan kepada Jepun sebaliknya ketika beliau menjual saham 49% kepada China, ia dianggap menjual syarikat nasional kepada negara asing.

"China beli 49% Proton masa BN tak boleh. Jepun beli 48% Modenas masa PH boleh pulak?

Saya baca berita semalam bahawa DRB-Hicom telah jual secara terus kepentingan 11% dalam Modenas kepada syarikat Jepun, Kawasaki.

Pada masa yang sama, Kawasaki juga membeli saham keutamaan boleh tukar (CPS) Modenas, menjadikan penguasaannya meningkat kepada 48%.

Eh... takde pulak orang menangis atau marah bahawa syarikat motosikal nasional dijual kepada Jepun?

Ke mana perginya ayat-ayat "Anak saya dijual. Kita tidak boleh bangga dengan Modenas lagi ..." ?

Di mananya rintihan tangis yang tersedak-sedak, sayup terdengar?

Takde pulak Raykat nak tuduh kerajaan PH atau PM ke-7 telah jual negara ke?

Dulu, DRB-Hicom juga yang jual kepentingan 49% dalam Proton kepada syarikat China - bukan kerajaan yang jual.

Tapi BN dan saya disalahkan.

Permainan fitnah dan politik kotor PH memang licik sehingga ramai telah ditipu dan dipergunakan,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Terdahulu portal Malaysia Gazette melaporkan DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom) menjual 14,300,000 unit atau 11 peratus saham biasa Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) kepada Kawasaki Heavy Industries, Ltd (KHI) pada harga RM40.3 juta.


Dengan perjanjian ini, KHI yang telah pun memiliki 19 peratus saham Modenas akan meningkatkan ekuiti kepada 30 peratus.

KHI juga akan membeli 52,000,000 saham keutamaan boleh tukar (CPS) yang akan dikeluarkan oleh Modenas, menjadikan penguasaannya meningkat kepada 48 peratus.

CPS tersebut hanya akan ditukar tertakluk kepada Modenas mencapai beberapa tanda aras yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Pengarah Urusan Kumpulan bagi DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar percaya struktur ekuiti baharu tersebut akan memberi manfaat kepada Modenas.

“KHI telah memegang ekuiti didalam Modenas sejak penubuhannya lagi. Ketika itu pun, produk mereka telah membantu Modenas mencapai persada carta jualan di pasaran motosikal tempatan.

“Pegangan ekuiti yang lebih besar ini bererti KHI akan mengambil bahagian didalam operasi Modenas berbanding hanya sebagai pemegang saham.

“Saya yakin pengalaman dan kepakaran teknikal, KHI akan membawa kepada suatu fasa produk yang lebih baik untuk pelanggan Modenas terutamanya dalam segmen street bikeserta sports bike”,
kata Syed Faisal dalam laporan itu. - 27 April 2019.

Najib Jawab Tommy, BN Cadang Ratifikasi Statut Rom Pada 2011 Tetapi Batalkan Selepas Peguam Negara Kata Jangan..

POLITIK | Isu Statut Rom kembali menjadi topik perbincangan di sosial media, ini gara-gara penganjuran satu forum yang membincangkan kenapakah kerajaan patut meratifkasikan Statut Rom pada pagi sabtu ini. 



Forum itu dihadiri oleh panelis pro ratifikasikan Statut Rom jadi kebanyakan pandangan adalah berpaksikan pro Pakatan Harapan dan menentang pandangan 4 ahli akademik yang diterima oleh raja-raja melayu.


Bagaimanapun forum itu tidaklah bersifat berat sebelah ini kerana jemputan telah dihantarkan kepada 4 ahli akademik itu untuk menyuarakan pandangan masing-masing namun kesemua dari mereka enggan hadirkan diri bagi berbincang secara ilmiah. 


Antara panelis yang hadir ialah Tommy Thomas. Dalam forum itu Tommy mengatakan BN sendiri pernah mahu meratifikasikan Statut Rom pada tahun 2011. 


Menjawab kritikan Tommy, Najib tampil dengan kenyataan yang menjelaskan apa sebenarnya berlaku disebalik tabir berkenaan isu Statut Rom.

Katanya pada tahun 2011, BN sememangnya pernah berbincang mahu meratifikasikan Statut Rom bagaimanapun cadangan terhenti selepas dinasihati oleh Peguam Negara pada ketika itu. 


