Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 4 Mei 2019

Kronologi Duit KWAP Masuk Ke SRC International.

BICARA NAJIB | Pada 24 April 2019, Pengurus Cawangan AmBank Jalan Raja Chulan, R Uma Devi mengesahkan terdapat kemasukan RM4b ke dalam akaun SRC International.

👉 Akaun semasa SRC International bernombor :
2112022009736 telah menerima RM4 billon di antara Ogos 2011 hingga Mac 2012.

👉
RM2b dimasukkan ke akaun SRC pada 29 Ogos 2011 dalam empat kali transaksi iaitu RM500 juta setiap satu transaksi. 

RM500j
RM500j
RM500j
RM500j

👉 Pada 28 Mac 2012, RM2b sekali lagi dimasukkan ke dalam akaun semasa SRC International dalam sekali transaksi. 

👉 Kemudiannya SRC International Sdn Bhd memasukkan wang berjumlah RM50 juta ke dalam akaun Gandingan Mentari Sdn Bhd pada 2014 dan 2015.

👉 Terdapat surat arahan untuk tiga transaksi membabitkan wang;

📌 RM40 juta pada 24 Disember 2014
📌 RM5 juta pada 5 Februari 2015  
📌 RM5 juta pada 6 Februari 2015
 
👉 Saksi ke-24, Pengurus Bank bahagian Pusat Kiriman Wang Ambank, Wedani Senen, 45 mengesahkan RM4b yang masuk ke dalam akaun SRC International bernombor : 2112022009736 adalah datang dari dana KWAP = Kumpulan Wang Persaraaan. 


👉 Saksi ke-24 turut ditanyakan kenapakah 4 pemindahan dilakukan dari akaun KWAP kepada SRC pada 29 Ogos 2011.

SULAIMAN: Mengapa terdapat empat resit untuk pemindahan RM2 bilion bagi transaksi 29 Ogos 2011?

WEDANI: Had transaksi kami adalah RM500 juta dan hanya boleh diluluskan oleh peringkat pengurus dan ke bawah.

SULAIMAN: Jadi untuk memindahkan RM2 bilion ini memerlukan empat transaksi?

WEDANI: Ya betul.

SULAIMAN: Setiap satu adalah RM500 juta?

WEDANI: Ya betul.

SULAIMAN: (merujuk kepada dokumen RENTAS).

WEDANI: Saya sahkan terdapat transaksi keluar sebanyak RM2 bilion daripada KWAP kepada SRC International pada 28 Mac 2012.

SULAIMAN: Boleh Puan rujuk kepada dokumen ini. Kenapa terdapat satu resit sahaja?

WEDANI: Ini adalah kerana ia dikreditkan secara terus melalui satu transaksi melalui RENTAS. Kami menerima wang daripada KWAP pada jam 5.40 petang manakala Bank Negara Malaysia tutup pada jam 6 petang, oleh itu perlu masukkan wang itu segera.

SULAIMAN: Siapa yang meluluskan pemindahan ini?

WEDANI: Bagi had pemindahan RM500 juta ia boleh diluluskan oleh pegawai bank iaitu pengurus dan ke bawah. Bagaimanapun bagi yang melebihi RM500 juta ia hanya boleh dilakukan oleh pegawai bank berpangkat Pengurus Kanan dan ke atas.


👉 Pada 8 Julai 2014, syarikat Permai Binaraya Sdn Bhd telah memasukkan RM27j ke dalam akaun Najib. Dan ini disahkan oleh saksi ke 24.

👉 Saksi ke 24 turut mengesahkan kemasukan wang berjumlah RM27j, RM10j dan RM5j dari Ihsan Perdana Sdn Bhd ke akaun bank Najib Razak.
 

Ini adalah bahagian kedua. Selepas wang dari KWAP dimasukkan ke dalam akaun SRC International, wang itu kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib menerusi beberapa transaksi. Sila ke sini untuk butiran lanjut. - 4 Mei 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...