Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 3 Mei 2019

Bon Kerajaan Diturunkan Penarafan.

NAJIB RAZAK |Bank DBS yang merupakan bank terbesar di Singapura telah menurunkan penarafan bon pinjaman Kerajaan Malaysia semalam.

Bank DBS dengan aset US$404 bilion (RM1.7 trilion) kata risiko untuk Malaysia telah meningkat.

Sebelum PRU14, negara kita sering diberi "upgrade".

Selepas PRU14 bertukar menjadi cerita-cerita "downgrade" berterusan pula.

https://www.thestar.com.my/…/…/05/01/govt-bonds-downgraded/…

EDIT : Saya baca komen yang tanya apakah kesan kepada Malaysia. Ok, saya jelaskan.

Bila bon kita diturunkan penarafan, bon akan kurang diminat oleh pelabur asing.

Mereka yang masih pegang bon kita akan jual.

Apabila jual, kadar faedah untuk bon akan meningkat dan bon baru yang diterbitkan oleh kerajaan perlu membayar kadar faedah yang lebih tinggi.

Ini bermaksud kerajaan perlu membayar lebih banyak untuk meminjam dan mengurangkan bajet untuk kegunaan lain.

Selepas pelabur asing jual bon kita, mereka akan mengeluarkan dana mereka dari Malaysia untuk membeli bon kerajaan negara lain.

Ini akan melemahkan lagi Ringgit Malaysia.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...