Najib bagaimanapun tidak menamakan siapakah Peguam Negara yang menasihati agar Statut Rom tidak dirafikasikan kerajaan ketika itu.


"Saya tak nafi bahawa kerajaan BN semasa saya PM pernah berbincang Statut Rom.

Memang tugas sebuah kerajaan yang bertanggungjawab untuk berbincang dan mempertimbangkan konvenyen PBB (UN).

Namun, mengapa perbincangan kerajaan BN pada bulan Mac 2011 masih tidak diratifikasi TUJUH tahun kemudian sehingga PRU14?

Tentu ada sebabnya.

Ini ialah kerana kerajaan BN mendengar dan menerima nasihat dari Peguam Negara pada masa itu bahawa ianya ada kemungkinan akan bercanggah dengan perlembagaan dan undang-undang negara,"
jelasnya dalam kenyataan itu.



Bekas Perdana Menteri itu juga sempat menyindir Pakatan Harapan yang disifatkannya terburu-buru lalu terpaksa uturn selepas dibantah rakyat.


"Sebab mengapa kerajaan BN dahulu tidak pernah meratifikasi Statut Rom juga dilaporkan dalam media tempatan : https://www.malaymail.com/…/rome-statute-what-is-it…/1736067

Berbeza dengan zaman PH;


- Kerajaan BN tak pernah umum kepada satu dunia bahawa kita akan meratifikasi statut Rom. Selepas itu, kena U-Turn.


- Kerajaan BN tak pernah menandatangan dokumen-dokumen untuk meratifikasi statut Rom,"
katanya lagi. - 27 April 2019.

BN Minta Penjelasan MIDA, CCCC Sign MoU Bangunkan Ribuan Hektar Tanah Untuk ECRL..

Wee Ka Siong | Semalam di China, Perdana Menteri Tun Mahathir telah menyaksikan tiga memorandum persefahaman (MoU) dimeterai.

Salah satu MOU tersebut ialah antara agensi kerajaan MIDA dan CCCC bagi pembangunan taman perindustrian, infrastruktur, hab logistik dan yang berkaitan dengan projek ECRL.

Tidak banyak perincian berhubung perjanjian ini sebagaimana yang dilaporkan oleh media tempatan kita.

 
Ini perkara yang diluar kebiasaan kerana ia melibatkan pembangunan besar iaitu berkaitan taman perindustrian dan hab logistik. Sepatutnya ia menjadi tajuk utama dan menghebahkannya sebagai satu kejayaan kerajaan.

Adakah ini ada kaitan dengan apa yang didedahkan oleh blogger RPK minggu lepas yang mengatakan MIDA akan menyerahkan beribu-ribu ekar tanah kepada CCCC?

https://www.malaysia-today.net/…/terdedah-perjanjian-rahsi…/

RPK juga mendakwa pemberian tanah dan projek kepada CCCC yang bernilai RM10 bilion itu merupakan perjanjian sampingan dalam projek ECRL.

Beberapa hari lepas, Menteri Kewangan kata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut. Bercakap kepada pemberita, Guan Eng memberitahu beliau tidak percaya mengenai kontrak sedemikian kerana ia tidak dibincangkan di dalam kabinet. Beliau turut menafikan pemberian tanah atau perjanjian seperti yang didakwa RPK.

https://www.bharian.com.my/…/ecrl-tiada-tanah-percuma-diber…

Adakah Menteri Kewangan bercakap benar atau sebaliknya? Dan projek bernilai RM10 bilion ini tidak dibawa ke pengetahuan kabinet, sedangkan ia melibatkan tanah kerajaan yang akan diberikan kepada negara lain?

Lim Guan Eng perlu menjelaskan persoalan serius ini.

Dedahkan perincian kontrak dalam MOU ini dan bersihkan apa jua perjanjian sampingan yang mungkin ada dalam projek ECRL. Beliau juga perlu dedahkan sama ada CCCC diberikan pengecualian cukai jualan untuk projek ECRL atau sebaliknya. - 27 April 2019.

Puji Diri Sendiri, Apa Pandangan Masyarakat Terhadap Menteri KPDNHEP..

SOSMED | Nampaknya tindakan beberapa menteri memuji prestasi diri sendiri menjadi bahan lawak di sosial media. 

Jika sebelum ini P. WaythaMoorty dikecam netizens kerana memuji dirinya sendiri, kali ini giliran Saifuddin Nasution pula menerima nasib yang sama.


