Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 3 Mei 2019

Sebar Berita Palsu, Blog Abu Leman Disiasat Pihak Berkuasa.

POLITIK | SKMM dengan kerjasama JSJK (Jabatan Siasatan Jenayah Komersial) cawangan Melaka bertindak menyerbu kediaman blogger Abu Leman kerana didakwa menyebarkan fitnah terhadap kerabat diraja dan pemimpin negara.

Dalam serbuan itu, SKMM mengesahkan telah merakam percakapan suspek dan telah merampas;

👉 Komputer riba

👉 Modem

👉 Telefon bimbit

👉 Kad sim

👉 Kad memori

suspek bagi membantu siasatan.

Menurut SKMM, suspek yang menggunakan akaun 'Abu Leman', merupakan pentadbir kepada halaman Abu Leman dan blog Abu Leman

Kes akan disiasat dibawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Dipercayai artikel yang bertajuk, "TMJ ni babi anak ramai, kata Mahathir," yang disiarkan di blog itu menjadi punca kepada siasatan yang dilakukan oleh pihak SKMM kerana berita palsu itu telah mendatangkan fitnah kepada dua-dua pihak yang terlibat. - 3 Mei 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...