Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 8 September 2018

2 Aktivis Ditahan Kerana Berdemo & Ini Penjelasan Maszlee Malek.

KENYATAAN MEDIA YB MENTERI PENDIDIKAN 

KENYATAAN BERHUBUNG PROTES DAN PENAHANAN DUA ORANG MAHASISWA

BERHUBUNG insiden protes dan penahanan dua orang mahasiswa oleh polis awal pagi tadi, saya amat prihatin dengan kebebasan bersuara untuk menzahirkan pandangan dan pendirian para mahasiswa atau mana-mana individu sebagaimana dijanjikan oleh Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.



Seperti mana telah saya sebutkan semasa sidang media di Kuching pada 7 September 2018, saya menghargai dan menghormati pandangan semua pihak dalam isu pelantikan saya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Atas prinsip itu, saya yang kini berada di Sarawak sempena lawatan kerja selama tiga hari telah mengarahkan pegawai-pegawai saya membenarkan mereka yang memprotes di Blok E8, Parcel E Putrajaya, yang menempatkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), melahirkan suara mereka dengan aman dan memberi layanan yang baik termasuk menyediakan makanan, minuman dan keperluan asas lain.

Pada awalnya saya dimaklumkan kesemua mereka yang terlibat adalah pelajar, tetapi maklumat terperinci menunjukkan sebahagian adalah aktivis dari beberapa pertubuhan bukan kerajaan.

Sepanjang berada di kawasan Blok E8 KPM, kumpulan yang memprotes telah diberi layanan yang baik dan pandangan mereka telah diambil maklum oleh pegawai-pegawai saya.

Saya juga telah mengarahkan Penasihat Khas saya, Encik Wan Saiful Wan Jan sendiri untuk bertemu dengan mereka pada waktu petang dan malam, dan saya memberi jaminan akan bertemu dengan mereka secepat yang mungkin untuk mendengar sendiri pandangan mereka. Sebagai tindakan susulan saya telah meminta pegawai saya untuk mengaturkan masa yang sesuai iaitu pada Rabu ini untuk bertemu dengan kumpulan yang mengadakan protes itu.

Langkah itu diambil memandangkan saya tidak dapat memenuhi permintaan kumpulan yang memprotes yang berkeras mahu bertemu dengan saya secara bersemuka serta-merta, dan serta-merta juga mengikut tuntutan mereka agar meletakkan jawatan sebagai Presiden UIAM. Saya berada di Sarawak untuk lawatan kerja.

Meskipun kami mendengar isu yang dibawa oleh mereka dan memberi jaminan yang saya akan bertemu dengan mereka secepat mungkin, mereka terus duduk di tangga masuk bangunan KPM dan bertegas tidak akan bergerak selagi YB Menteri Pendidikan tidak meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, pada sekitar jam 11 malam, mereka mengambil keputusan bergerak keluar dari kawasan Kementerian Pendidikan dan membentang tikar di hadapan pagar masuk utama Parcel E, yang merupakan lokasi bagi pelbagai kementerian. Mereka berkumpul di atas jalan masuk utama.

Sekitar jam 11.30 malam para pegawai KPM sekali lagi cuba memujuk mereka agar bersurai ataupun kembali ke kawasan KPM kerana pagar utama adalah kawasan awam bagi pelbagai kementerian. Bagaimanapun mereka enggan bersurai dan enggan kembali ke kawasan KPM di mana saya memberi jaminan mereka boleh kekal memprotes dengan aman.

Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan, pihak polis juga telah menasihatkan agar mereka tidak menjalankan protes di hadapan pagar utama atas faktor keselamatan.

Setelah mereka enggan bersurai, pihak polis mengambil tindakan menyuraikan protes tersebut sekitar jam 2.00 pagi.

Difahamkan majoriti anggota kumpulan yang memprotes sebenarnya bersetuju untuk bersurai. Hanya dua orang yang enggan dan dua orang ini disoal siasat oleh pihak berkuasa. Meskipun ditahan polis, pegawai-pegawai saya atas sifat kemanusiaan dan mengambil berat akan kebajikan dua orang mahasiswa terus mengadakan perbincangan dengan pihak polis di Putrajaya sehingga 7 pagi tadi agar membebaskan mereka. Mereka akhirnya dibebaskan dengan jaminan awal pagi tadi.

Walaupun kumpulan memprotes itu mendesak agar saya mengikut cakap mereka serta-merta tanpa sebarang kompromi semalam, saya tetap menghormati hak mereka untuk bersuara. Menghormati hak bersuara dan kebebasan bersuara mahasiswa merupakan salah satu daripada lebih 40 inisiatif 100 hari pertama saya menerajui Kementerian Pendidikan.

Sekali lagi saya ingin memberi jaminan bahawa saya amat prihatin dalam soal kebebasan untuk bersuara mahasiswa. Kebebasan bersuara mahasiswa dan autonomi universiti akan terus diperkasakan. Saya akan meneruskan dasar pintu terbuka untuk bertemu dengan pemegang-pemegang taruh demi memartabatkan sistem pendidikan negara.

