Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 3 Mei 2019

Undang-Undang 'Anti Maki Hamun, Mencarut,' Netizens Tolak Cadangan Siti Mariah, Tunjuk Bukti PH Pun Lebih Kurang..

POLITIK | Adun Seri Serdang, YB Siti Mariah Mahmud mencadangkan agar perbuatan memaki hamun dan mencarut dikuatkuasakan sebagai jenayah supaya tindakan boleh diambil terhadap pelaku.


"Tiba masanya kita ada undang undang yang melarang maki hamun dan mencarut di media sosial dan menjadikan kesalahan sesiapa yang menyebarkan atau berkongsi bahan sebegitu di media sosial .

Rakyat Malaysia belum bertamadun dengan kebebasan bersuara dan ekspressi. Kena ada senarai perkataan yang tidak boleh kita gunakan dalam lingkungan awam.

Menjadi-menjadi semenjak PH berkuasa kerana keterbukaan kerajaan yang terlalu luas,"
katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. 



Cadangan itu kemudiannya menerima respon negatif dari kalangan netizens. 



Kebanyakan netizens mempertikaikan dan menempelak cadangan Siti Mariah itu sebagai menyekat kebebasan bersuara.





Tak kurang juga mereka menyebarkan beberapa rakaman ceramah yang menggunakan bahasa agak keras oleh pimpinan tertentu dalam Pakatan Harapan.


Tinjauan di sosmed mendapati walaupun penyokong Pakatan Harapan, mereka juga menolak cadangan menjenayahkan maki hamun dan mencarut.

Siti Mariah bagaimanapun dilihat tidak membalas kecaman bertubi-tubi yang diterimanya sejak 2 hari lepas. Adun itu juga tidak menjelaskan samada cadangan itu akan diteruskan atau tidak selepas majoriti netizens memilih untuk menentang idea tersebut. - 3 Mei 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...