Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 3 Mei 2019

Masalah Air Di Pekan, Ini Jawapan ADUN #Chini.

Abu Bakar Harun | Permainan propaganda PH amat menakutkan.

Dahulu sebelum PRU14, pelbagai fitnah, permainan emosi serta taktik psikologi dimainkan PH.

Baru-baru ini, tular di media sosial gambar penduduk mengerumuni jentera milik bomba bagi mengambil bekalan air.



Katanya, penduduk Gugusan Felda Chini mengalami masalah air sudah dua bulan tidak selesai lagi.

Ada yang ambil kesempatan menghentam bekas PM Datuk Seri Najib Razak juga seolah-olah kerajaan Pahang dan BN tidak prihatin.

Faktanya jelas.

Gangguan air berlaku awal bulan Mac lalu akibat cuaca panas melampau dan menyebabkan paras air Loji Rawatan Air Chini susut.

Keadaan telah pulih bulan berikutan peningkatan paras air ke normal tetapi berulang disebabkan cuaca panas dan kekurangan hujan.

Bagi memastikan rakyat mendapat bekalan air bersih, kerajaan negeri

- menghantar 7 lori tangki termasuk 2 lori untuk menghantar bekalan air ke kawasan terjejas.

- menempatkan 43 tangki statik di beberapa lokasi sesuai, antaranya 9 tangki di Kampung Paloh Hinai, Felda Chini 1 hingga Felda Chini 5 (21 tangki), Felda Chini Timur 1 hingga 3 (13 tangki).


Pihak-pihak berkaitan sentiasa mengambil langkah-langkah membantu membekalkan air kepada penduduk terlibat.

Mungkin ada lokasi tertentu mengalami kesukaran menghantar bekalan air, namun usaha berterusan untuk memastikan semua penduduk memperoleh bekalan keperluan air, sentiasa diberi keutamaan.

Kita perlu berhati-hati dengan fitnah dan permainan persepsi seolah-olah kerajaan negeri dan BN membiarkan rakyat hidup sengsara.

BN susah senang tetap bersama rakyat.

Jika masih ingat, tidak lama dahulu Dato’ Sri Najib telah meluluskan peruntukan RM12 juta membantu pembinaan sebuah sebuah kolam takungan baharu di Loji Rawatan Air Chini.

Bagaimanapun ia kemudian ditangguhkan ekoran perubahan Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-14, dan kemudian diteruskan semula baru-baru ini.

Sekiranya ia tidak ditangguhkan PH dahulu, tidak akan berlaku perkara hari ini juga.

Saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Chini, telah berbincang dengan YAB MB Pahang dan Pengerusi PAIP Pahang untuk terus membantu penduduk di Chini secara berterusan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...