YB DR MASZLEE MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

8 SEPTEMBER 2018

Mengapa Biar Sepenuhnya Tulisan Cina, Syed Saddiq - Arif Atan.

Arif Atan | Arif Atan ialah wartawan Malaysian Dateline, portal pro Amanah

Mengapa biar sepenuhnya tulisan Cina?
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membantah arahan pihak Majlis Perbandaran Muar kepada beberapa peruncit tempatan di bandar Muar untuk memadam tulisan besar nama kedai mereka dalam bahasa Cina.




Alasan Syed Saddiq dari Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan Parti Cina Bersatu Malaysia adalah "keindahan Muar adalah kepelbagaiannya dan kita harus melindungi semua itu" serta "Tulisan Mandarin itu adalah sejarah kehidupan di Muar, yang wujud di situ sejak lebih setengah abad."

Mengapa Syed Saddiq dilihat terlalu mahu menjaga hati pengundi Cina di kawasan yang diwakilinya itu ketika dia sebagai Ahli Parlimen perlu lebih mengutamakan untuk menjunjung undang-undang yang dalam konteks isu ini berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu di premis niaga?

Mengapa tidak mengambil jalan tengah (sekurang-kurangnya), lantaran mahu menjaga hati pengundi Cina dengan pada masa sama memujuk beberapa pekedai itu menambah sahaja perkataan bahasa Melayu tanpa perlu memadam ungkapan bahasa Cina yang bukannya difahamipun oleh majoriti masyarakat majmuk di negara ini?

Muar indah hanya kerana tulisan Cina sajakah? "Keindahan Muar" bukan sekadar terletak pada paparan tulisan Cina sebesar-besar tiang tanpa sedikit pun bahasa kebangsaan.

Kita tidak mengenali Muar dengan tulisan Cina penuh di tiang. Banyak lagi nilai budaya dan sejarah yang memberi makna pada keindahan Muar termasuk enaknya Mi Bandung Muar yang menjadi identiti bandar diraja itu!

 

Mengiktiraf "kepelbagaian keindahan Muar" tidak relevan dalam kes ini apabila kewujudan bahasa Melayu bahkan paling penting taraf bahasa kebangsaan sendiri pun tidak diiktiraf oleh beberapa peruncit rasis itu.

Sudahlah bahasa Melayu tidak diiktiraf oleh beberapa peruncit itu, menteri yang dari 'parti Melayu' pula boleh tumpang sekaki merestui! Ironi!

Memandangkan yang jelas berkiblatkan negara China langsung tidak ingin meletakkan sama bahasa kebangsaan di kedai mereka hanya melibatkan beberapa peruncit, reaksi Syed Saddiq amatlah bahaya jika "diambil kesempatan" oleh peruncit lain yang sebelum ini mungkin meletakkan bahasa Melayu pada kedai mereka atas sebab supaya 'wa buleh cali makan'.

Adakah selepas ini daripada "beberapa peruncit" yang kedainya ibarat terletak di Tanah Besar China itu akan diikuti pula pekedai lain dengan mengeksploitasi hujah dangkal Syed Saddiq bahawa "Tulisan Mandarin itu adalah sejarah kehidupan di Muar"?

Padahal, tulisan dalam bahasa Melayu yang juga ramai mahu panggil sebagai bahasa Malaysia itulah sebenarnya sejarah kehidupan bukan sahaja di Muar tetapi di negeri Johor dan negara Malaysia kita ini!

Sebut tentang panggilan 'bahasa Malaysia', kenapa beberapa peruncit itu Saddiq boleh mahu biarkan mereka terus berkubang dalam tulisan yang langsung tidak sezarah pun dari 'bahasa Malaysia'?

Malaysia yang berakar dari kata 'Malay' sarat dengan bagasi kebudayaan berakar umbikan tradisi peribumi tanah air ini bukannya muncul "sejak lebih setengah abad" tapi sejak berabad-abad lamanya.

Malaysia bukannya berakar dari kata 'Cina' untuk membentuk nama negara 'Cinasia'.

Sebelum Syed Saddiq mahu 'mengajar' sejarah demi membela 'beberapa peruncit' ultra Cina yang tidak berjiwa rakyat Malaysia itu, Saddiq eloklah lebih banyak membaca dan sungguh-sungguh menghayati sejarah dan kebudayaan tanah air ini.

Membiarkan beberapa peruncit Cina berdegil tidak mahu menyertakan sama sekali bahasa Melayu pada premis niaga mereka TIDAK PATUT dihalalkan oleh mana-mana wakil rakyat yang taat setianya kalau benar hanya kepada negara ini bukan kepada kertas undi semata-mata.