Terdahulu Awani melaporkan pujian Menteri KPDNHEP terhadap prestasi dirinya sendiri.

Menurut Saifudddin beliau layak mendapat markah 6.5 dari 10 markah bagi menilai prestasinya sebagai menteri.

Kenyataan itu kemudiannya ditertawakan rata-rata netizens yang sememangnya tidak berpuas hati apabila harga barang tetap naik meskipun SST telah beberapa bulan mengantikan GST. 

Dengan lebih dari 2 ribu komen, bolehlah dikatakan 99.9% respon mengecam Saifuddin Nasution. Sesetengah yang tegar Pakatan Harapan pula meletakkan komen spin & divert dengan menyalahkan pembangkang. 

Respon netizens;




i) Shahrul Nasrun | Ini Saifuddin Nasution.
 

 
Saifuddin Nasution berjawatan Menteri.

Rakyat kata Saifuddin Nasution adalah seorang Menteri yang lemah.

Saifuddin Nasution berang bila dengar rakyat kata dia Menteri lemah.

Saifuddin Nasution mahu buktikan dia Menteri yang berkebolehan.

Lalu Saifuddin Nasution adakan satu ujian buat dirinya.

Kemudian Saifuddin Nasution menduduki ujian itu dengan penuh tekun.

Selepas jawab ujian dengan tekun Saifuddin Nasution memeriksa kertas ujian itu.

Saifuddin Nasution terkejut dirinya perolehi 6.5 daripada 10 markah.

Saifuddin Nasution terus umum kepada rakyat.

Dia berjaya memperolehi markah 6.5 daripada 10 dalam ujiannya sendiri.

Saifuddin Nasution berbangga dan mengucap tahniah kepada dirinya sendiri.

Bijak sungguh Saifuddin Nasution.

Sekian kisah Saifuddin Nasution dan kertas ujian.

#KerajaanSepenggal

----


ii) Prof. Muhammad Agus Yusof | Dahulu, ramai resah apabila menteri BN bersuara dengan kata-kata yang tidak ministerial. Setelah kerajaan bertukar, saya membayangkan kata-kata tidak ministerial seperti menteri BN dahulu tidak akan berulang lagi.

Namun, ternyata bayangan saya salah. Menteri sekarang pun sama, jika pun tidak lebih teruk. Ada menteri yang bercakap ikut sedap mulut tanpa memikirkan kesannya.

Contohnya, ada menteri yang ‘self-rating’, minta rakyat minum sesudu minyak sawit sebelum sarapan, hendak membina kereta terbang, hendak bawa artis Korea bagi memeriahkan Tahun Melawat Malaysia 2020 dan lainnya.

Kata-kata menteri sebegini membuatkan rakyat bosan. Rakyat merayu, enough is enough! Kembali semula ke drawing board, muhasabah di mana silap dan perbetulkan dengan cepat. Rakyat mahu melihat hasil dari sebuah kerajaan PH yang cekap dan peduli rakyat. Rakyat mahu melihat branding dan karisma menteri-menteri kita.

Jika belum cukup ilmu, tuntutlah. Tidak salah kalau pemimpin terus belajar dan membaiki kelemahan yang ditegur rakyat. Jika tidak ada pengumuman mustahak yang hendak disampaikan, baiklah diam jika berkata-kata itu boleh meresahkan rakyat.

Kemudilah negara ini dengan baik supaya destinasi kita untuk membina kesejahteraan rakyat tidak menyimpang. - 27 April 2019.

Jumaat, 26 April 2019

Kaji Selidik Buktikan Kerajaan Hilang Sokongan, PH Akan Kalah Jika PRU Semula.

Kamarul Yusoff | PH AKAN KALAH DALAM PRU SEMULA

Berdasarkan kaji selidik terbaru Merdeka Center yang dibuat pada 5-11 Mac 2019 dan yang disiarkan hari ini, 26 April 2019, Pakatan Harapan akan kalah kalau dibuat pilihan raya umum semula dalam waktu terdekat.


Ini kerana tahap kepuasan hati rakyat terhadap Kerajaan Persekutuan pada 11 Mac 2019 jatuh merudum kepada 39% sahaja berbanding:

(1) 79% pada 31 Mei 2018.
(2) 72% pada 19 Julai 2018.
(3) 66% pada 16 Ogos 2018.
(4) 57% pada 30 September 2018.
(5) 58% pada 30 Oktober 2018.
(6) 54% pada 27 Disember 2018.
(7) 52% pada 29 Januari 2019.

