Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 4 Mei 2019

Najib Dan Kronologi 64 Juta.

BICARA NAJIB | Pada 24 April 2019, saksi pendakwaan ke 21 -R Uma Devi, Pengurus Cawangan AmBank Jalan Raja Chulan memberitahu mahkamah seperti berikut;

👉 Sebanyak RM64j dimasukkan ke dalam 3 akaun peribadi Najib Razak dalam tempoh 2014 dan 2015.


👉 Pada 8 Julai 2014, sebanyak RM27j dimasukkan ke dalam akaun Najib bernombor : 2112022011880. Saksi tidak menamakan siapakah yang memasukkan (memindahkan) wang ini ke dalam akaun Najib.

👉 Pada 26 Disember 2014, sebanyak RM27j (kali kedua) dimasukkan ke dalam akaun Najib bernombor : 2112022011880. Wang ini daripada Ihsan Perdana Sdn. Bhd.

👉 Pada 10 Februari 2015, sebanyak RM10 juta dimasukkan ke dalam akaun Najib bernombor : 2112022011880.
Wang ini daripada Ihsan Perdana Sdn. Bhd.

👉 Ini menjadikan di akaun bernombor 2112022011880 milik Najib Razak telah menerima RM64j keseluruhan dalam tempoh tersebut.

👉 Ihsan Perdana adalah syarikat yang menjalankan tanggungjawab sosial korporat bagi SRC International.

👉 Dan di SRC International, lima orang yang diberi kuasa untuk tandatangan adalah;

- Datuk Ismee Ismail
- Datuk Che Abdullah@Rashidi Che Omar
- Shahrol Azral Ibrahim Halmi
- Nik Faisal Ariff Kamil (Bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd)
- Datuk Suboh Md Yasin

Berdasarkan resolusi syarikat, mereka berpecah kepada dua kumpulan iaitu ;

📌 Ismee, Che Abdullah dan Shahrol Azral di dalam satu kumpulan pada awalnya.

📌 Nik Faisal dan Suboh dalam satu kumpulan yang lain.

📌 Kemudiannya Suboh lari ke kumpulan pertama iaitu bersama-sama Ismee, Che Abdullah dan Shahrol Azral di dalam satu kumpulan.

👉 Pada 8 Julai 2014, Najib telah memindahkan RM10 juta daripada akaun banknya (akaun semasa) : 2112022011880
ke akaun Ambank (akaun semasa) miliknya yang bernombor :  2112022011898

👉 Selepas itu pada 23 Julai 2014, RM3 juta dari akaun Najib : 2112022011880 dipindahkan ke akaun Najib yang bernombor : 2112022011898 sebanyak RM1 juta dan akaun Najib yang bernombor : 2112022011906 sebanyak RM2 juta.

👉 Pada 11 Februari 2015, RM3.5 juta dimasukkan ke dalam akaun Najib bernombor : 2112022011898. Wang ini datang dari akaun Najib yang bernombor : 2112022011906.

👉 Ini bermakna jumlah keseluruhan wang yang diterima di akaun Ambank Najib bernombor : 2112022011898 ialah sebanyak RM14.5 juta.

👉 Pada 8 Julai 2014, Najib telah memindahkan wang sebanyak RM20 juta dari akaun bernombor : 2112022011880 ke dalam akaun Ambanknya yang lain iaitu bernombor : 2112022011906

👉 Ini bermakna jumlah keseluruhan wang yang diterima di akaun Ambank Najib bernombor : 2112022011906 ialah sebanyak RM22 juta.


👉 Pada November 2014, Nik Faisal Ariff Kamil telah mengarahkan wang sebanyak RM449,586.95 dari akaun Ambank Najib dikreditkan kepada kad kredit Visa Platinum.
 

👉 Dan RM2,833,147.21 dikreditkan kepada kad kredit Master Card Platinum.

👉 Najib memiliki 5 akaun di Ambank, 3 akaun semasa dan dua akaun akaun simpanan.

📌 2110020090481 (tutup 30 Ogos 2013)

📌 2112022009694 (tutup 30 Ogos 2013)

📌 2112022011880 (buka 31 Julai 2013, tutup 9 Mei 2015)

📌 2112022011906
(buka 31 Julai 2013, tutup 9 Mei 2015)
 
📌 2112022011898
(buka 31 Julai 2013, tutup 9 Mei 2015)

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...