Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 3 Mei 2019

10 Soalan Ini Akan Buat Mujahid Koyak Kata Najib.

NAJIB RAZAK | Ini jawapan Menteri Jaga Agama kenapa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan salah laku dalam pengurusan Tabung Haji (TH) tidak perlu.

"Kerana kerajaan telah berjaya memulihkannya. Oleh itu tak perlu RCI."

BN dan pengurusan TH dituduh oleh PH telah merompak dan menyorok kerugian puluhan bilion sehingga suntikan dana (bail-out) RM17.8 bilion dari kerajaan diperlukan.

 
RM17.8 bilion tak cukup besar untuk RCI ke?

Peluang untuk memalukan dan mengkuburkan BN melalui RCI tak mahu diambil ke?

Amat pelik.

Selepas itu, dia kata pulak bahawa misi selamatkan TH adalah kejayaan terbesar kerajaan PH.

Jika ada RCI, kita cuma perlu tujukan beberapa soalan kepada Menteri ini dia akan terus koyak.

1. Ketua audit negara telah meluluskan akaun TH untuk tahun 2017 dan akaun ini tidak ada sebarang defisit. Betul atau tidak?

(Jawapan : Betul)

2. Audit yang dibuat oleh firma luar PWC menunjukkan defisit RM4.1 bilion dan menunjukkan akaun dan audit TH sebelum itu adalah palsu. Betul atau tidak?

(Mujahid akan cakap betul.)

3. Jika begitu, kenapa tidak ada sebarang tindakan diambil ke atas akauntan dan juruaudit yang memalsukan akaun itu?

(Dia akan sukar untuk menjawab ini)

4. Adakah defisit RM4.1 bilion dirompak atau dicuri oleh BN?

(Tidak. Semua dibayar kepada pendeposit sebagai Hibah)

5. Adakah ianya benar bahawa aset bersih TH telah meningkat 3.3 kali ganda dari RM21.1 bilion pada akhir 2008 kepada RM69.4 bilion pada akhir tahun 2017 semasa Najib PM dan pada tempoh itu purata Hibah tahunan adalah 6.75%?

(Dia akan terpaksa jawab ya)

6. Kenapa pula TH tak perlukan suntikan dana atau bail-out sejak ditubuhkan puluhan tahun dahulu?

(Dia akan sukar untuk menjawab ini tetapi jawapan ialah tidak pernah)

7. Adakah TH menerima kesan yang serius apabila pasaran saham menjunam dan ekonomi merosot selepas PRU14 dan kita diberi gelaran pasaran saham paling corot dalam dunia?

(Dia akan terpaksa jawab ya)

8. Nilai Khazanah juga jatuh RM25 bilion. Nilai pasaran saham jatuh RM270 bilion pada tahun 2018. Oleh itu, adakah TH turut mengalami kejatuhan nilai aset yang serius akibat ini?

(Dia akan terpaksa jawab ya)

9. Kenapa pula defisit yang didakwa RM4.1 bilion masa BN lepaskan TH tiba-tiba menjadi RM17.8 bilion sehingga ianya perlu diselamatkan? Adakah ini disebabkan oleh kejatuhan nilai aset TH selepas PRU14?

(Dia takkan tahu bagaimana menjawab ini.)

10. Jika punca kejatuhan prestasi TH ialah pasaran saham dan ekonomi yang teruk selepas PRU14, adakah kejayaan terbesar kerajaan PH sebenarnya ialah menjahanamkan TH sehingga perlu diselamatkan lalu menipu rakyat dengan propaganda bahawa ini salah BN lalu nak claim sendiri adalah hero?

(Saya nak tunggu dia jawab soalan ini)

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...