Tiada guna untuk kita selaku seorang Menteri meletakkan markah 60%, 65% atau 70% ke atas prestasi diri kita sendiri jika rakyat hanya memberikan markah 39% sahaja kepada Kerajaan Persekutuan yang kita anggotai.

Berdasarkan kaji selidik ini juga, tahap kepuasan hati rakyat terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad pada 11 Mac 2019 didapati turut jatuh kepada 46% sahaja berbanding:

(1) 83% pada 31 Mei 2018.
(2) 79% pada 19 Julai 2018.
(3) 71% pada 16 Ogos 2018.
(4) 67% pada 30 September 2018.
(5) 64% pada 30 Oktober 2018.
(6) 59% pada 27 Disember 2018.
(7) 58% pada 29 Januari 2019.

Tun Dr Mahathir dan Pakatan Harapan perlu melakukan sesuatu perkara yang drastik bagi melonjakkan balik tahap kepuasan hati rakyat terhadap beliau selaku Perdana Menteri dan terhadap Pakatan Harapan selaku Kerajaan Persekutuan.

Sudah pastilah dapatan kaji selidik ini akan digunakan oleh parti-parti pembangkang untuk menekan Tun Dr Mahathir dan Pakatan Harapan supaya membubarkan Parlimen atau untuk sekurang-kurangnya akur kepada kehendak mereka.

Pada masa yang sama, dapatan kaji selidik ini mungkin akan digunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam Pakatan Harapan untuk menekan Tun Dr Mahathir supaya mempercepatkan peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Begitupun, walaupun Tun Dr Mahathir sudah tidak lagi sepopular sebelum ini, beliau lebih popular berbanding Kerajaan Persekutuan yang beliau ketuai menjadikan Kerajaan Persekutuan yang lebih bergantung kepada beliau.

Semakin menarik perkembangan politik Malaysia sekarang. - 26 April 2019.

Khamis, 25 April 2019

Jangan Lagi Jadikan 1MDB Alasan Tak Boleh Tunai Janji, Wee Ka Siong 'Sound' Tony Pua Kaw-Kaw..

Wee Ka Siong | MEMBIDAS TONY PUA

Tony Pua bertanya sama ada "kleptokrasi" adalah sesuatu yang baik jika negara boleh membayar balik hutang negara.

Nampaknya Tony ada masalah membaca memandangkan beliau tidak faham kenyataan sebenar saya.


Kenyataan asal saya mengatakan bahawa PH tidak lagi boleh menjadikan 1MDB sebagai alasan untuk mereka tidak menunaikan janji manifesto atau meneruskan propaganda kononnya 1MDB menyebabkan negara bankrap dan generasi akan datang dibebani dengan hutang.

Namun saya gembira apabila Tony akhirnya bersetuju bahawa Malaysia sememangnya mampu membayar balik hutang 1MDB.

Oleh yang demikian, pimpinan PH seharusnya mengikut saranan Tony supaya tidak lagi menggunakan 1MDB sebagai alasan.

Untuk rekod, saya langsung tidak pernah mengatakan bahawa perbuatan mencuri atau sebarang salahlaku termasuk berkaitan 1MDB itu sesuatu yang baik malah saya sentiasa menyokong siasatan yang dijalankan. Saya juga merupakan salah seorang Ahli Parlimen yang memberikan undi sokongan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk membuka semula siasatan berkaitan 1MDB.

Walaubagaimanapun, kerajaan PH sendiri telah menggantung penyiasatan PAC tersebut sedangkan majoriti Ahli Parlimen telah pun bersetuju supaya ianya dibuka semula pada bulan Ogos tahun lepas.

Kerajaan PH juga tidak menyiarkan laporan audit khas berkaitan 1MDB yang dijalankan oleh Pricewaterhouse Coopers (PwC) walaupun ia sudah lengkap pada Ogos 2018 dan pernah dijanjikan oleh Menteri Kewangan.

Disamping itu, kerajaan PH juga telah membatalkan perjanjian penyelesaian antara syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) kerana ia akan menunjukkan ada klausa menyatakan IPIC perlu membayar semula wang yang dikatakan hilang dari 1MDB sebelum 31 Disember 2020.