Tulisan yang sepenuhnya dalam bahasa Cina atau Inggeris jelas satu isyarat kebencian melampau untuk enggan mengiktiraf apa lagi menghormati bahasa kebangsaan sebagai bukan saja ciri kepelbagaian Muar tetapi pentakrif utama negara Malaysia ini! Suka tidak suka, ini Malaysia bukan Republik China, Taiwan atau Hong Kong.

Dari satu segi, mana-mana Ahli Parlimen atau Adun MESTI MENGHORMATI BIDANG TUGAS PBT SELAGI MENGIKUTI GARIS PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG.

Sikap Saddiq adalah satu kes yang patut memberi iktibar kepada Ahli Parlimen lain bahawa KUASA yang ada TIDAK BOLEH DIGUNA SEWENANG-WENANGNYA.

Seorang wakil rakyat tidak boleh menghalalkan sebarang bentuk tindakan PERKAUMAN oleh mana-mana warganegara yang masih menganggap Tanah Besar China sebagai bumi dipijak dan langit dijunjung selepas 61 tahun mendapat taraf kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia. - 8 September 2018.

Gambar-Gambar Dr.Maszlee Lawat Sekolah Daif Di Sarawak.

ZF Zamir | Ramai yang tak tahu sekarang Dr Maszlee di Sarawak. Lepas berbulan rancang dan berperang dengan jadual Menteri yang tak masuk akal, akhirnya berjaya juga Menteri Pendidikan datang sendiri ke Sarawak untuk lihat sekolah daif.



Walaupun kali ni tak berjaya masuk ke Pedalaman, aku akan pastikan lawatan seterusnya ke Sabah paling tidak masuk ke P1. Dan siang tadi kami berjaya lihat 4 sekolah iaitu SK Terasi, Samarahan, SK Abang Man, Simunjan dan SMK Sri Sadong, Simunjan.

Tiap sekolah ada isu tersendiri dan yang paling penting, KPM komited untuk selesaikan isu sekolah daif. Ini memang hasrat aku daripada awal masuk pejabat iaitu untuk pastikan Menteri tengok dengan mata & kepala dia sendiri isu sekolah daif di Sarawak ini.

Tapi isu sekolah daif di Sabah & Sarawak hanyalah satu isu ranting dari ratusan isu pendidikan yang tak terselesaikan selama 60 tahun. Isu kemudahan asas, isu air bersih, isu elektrik & genset, isu kuarters guru serta isu keciciran murid adalah pakej isu pendidikan di sini.


Tu belum masuk isu kekurangan guru, kecelaruan opsyen guru serta isu anak pendidikan khas. Dan semua ini perlu masa.

Sebenarnya sehari sebelum meletup isu Presiden UIA, Dr Maszlee membentangkan penggulungan Dewan Negara yang aku anggap sebahagian isi penting komitmen beliau untuk mengurus dan memperbaiki sistem pendidikan nasional.


Malangnya pembentangan komitmen seperti isu guru & sekolah, isu pendidikan khas serta artikulasi TVET yang lebih menyeluruh termasuk komitmen beliau terhadap kempen membaca & Bahasa Melayu akhirnya tenggelam punca.

Aku mengucapkan terima kasih kepada teman-teman yang tak putus mengkritik. Ini juga menurut aku adalah sebahagian besar komitmen masyarakat Malaysia Baharu. Tapi kita juga tak harus takut dengan kritikan.

Dan pasti kritikan tersebut harus dijawab. Ada juga teman yang bertanya - kelihatannya seolah aku sudah berhenti menulis.

Realitinya aku berhenti menulis kerana risau nanti akhirnya aku kerja menjawab kritikan di medsos sahaja. Tanggungjawab kami kali ini lebih berat kerana jawapan yang sebenar adalah melalui tindakan.

Dan realitinya petang sebelum terbang ke Sarawak semalam, Menteri ketika mempengerusikan mesyuarat susulan jemaah menteri di KPM berbincang mengenai isu anak-anak tanpa dokumen dan kemungkinan besar kita punya jawapan untuk menyelesaikan isu ini. Malah ratusan ribu buku juga akan dihantar ke Sabah & Sarawak dalam masa terdekat sebagai pemula kempen memperbaiki perpustakaan sekolah.

Apa yang boleh aku katakan adalah, kami sedang sebaik mungkin berusaha untuk meneliti & mencari jalan untuk memperbaiki sistem pendidikan kita. Dan aku tak fikir ada Menteri lain yang lebih sesuai ketika ini untuk menggalas tanggungjawab ini. Yang kami perlukan hari ini sebenarnya adalah masa.

Petang tadi sempat aku tanya dengan Menteri; “Dr, Jumaat ni, ada mahasiswa nak demo di UIA,” Dr Maszlee sambil tersenyum menjawab; “Biarkan,”. Dan dari riak dia aku tahu, wajah orang yang betul faham perihal perjuangan.

