Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 3 Mei 2019

Tun Mahathir VS Polisi VS Menteri Pengangkutan.

ULASAN | i) Nampaknya saranan Perdana Menteri, Tun Mahathir yang mahu memperkenalkan pekerjaan waktu malam telah menjadi bahan ejekan netizens.

Menurut netizens cadangan itu bodoh, karut, tak masuk akal dan merepek.

Eh, betul ke?

Mari kita hayati apa sebenarnya yang Tun Mahathir maksudkan melalui cadangan kerja waktu malam terlebih dahulu;

👉 Terlalu banyak pekerja asing di Malaysia.

👉 Pekerja asing neh selalunya terlibat dalam kerja 3D - (dirty, difficult, dangerous = kotor, sukar dan berbahaya).

👉 Pekerja asing ini telah membawa RM60b setiap tahun keluar dari negara, jumlah mereka adalah sebanyak 7 juta orang ketika ini.

👉 Perdana Menteri mahu warga tempatan terlibat dalam kerja 3D bagi mengantikan warga asing sekaligus mengurangkan aliran wang ke luar negara.

👉 Tetapi warga tempatan tidak mahu kepada pekerjaan seperti ini atas faktor cuaca PANAS. KOTOR. BERBAHAYA.
negar

👉 Maka Perdana Menteri kata kerajaan mahu mengkaji dengan mempermudahkan kerja-kerja 3D itu supaya rakyat tidak lagi melihat kerja 3D sebagai PANAS. KOTOR. BERBAHAYA.

👉 Antara cadangannya ialah bekerja waktu malam - mengatasi faktor cuaca panas, antara pekerjaan yang diberikan contoh ialah bertani. Iaitu padi.

👉 PM juga berkata ada negara yang waktu siangnya tidur dan waktu malamnya bekerja, ya ada negara yang melakukan perkara itu ketika di bulan puasa. 

👉 Ada negara yang membina rumah dalam bangunan, bagi mengelak bekerja dalam cuaca terik, dengan bantuan tren dan waktu malam juga boleh membina rumah. 

Tujuannya;

👉 Supaya rakyat tak lagi memandang pekerjaan 3D adalah pekerjaan yang merumitkan, leceh dan memalukan.

👉 Supaya negara tak lagi bergantung kepada warga asing.

👉 Menambahkan peluang pekerjaan kepada rakyat.
 
👉 Supaya graduan melihat ia sebagai pilihan sementara menunggu kerja yang lebih sesuai dengan kelayakan.

Ini adalah faktor kenapa Perdana Menteri mengeluarkan saranan seperti di atas. 

Mempermudahkan sektor pekerjaan 3D adalah cadangan yang bagus tetapi perlu diseiringkan dengan polisi yang menjaga hak pekerja.

Apakah benar rakyat menolak kerja 3D kerana susahnya, kotornya, dan bahayanya?

YA. Tetapi selain itu;

👉 Gaji yang tak setimpal dengan tenaga yang dikeluarkan.

👉 Tiadanya polisi rawatan kesihatan, naik gaji, cuti tahunan, elaun yang menjaga kebajikan para pekerja.

👉 Hutang pendidikan yang perlu dibayar menyebabkan graduan tidak boleh tidak untuk TIDAK memilih kerja. Mereka perlu PILIH kerja yang boleh cover kos sara hidup + sewa + pengangkutan + hutang pendidikan + bil. Tak boleh cari kerja gaji rendah untuk lepas makan sahaja. 

Ini bermakna, dalam memudahkan sektor kerja 3D ia perlu diseiringkan dengan langkah menjaga kebajikan para pekerja.

ii) Baru-baru ini kerajaan telah merendahkan levi pekerja warga asing.



Impak pengurangan LEVI ini ialah;

👉 Majikan boleh import lebih banyak warga asing.

👉 Kenapa majikan suka warga asing? Kerana majikan boleh buli mereka.

👉 Warga tempatan mahukan pekerjaan yang menjaga hak dan kebajikan mereka - dengan tak menafikan memang ada warga tempatan yang pemalas dan memilih kerja, tetapi bukan semuanya seperti itu.

👉  Di Malaysia, kerajaan terlalu memandang nyawa pekerja asing seperti sampah. Kebajikan warga asing tidak terjaga dengan majikan boleh sewenang-wenangnya melakukan penindasan dan pembulian. Hak mereka terabai, bila ditindas mereka terpaksa berpakat sesama sendiri membela diri dari negara yang gila ini.

👉 Berbeza dengan rakyat tempatan, mereka tak akur dan tunduk pada pembulian dengan mudah. Paling teruk pun mereka akan angkat kaki dan cari peluang lain. 

iii) Dan, Anthony pula berkata kerajaan perlu buka ruang pada pekerja asing sebagai PEMANDU TRELER.



👉 Ada 1,000 kekosongan pemandu treler kontena di Pelabuhan Klang & Tanjong Pelepas.

👉 Rakyat beralih ke negara lain.

👉 Alasan rakyat bertukar kerana GAJI TINGGI.

👉 Anthony mahu KDN buka jawatan pemandu treler kepada warga asing.

👉 Sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 hingga 5 tahun sebelum industri ini berubah ke arah era digital.

👉 Kata kerajaan dengan era digital ia akan mengurangkan kos, menjimatkan sumber tenaga dan masa. 

Fuhh..

Kat sinilah kerajaan kontradiks sesama mereka. 

Apa yang Tun Mahathir mahu?


Apa yang polisi Pakatan Harapan buat?


Apa yang Menteri lakukan?


Nampak?

Mereka tak senada, mereka tak selari, mereka tak sepakat.

Apa yang mereka cakap tak sama macam apa yang mereka buat.

Permudahkan kerja 3D, cadang kerja waktu malam bukan benda bodoh. 


Rujukan : https://aghealth.ucdavis.edu/news/night-work-growing-trend-western-agriculture

👉 Tetapi cadangan yang baik ini tidak pula diselarikan dengan polisi yang menyokong agenda kerajaan, ini kan pelik?

👉 Menyokong PM memudahkan kerja 3D. Menyokong idea kerja waktu malam.

👉 Tetapi tak sokong kurangkan levi. Apatah lagi dalam keadaan membiarkan pembulian berskala besar-besaran terhadap warga asing.

👉 Tak sokong nyahbekukan sektor yang KDN bekukan. Jika gaji masalah, maka naikkanlah gaji. Kenapa majikan lebih sanggup bayar levi dan import warga asing dari bagi gaji tinggi kat rakyat tempatan? Adakah majikan warga asing?

👉 Bukankah kerajaan patut kaji pemikiran majikan sebegini dan mencari solusi terbaik untuk semua pihak? 7 juta warga asing kat negara neh tak cukup lagi, Anthony? - 3 Mei 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...