Apabila kerajaan PH mengumumkan pembatalan tersebut dan mengatakan bahawa mereka tidak akan membayar hutang IPIC, IPIC dengan segera mengeluarkan kenyataan menegaskan bahawa 1MDB tidak berhutang apa-apa wang kepada IPIC.

Kerajaan PH bagaimanapun enggan mengulas kenyataan IPIC tersebut. Pembatalan berlaku sekitar bulan Ogos 2018 dan sehingga hari ini, tidak kedengaran sebarang berita berhubung apa yang berlaku dengan rundingan dengan IPIC berkenaan.

Mereka yang mengikuti kes 1MDB ini pastinya sedar bahawa sebahagian besar wang yang dikatakan hilang itu timbul selepas pemindahan aset yang dijamin oleh pihak pengurusan IPIC.

Justeru itu, bagi mendapatkan semula wang yang dikatakan hilang itu maka kerajaan PH terpaksa mengaitkannya dengan IPIC.

Namun, sudah hampir setahun PH ambil alih tampuk pemerintahan, kita masih belum mendengar sebarang berita mengenai usaha serius kerajaan PH memburu IPIC, malah pihak berkuasa turut mempersoalkan bekas pengurusan tertinggi IPIC yang dikatakan memasukkan duit 1MDB ke dalam akaun mereka dan menggunakannya.

Kenapa tiada tindakan dikenakan PH terhadap IPIC dan bekas pengurusannya?

Sekarang, kita kembali kepada jawapan Tony satu per satu.

1.Tony mendakwa kerajaan BN pada 2017 dan awal 2018 secara rahsia membayar RM6.77 bilion hutang 1MDB sementara kerajaan Pakatan Harapan perlu membayar lebih RM1.16 bilion hutang 1MDB pada 2018.

Rahsia? Tony dan Guan Eng sendiri mengesahkan bahawa aset 1MDB telah dipindahkan ke Kementerian Kewangan. Sebagai pelajar jurusan akauntan pastinya tahu bahawa pemindahan aset tidak boleh dilakukan dengan sebegitu mudah, tanpa mengambil kira pinjaman berkaitan aset tersebut.

Bila Kementerian Kewangan ambil aset, Kementerian Kewangan juga perlu membayar pinjaman.

Ini adalah logik dan asas perakaunan.

Tony kata pinjaman kekal berjumlah RM39 bilion adalah kerana 1MDB ada hutang RM7 bilion dengan Kementerian Kewangan.

Tony sebaliknya perlu menjawab persoalan tentang jumlah sebenar Kementerian Kewangan berhutang dengan 1MDB selepas mengambil alih aset berharga iaitu TRX dan Bandar Malaysia?

Soalan 2, 3 dan 4 dijawab serentak.

Terima kasih kerana mengesahkan bahawa hutang negara telah meningkat RM95.1 bilion (termasuk bon samurai RM7.3 bilion) sejak akhir 2017 serta RM82 bilion yang dijarah PH daripada Petronas.

Selepas dicampur, ia berjumlah RM177.1 bilion selepas kerajaan PH berjaya meningkatkan hutang negara dan menjarah rizab tunai Petronas RM170 bilion yang ditinggalkan BN.

Dengan itu, belanjawan defisit pentadbiran kerajaan PH jauh lebih besar berbanding BN dan Tony sendiri turut mengakui bahawa hutang negara telah meningkat dengan begitu ketara dan pantas.

Pada dasarnya, Tony membuktikan bahawa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan kesilapan apabila mengatakan hutang negara susut sedangkan ia meningkat dengan amat ketara.

Secara ringkasnya,

Berapakah yang diambil kerajaan PH daripada angka RM171 bilion ini?

RM177.1 bilion ini sudah mencukupi untuk menghapuskan keseluruhan pinjaman PTPTN sebanyak RM40 bilion DAN hutang Prasarana Malaysia Berhad berjumlah RM31 bilion pada akhir tahun 2018 DAN hutang 1MDB RM39 bilion malah, masih mempunyai baki sebanyak RM60 bilion.

Namun yang demikian, tiada sesen pun hutang negara dikurangkan dibawah pentadbiran kerajaan PH walaupun sudah begitu banyak wang dikikis.

Soalan 5.

Tony kata beliau bersungguh-sungguh mahu ajar saya bagaimana GDV (Nilai Pembangunan Kasar) boleh digunakan untuk membayar hutang.