Ya aku juga faham ada yang berasa seolah kami bergerak terlalu lambat. Tiada perubahan yang dapat dirasakan di sekolah ketika ini. Tetapi jika kalian percaya pada aku, ketahuilah bahawa ketika ini semuanya sedang bergerak menuju perubahan besar.

Tetapi halangan yang kami sedang hadapi juga besar termasuk mentaliti birokrat serta amalan tradisional yang terlalu mengikat.

Terima kasih kerana membaca. Terima kasih juga kerana masih percaya bahawa perubahan sedang berlaku. Dan lebih banyak perkara yang kita impikan untuk anak-anak akan berjaya dilaksanakan dalam masa terdekat.

Doakan kami. - 8 September 2018.

Letak Jawatan Atau Kami Demo Besar-Besaran Kata GAMIS Kepada Maszlee Malik.

MUHAMMAD FAIZZUDDIN MOHD ZAI | MUHAMMAD FAIZZUDDIN MOHD ZAI ialah Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
 
TINDAKAN Menteri Pendidikan yang menerima lantikan untuk menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) adalah suatu tindakan yang sangat memelikkan dan bertentangan dengan perjuangan dan janji Pakatan Harapan ketika musim kempen dalam PRU14 yang lalu.

Gambar Hiasan - Demo anak muda di KPM
Menteri Pendidikan pada hari ini seolah-olah telah gelap mata dengan kehidupan yang mewah dan hidup berkuasa sebagai seorang Menteri serta telah melupakan prinsip perjuangan untuk mengangkat autonomi Universiti Awam daripada sebarang pengaruh politik seperti yang dilaungkan oleh beliau sebelum daripada terlibat dalam dunia politik tanah air Negara Malaysia.

Tindakan Menteri Pendidikan yang ghairah untuk memegang jawatan sebagai Presiden UIAM telah menimbulkan kemarahan banyak pihak termasuk Mahasiswa yang kecewa dengan janji-janji Pakatan Harapan yang semakin bertambah hari semakin banyak janji yang dimungkiri.

GAMIS menyeru kepada Menteri Pendidikan untuk bermuhasabah, bertaubat dan kembali memikirkan soal perjuangan untuk menyerahkan kembali Universiti Awam kepada ahli akademik secara sepenuhnya dan meletakkan jawatan serta merta bagi menghormati perjuangan dan janji yang telah ditaburkan sewaktu PRU14 yang lalu.

GAMIS beri masa selama seminggu (7 hari bermula hari esok) kepada Menteri Pendidikan Malaysia untuk meletakkan jawatan beliau sebagai Presiden UIAM dan sekiranya beliau masih berdegil untuk memegang jawatan tersebut, satu bantahan secara besar-besaran akan dilakukan di UIAM oleh Mahasiswa Malaysia selepas daripada ini. Ini adalah amaran dan janji daripada kami. Percayalah, apabila kami berjanji, kami akan tunaikan janji kami.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihati Menteri Pendidikan agar tidak mengikuti jejak langkah Perdana Menteri yang sering memungkiri janji dan mengkhianati kepercayaan rakyat yang telah diberikan serta fokus untuk kerja-kerja memberdaya prestasi pendidikan negara bermula daripada pendidikan rendah sehinggalah pendidikan tinggi di pejabat Kementerian Pendidikan di Putrajaya.

Akhir kata, ketahuilah duhai Menteri Pendidikan Malaysia, sesungguhnya anda dilantik bukan untuk memegang sebanyak mungkin jawatan yang ada di dalam negara serta mengaut keuntungan ke atas segala elaun yang ditawarkan, tetapi anda dilantik adalah untuk memberikan khidmat dan berkerja untuk rakyat.

Sekian, terima kasih.

“Istiqamah Bersama Islam”

Jumaat, 7 September 2018

Berapa Banyak Lagi Jawatan Maszlee Dan Orang Dia Mahu Untuk Rasa Puas?

Arif Atan | Arif Atan ialah wartawan Malaysian Dateline, portal pro Amanah

'Dia dan orang dia'

Sudahlah Dr Maszlee jadi Presiden UIAM. Cukupkah masa untuk urus hal universiti dan sekolah belum lagi sebagai Ahli Parlimen ketika bidang tugas di Kementerian Pendidikan sudah begitu luas?


Lebih 'menakutkan', adakah peruntukan kementerian kepada universiti pada pembentangan Belanjawan 2019 bulan depan bakal menyaksikan UIA menerima dana terbanyak atau antara yang terbanyak ketika lima universiti lain bertaraf Universiti Penyelidikan memerlukan lebih lagi dana?

Setiausaha Politik Menteri pula masuk jadi antara Ahli Lembaga Pengarah UUM. Malaysia Baharu ini sudah pupus orang berkelayakan? Mengapa asyik 'dia dan orang dia' sahaja dilimpahi kuasa?

Ada beza antara lantikan politik ke jawatan politik dengan lantikan politik ke jawatan pentadbiran universiti. Itu ramai boleh faham.

Itu sebabnya, lantikan politik ke jawatan pentadbiran universiti memang tidak patut ketika Pakatan Harapan (PH) sudah berjanji mahu mereformasi institusi. - 7 September 2018.

"Keruhnya Warna Air Di Kelantan, Macam Teh Tarik", Ini Penjelasan Ketua Penerangan PAS Kelantan.

POLITIK | Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Nazman Che Ibrahim menjawab kritikan yang tular di laman sosial mengenai kualiti air di Kelantan, khususnya di Pasir Puteh yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai sangat kotor, berkeladak dan penuh lumpur.

Jawapan Isu : “Kerajaan Islam Baru Versi PAS dan air paip berselut”

Kawasan ini pada asalnya menggunakan air daripada Air Tandak Bukit Yong. Memang kualiti asalnya teruk terutama kalau tiba musim hujan.

Pada 02 Julai 2018, setelah Loji Merbau Chondong siap, bekalan air dari Air Tandak Bukit Yong telah dihentikan dan penduduk mula menggunakan sepenuhnya air dari Loji Merbau Chondong melalui Tangki Bukit Hangus.

Pada 04 September AKSB menjalankan kerja-kerja rutin - selenggara meter dan juga kerja "scouring" baki mendapan sedia ada di dalam paip disebabkan air dari Tandak Bukit Yong yang bermasalah dari sudut Kualiti.

Kebiasaan proses cuci paip ini menggunakan injap khas tetapi bagi menjimatkan masa, air dikeluarkan dari tempat meter ini (seperti yang ditularkan dalam video 1).




Untuk makluman air dari Loji Merbau Chondong mematuhi segala piawai Kualiti Mutu Air Minuman.

Gambar terbaru serta video (2 dan 3) di dalam posting ini membuktikan kualiti air di dalam video (1) yang ditularkan itu adalah sewaktu proses penyelenggaraan biasa dan bukannya berkekalan.



Dua video dan dua gambar ini bersebelahan dengan sekolah yang diviralkan DAN ia menggambarkan kedudukan sebenar kualiti bekalan Air Kelantan di kawasan tersebut. - 7 September 2018.

Pemandu Van Ditahan Polis Selepas Tumbuk Cermin Kereta Wan Azizah.

Sinar Harian | Seorang pemandu van ditahan polis selepas dipercayai melakukan khianat pada kenderaan jenis Toyota Alphard milik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang, semalam di Jalan Tun Razak.


Menurutnya, dalam kejadian tersebut, telah berlaku kemalangan kecil antara Toyota Alphard yang dipandu pemandu peribadi Timbalan Perdana Menteri sendirian dengan sebuah van di simpang keluar sebuah bangunan.

"Akibat itu, pemandu van jenis Toyota Hiace itu tidak berpuas hati dan menurunkan tingkap.

"Pemandu van tersebut telah turun dari kenderaannya lalu terus menumbuk cermin hadapan Toyota Alphard tersebut hingga retak sebelum beredar,"
katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kerugian dianggarkan berjumlah RM3,000.

Susulan itu, laporan telah dibuat dan polis telah menahan pemandu van berusia 42 tahun itu kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi di Jalan Ampang.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. - 7 September 2018.

Semua Tahu Anwar PM Selepas Mahathir, Kenapa Rafizi Buat Serangan Tak Berasas Untuk Jawatan Parti?

Shahbudin Husin | Shahbudin Husin ialah blogger pro PPBM.

Sepatutnya isu sama ada Anwar Ibrahim dapat jadi Perdana Menteri atau sebaliknya tidak berbangkit lagi pada waktu ini.

Semuanya, baik daripada beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar, mahu pun Tun Mahathir Mohamad dan pelbagai pihak yang lain, segala-galanya sudah jelas bahawa ia adalah kesepakatan yang sudah dipersetujui oleh Pakatan Harapan.

Malah, Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid yang sebelum ini membuat tuduhan mengaitkan nama Tun Mahathir dan Tun Daim Zainuddin dalam konspirasi yang didakwa cuba menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri, turut sudah meminta maaf berhubung keterlanjurannya.

Tidak cukup dengan itu, Tun Daim sendiri menafikan penglibatannya dalam perkara itu dengan menjelaskan, tiada sebab sama sekali untuk beliau berbuat demikian.

Malah, kata Tun Daim, dalam usianya sekarang, tiada kuasa dimilikinya dan beliau juga kerap bertemu dengan Anwar, adalah suatu dakwaan yang mengarut untuk melibatkan namanya dalam cubaan menghalang Anwar itu.