Tiada masalah. Pertama, 1MDB masih lagi memiliki 40% daripada projek Bandar Malaysia yang bernilai RM180 bilion dan memiliki kepentingan majoriti dalam projek TRX bernilai RM40 bilion termasuk 40% bagi pembangunan TRX Lifestyle Quarter.

Bandar Malaysia juga berhutang dengan 1MDB sekitar RM7.4 bilion.

Apabila kedua-dua projek ini sedang berjalan, ekonomi turut berkembang. Kerajaan pula akan mengutip cukai dan manfaat daripada proses ini menerusi syarikat, pekerja, pembekal dan pembeli hartanah dalam projek tersebut.

Kerajaan akan mengutip cukai jualan, korporat, duti setem peribadi dan juga keuntungan daripada pemilikan 40% saham 1MDB di Bandar Malaysia serta kepentingan majoriti dalam projek TRX.

Pendapatan ini sememangnya boleh digunakan untuk membayar hutang.

Adakah anda faham sekarang?

Soalan 6

Tony kata beliau bukanlah Yang Maha Kuasa atau Yang Maha Mengetahui dan tidak boleh menjawab tentang nilai keseluruhan impak ekonomi dua projek tersebut kepada negara kita.

Ini adalah sesuatu yang menakjubkan apabila kerajaan PH tidak tahu kesan ekonomi atau kajian kebolehlaksanaan sesuatu projek bernilai puluhan bilion ringgit!

Sukar dipercayai.

Soalan 7 dan 8 dijawab serentak.

Akhirnya saya dan Tony bersetuju bahawa kedua-dua projek 1MDB ini memberi manfaat kepada negara dan ekonomi kita.

Tony juga akhirnya bersetuju bahawa tidak semua berkaitan 1MDB itu merupakan satu beban atau negatif sebaliknya ada manfaat.

Maka, benarlah seperti apa yang saya kata sebelum ini.

PH tidak lagi boleh menjadikan 1MDB sebagai alasan untuk mereka tidak menunaikan janji manifesto atau meneruskan propaganda kononnya 1MDB menyebabkan negara bankrap dan generasi akan datang dibebani dengan hutang.

KJ 'Claim' Dua Projek Mega Di Sandakan Hasil Usaha BN..

KHAIRY JAMALUDDIN | Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan akhbar untuk mengingatkan kepada penduduk Sandakan tentang jumlah peruntukan yang telah disalurkan Kerajaan Persekutuan kepada daerah Sandakan.

Mungkin kenyataan akhbar ini hanyalah kebetulan dan tiada kena mengena dengan kempen PRK Sandakan yang akan bermula pada Sabtu ini.

 

Tetapi yang menariknya, Lim Guan Eng telah memberikan penekanan terhadap dua buah projek utama di daerah Sandakan iaitu projek naiktaraf landasan Lapangan Terbang Sandakan dan Projek Tebatan Banjir Sg Anip di Sandakan.


Dua buah projek ini sebenarnya telah diluluskan di bawah RMK-11 bagi tempoh 2016-2020 ketika pembentangannya pada tahun 2015. Jumlah RM80 juta peruntukan menaiktaraf landasan Lapangan Terbang Sandakan ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 7 Mei 2017 ketika merasmikan bangunan terminal baru lapang terbang ini. Dengan kata lain, peruntukan tambahan RM80 juta yang diumumkan pada tahun 2017 ini adalah sambungan kepada projek naik taraf yang telah dimulakan ketika pentadbiran BN lagi.

Bagi Projek Tebatan Banjir Sg Anip pula, kerajaan PH hanyalah menyambung perancangan awal yang telah dibuat oleh BN sebelum ini. Jika disemak kemaskini terakhir di laman web Jabatan Pengairan dan Saliran pada 12 Disember 2017, jelas sekali PTB ini sememangnya telah dirancang awal oleh kerajaan BN untuk penduduk Sandakan.

Keputusan kerajaan PH untuk meneruskan projek pembangunan yang dirancang ketika pentadbiran BN harus dihargai. Kalau hendak ambil kredit pun, silakan. Sekalipun hendak mencari laba politik menjelang PRK Sandakan, janganlah menutup kebenaran sebenar seolah-olah projek yang dilaksanakan ini adalah projek baru di bawah PH.

Tak Benar Laporan Sultan Johor Enggan Jumpa Muhyiddin Dan Mahathir..