Anwar sendiri dalam kenyataannya sebelum ini mahu cakap-cakap mengenai isu itu dihentikan dan menyeru semua pihak agar bergerak ke hadapan bagi mengukuhkan lagi Pakatan Harapan dalam mentadbir kerajaan serta memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

Jika diperhatikan pula, langkah terbaru kerajaan memberi ruang kepada Anwar yang tiada jawatan dalam kerajaan untuk menutup Kongres Ekonomi Bumiputera pada 1 September lalu adalah petunjuk paling jelas bahawa beliau memang bakal menggantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Jadi, mengapa Rafizi Ramli masih lagi perlu membawa sentimen hasratnya bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR ialah untuk memastikan Anwar dapat jadi Perdana Menteri?

Apakah Rafizi tiada isu lain untuk memenangi jawatan itu berhadapan dengan Azmin Ali?

Realitinya, Anwar hampir pasti jadi Perdana Menteri. Tiada sesiapa dapat menghalangnya, bukan saja kerana kedudukannya kini sebagai Presiden PKR, tetapi juga kerana beliau datang daripada komponen Pakatan Harapan yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak sekali.

PKR, DAP, Amanah dan Bersatu juga masih kukuh perpaduannya dalam Pakatan Harapan dan tidak langsung ada tanda-tanda akan berpecah atau mahu menolak Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.


Di mana logiknya Azmin mampu menghalang Anwar, sedangkan beliau sudah bersama dan setia sepanjang masa dengan Presiden PKR itu?

Sama ada Azmin kekal sebagai Timbalan Presiden PKR atau jawatan itu dipegang oleh Rafizi, hakikatnya Anwar tetap akan jadi Perdana Menteri selepas ini.



Tun Mahathir pula, keutamaannya apabila memutuskan untuk kembali aktif hanyalah untuk menjatuhkan Najib Razak dan ia sudah pun tercapai sekarang. Kini beliau hanya ingin melaksanakan tanggungjawab untuk menyelamatkan negara ini dalam fasa kesinambungan era kecemerlangan selama 22 tahun yang pernah dilaksanakannya sebelum ini

Adalah lebih berbaloi untuk Tun Mahathir menyerahkan jawatan itu dengan aman dan lancar kepada Anwar dan kemudian menjadikan namanya dikenang serta dihormati sepanjang hayat sebagai susulan langkah berbaik semula, bermaaf-maafan dan memohon pengampunan penuh bagi bekas musuh yang kini menjadi rakan akrabnya itu.


Yang penting, dua kali menjadi Perdana Menteri adalah suatu rekod bagi Tun Mahathir yang terlalu sukar untuk mampu diulangi oleh sesiapa yang lain selepas ini.

Dengan itu, dakwaan wujudnya konspirasi tidak masuk akal sama sekali. Tiada sesiapa dapat menghalang Anwar sebenarnya, kecualilah jika Tuhan benar-benar tidak menghendakinya memegang jawatan itu.

Tetapi, sehingga ini tiada sebarang petunjuk Tuhan mengenai perkara itu dan Tuhan juga tidak menurunkan isyarat itu kepada sesiapa di dunia ini.

Yang ada hanyalah Rafizi seolah-olah cuba mengambil alih kerja Tuhan dengan tidak habis-habis mengatakan hanya jika beliau menjadi Timbalan Presiden PKR, maka barulah Anwar pasti jadi Perdana Menteri.

Siapakah Rafizi di sisi Tuhan?

Apakah Rafizi sedang berkhayal atau beliau mungkin mendapat bisikan syaitan dalam perkara itu? - 7 September 2018.

Bekas Orang Kuat Jamal Sertai Amanah & Menerajui Cawangan Cheras.

Malaysiakini | Mejar (B) Razali Zakaria, yang pernah bersama kumpulan pelampau Baju Merah pimpinan Datuk Seri Jamal Yunos mengesahkan bahawa dirinya telah menyertai AMANAH dan bakal menerajui cawangan Cheras Baru.


Razali berkata surat untuk membuka cawangan dan senarai nama ahli jawatankuasa telah dikemukakan kepada jawatankuasa pusat bulan lalu.

Bekas Ketua Umnor Bandar Tasik Jaya itu berkata beliau kini menunggu surat kelulusan rasmi serta tarikh daripada jawatankuasa pusat untuk merasmikan cawangan itu.

"Buat masa ini saya telah mendapatkan kira-kira 50 orang (untuk menyertai AMANAH). Ada banyak lagi yang mahu menyertai tetapi saya meminta mereka untuk datang semasa pelancaran,"
katanya dalam satu mesej teks kepada Malaysiakini.

Razali berkata ini adalah selaras dengan janjinya untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan berjanji akan mendapat lebih banyak ahli, khususnya dari Umno dan PAS untuk menyertai AMANAH.

Ditanya sama ada timbul sebarang bantahan ketika beliau merancang untuk menyertai parti itu, Razali berkata tidak ada bantahan tetapi sebaliknya beliau dialu-alukan.

Pada Jun lalu, Razali yang sering bersama Jamal dalam beberapa protes jalanan mengumumkan dirinya meninggalkan Umno pada satu sidang akhbar di Seremban. - 7 September 2018.