Marzuki Mohamad | Joceline Tan dalam artikel bertajuk “MB of Johor faces first big test” yang disiarkan dalam ruangan Analisis, The Star, pada 21 April 2019 menulis:

“Dr Sahruddin’s appointment (as Menteri Besar of Johor) was the talk of Johor political circles because it was Osman who presented his name to the palace instead of Tan Sri Muhyiddin Yassin or the Prime Minister”.

 
“Subtle gestures like these are important in Malay politics and there was speculation that the palace did not want to meet Muhyiddin or Dr Mahathir.”

Fakta yang dikemukakan oleh Joceline dalam tulisan di atas adalah tidak benar.

Pertama, nama Dr Sahruddin sebagai calon Menteri Besar Johor tidak dikemukakan oleh Dato’ Osman Sapian, bekas Menteri Besar Johor. Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu telah menyembah maklum nama Dr Sahruddin sebagai calon MB Johor menerusi sepucuk surat bertarikh 13 April 2019 yang diutuskan kepada DYMM Sultan Johor untuk perkenan baginda. Surat tersebut telah dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Johor menerusi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Alhamdulillah, nama Dr Sahruddin sebagai calon MB Johor seperti yang disembah maklum oleh Tan Sri Muhyiddin telah diperkenankan oleh Tuanku Sultan Johor.

Kedua, spekulasi bahawa Tuanku Sultan Johor enggan menerima Tan Sri Muhyiddin mengadap untuk menyembah maklum nama calon Menteri Besar Johor yang baharu seperti yang ditulis oleh Joceline juga adalah tidak benar. Sebaliknya, Tan Sri Muhyiddin dalam suratnya kepada Tuanku Sultan Johor telah memohon perkenan Tuanku untuk mengadap baginda pada satu tarikh lain kerana beliau berada di luar negara pada ketika itu. Tuanku Sultan Johor telah memperkenankan permohonan Tan Sri Muhyiddin dan menerima beliau mengadap pada 21 April 2019.

Apabila mendapat pengesahan mengenai peletakan jawatan Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin telah mengadakan pertemuan dengan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Pakatan Harapan, untuk berbincang mengenai calon MB Johor yang baharu untuk disembah maklum kepada Tuanku Sultan Johor. YAB Tun bersetuju supaya Dr Sahruddin dinamakan sebagai calon MB Johor.

Tan Sri Muhyiddin juga telah mengadakan pertemuan dengan semua pimpinan parti-parti anggota Pakatan Harapan di peringkat pusat dan negeri Johor untuk mendapatkan persetujuan mereka bahawa pengganti Menteri Besar Johor hendaklah daripada Bersatu. Hasil pertemuan ini, semua pimpinan parti anggota PH mencapai kata sepakat bahawa pengganti MB Johor hendaklah daripada Bersatu.

Beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan semua ADUN, Ahli Parlimen dan Ketua-Ketua Bahagian Bersatu Negeri Johor. Dalam pertemuan ini, semua yang hadir telah bermuafakat untuk menerima siapa sahaja yang dinamakan oleh pucuk pimpinan parti sebagai Menteri Besar Johor yang baharu.

Perbincangan awal juga telah diadakan dengan pihak Istana Johor dan Kerajaan Negeri Johor untuk memastikan peralihan kepimpinan Kerajaan Negeri Johor berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah, walaupun wujud desas-desus mengenai ketegangan hubungan antara pihak Istana Johor dan Kerajaan Persekutuan, namun berkat kebijaksanaan Tuanku Sultan Johor dan pucuk pimpinan Pakatan Harapan, peralihan kepimpinan kerajaan negeri Johor berjalan dengan lancar dan sempurna.

Tidak seperti yang digambarkan dalam tulisan Joceline Tan, Tan Sri Muhyiddin adalah antara tokoh yang memainkan peranan utama dalam proses peralihan ini. Sebagai ketua de facto PH Johor, beliau telah dipertanggungjawabkan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menangani isu peralihan kepimpinan kerajaan negeri Johor dengan baik.

Tanggungjawab ini telah dilaksanakan dengan sempurna oleh Tan Sri Muhyiddin. Ini adalah hasil persefahaman dan kerjasama baik yang diterima daripada pihak Istana Johor, Kerajaan Negeri Johor dan seluruh pimpinan parti anggota PH di peringkat negeri Johor dan pusat. Ahli-ahli parti juga telah bertindak secara matang dan tenang dalam melalui proses peralihan ini.

Benarlah, muafakat membawa berkat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...