Ibu Makan Roti & Tidur Atas Lantai, Anak Bekas Adun PAS Dakwa Ibunya Disiasat Atas Tekanan Putrajaya.

SOSMED | Sejak pagi tadi penyokong PAS menyebarkan luahan sayu yang dipercayai ditulis oleh anak perempuan kepada bekas ADUN PAS yang disiasat SPRM baru-baru ini.


Puan Noor Hanim, bekas ADUN Seri Serdang itu disiasat atas dakwaan menyeleweng dana sebanyak rm50,000.


Puan Noor Hanim juga mencipta rekod sebagai 'orang' PAS pertama yang ditahan dan disiasat SPRM berhubung isu penyelewengan.

Mesej yang disebarkan itu dilaporkan ditulis oleh Noratiqah Sapiyan yang didakwa sebagai anak perempuan kepada Puan Noor Hanim.

Mesej itu antara lain memberitahu bagaimana ibunya dilayan dengan hanya diberikan roti setiap kali tibanya waktu makan.

Noratiqah turut meluahkan perasaan bagaimana ibunya hanya diberikan selimut pada lewat tengah malam dan tidur di lantai tanpa sebarang tilam diperuntukan.

Menurut Noratiqah lagi, penahanan ibunya berlaku atas desakan dari Putrajaya yang bertujuan untuk mencemarkan imej PAS.

Pihak kami kemudiannya melakukan semakan di Facebook bagi mencari pemilik akaun yang bernama Noratiqah Sapiyan dan menemukan anak Puan Noor Hanim itu menggunakan nama Atiqah Sapiyan.

Gambar - Hanisya Abdul Hamid
Berikut dibawah ialah luahan penuh;

Ibuku insan terpilih. Syurga tertinggi kudoakan.

Emak saya dipanggil untuk diberi keterangan bagi membantu siasatan.

Kemudian, officer dihubungi pihak atasan Putrajaya untuk terus tahan reman. On the spot media keluar newspaper (way before ahli keluarga sedia maklum). Dan esok mereka ke mahkamah untuk mohon reman lagi seminggu. Dan dipakaikan baju oren banduan dan gari.

Kita lawan di mahkamah. Terima kasih Para peguam PAS yang membantu. Reman dikurangkan kepada dua hari.

Beliau dibawa ke lokap sprm putrajaya. Diberi makan roti untuk setiap meal. TIDUR ATAS LANTAI ! Tiada bantal. Selimut separuh badan pada jam 12 tengah malam baru diberi. (Lokap mcm dalam movie) Allahu. Macam penjenayah emakku diperlakukan.

Alhamdulillah. Semalam berjaya dilepaskan. Officer sendiri mengatakan - Maaf kami dipaksa oleh orang Putrajaya. 



Gambar - Hanisya Abdul Hamid
Tidakkah jelas ini motif politik untuk mencemar imej PAS zero rasuah dan memburukkan nama individu?

Pada mulanya saya agak gentle dengan pemerintah sekarang. Rupanya tiada beza dengan pemerintah dahulu.

Saya ingat ingin cool down dari terus melawan dalam politik but NO WAY. Kau zalimi emak dan keluarga kami. Tunggulah balasannya.

Selamanya lawan tetap lawan.
Akan terus melawan kerajaan zalim dan keji. - 7 September 2018.

Khamis, 6 September 2018

SPRM Siasat Hishammudin Hussien Berhubung Peranan Bawa Masuk AS$12juta.

Malaysiakini | Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengambil keterangan bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung kemungkinan memainkan peranan dalam membawa masuk wang berjumlah AS$12 juta ke negara ini.

 
Sumber yang rapat dengan siasatan itu berkata SPRM menyiasat sama ada pemimpin Umno itu memainkan peranan untuk mengaturkan pertemuan yang didakwa berlaku di Timur Tengah antara bekas ketua pengarah risikan, Datuk Hasanah Abdul Hamid dan pihak lain.

"Hishammuddin adalah antara beberapa saksi yang dikehendaki penyiasat SPRM bagi membantu siasatan berhubung pertemuan antara Hasanah dan satu lagi pihak di negara Timur Tengah.

"Ini juga sebab yang diberikan oleh SPRM kepada Mahkamah Majistret Putrajaya apabila mereka meminta untuk melanjutkan perintah reman terhadap Hasanah pada Ahad,"
kata sumber itu kepada Malaysiakini hari ini.

Pegawai tinggi penyiasat yang enggan namanya didedahkan itu merujuk kepada Hasanah, yang merupakan bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO).

Hasanah sebelum ini ditahan reman oleh SPRM selama enam hari untuk membantu siasatan berhubung wang berkenaan.

Sumber bagaimanapun tidak mendedahkan bilakah masa mesyuarat itu berlangsung.

Satu lagi sumber berkata antara perkara yang disiasat oleh pegawai SPRM ialah mengenai bagaimana sejumlah besar wang tunai berjaya diseludup ke Malaysia beberapa bulan yang lalu.

"Daripada maklumat yang diterima oleh SPRM, terdapat satu perjanjian yang dibuat dengan pihak tertentu di Timur Tengah untuk membawa wang tunai itu ke Malaysia.

"Pegawai penyiasat ingin menyoal Hishammuddin untuk mengetahui sekiranya dia terlibat dalam mengaturkan pertemuan ini"

Sumber berkata, Hishammuddin yang juga bekas timbalan presiden Umno, menghabiskan masa selama dua jam di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk memberikan keterangannya semalam.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani mengesahkan pihak berkuasa itu telah mengambil kenyataan Hishammuddin dan bekas menteri itu memberikan kerjasamanya sepenuhnya.

Bagaimanapun, Simi enggan mengulas lanjut mengenai kes itu.

Minggu lepas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki memberitahu sidang akhbar bahawa mereka telah merampas sejumlah wang berjumlah AS$ 6.3 juta berhubung siasatan terhadap Hasanah dan lapan yang lain termasuk tujuh pegawai MEIO dan seorang ahli perniagaan. - 6 September 2018.

Petron Perjelaskan Sejak 2016 Dah Mohon Nak Jadi Pembekal Bahan Api Kerajaan.

Sinar Harian | Syarikat Petron Fuel International Sdn Bhd (Petron) akhirnya membuka mulut selepas terpalit kontroversi susulan penyebaran memo pelantikan sebagai pembekal petrol dan diesel untuk kerajaan tular di media sosial, Khamis lalu.


Petron dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan permohonan menjadi pembekal kerajaan telah dibuat sejak Mac 2015 dan diluluskan November tahun sama.

“Pada mulanya, kami memohon untuk menjadi pembekal kerajaan pada bulan Mac 2015 dan telah menerima kelulusan daripada Kementerian Kewangan pada bulan November tahun yang sama sebagai pembekal peralatan.

“Kami memohon semula secara khusus untuk menjadi salah satu pembekal bahan api untuk kenderaan kerajaan pada Oktober 2016. Selepas melalui proses yang ekstensif, kami diiktiraf sebagai salah satu pembekal bahan api hanya pada bulan Ogos 2018,”
katanya.

Khamis lalu, tular di media sosial mengenai surat berkenaan dan mendapat perhatian netizen kerana anak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mirzan didakwa mempunyai pegangan saham dan peranan dalam syarikat itu.

Pada tahun 2013, Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron Malaysia) mengesahkan kepada Bursa Malaysia yang Mirzan tidak memiliki sebarang saham atau peranan dalam syarikat tersebut.

Sementara itu dalam kenyataan sama Petron berkata syarikatnya telah melalui proses akreditasi yang betul dan mengikut semua proses yang telus seperti digariskan oleh Kementerian Kewangan sama seperti syarikat serta pembekal bahan api lain.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan atas kepercayaan dan keyakinan melantik Petron sebagai salah satu pembekal bahan api yang diakreditasi untuk kenderaan kerajaan pada 3 Ogos 2018 yang lalu.

“Kami juga menghargai usaha mereka untuk menggalakkan persaingan sihat dalam industri petroleum. Kami sentiasa komited untuk memenuhi keperluan bahan api pengguna dengan membekalkan produk premium kami,”
katanya.

Petron juga akan terus membuat pelaburan besar dalam industri hiliran minyak dan menyumbang kepada ekonomi Malaysia dengan menaiktaraf kilang penapisannya mengukuhkan keupayaan logistik dan mengembangkan rangkaian stesen.

Pihaknya berharap dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna pada masa hadapan.

Dalam pada itu, kerajaan melalui Kementerian Kewangan menjelaskan Petron bukanlah pembekal tunggal minyak petrol dan diesel kenderaan kerajaan kerana Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Shell Malaysia masih lagi merupakan pembekal bahan api itu sejak 1997. - 6 September 2018.

Netizen Tegur Sikap Pesuruhjaya PAS Perak Sebarkan Fitnah.

LAPORAN |Gambar keratan berita TV3 yang melaporkan golongan songsang layak menerima zakat dibawah Asnaf Al Riqab terus menjadi perdebatan di sosial media.

Kali ini membabitkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Razman didakwa telah menyebarkan gambar tersebut bagi tujuan mengkritik kerajaan sebelum bertindak memadamkan ia.

Berdasarkan semakan, status yang dipercayai ditulis oleh Razman itu sememangnya tidak kelihatan di akaun Facebooknya.

Perkara itu didedahkan oleh netizen yang dikenali sebagai Ali Abu.


Razman dipetik sebagai berkata, : "Tahniah orang Islam yang mengundi PH. Mudahan kita bertemu di syurga Allah," di post tersebut. 

Membalas kenyataan Razman itu, Ali kemudiannya membidas, "Nak melawan PH biarlah dengan fakta, bukannya fuckta!


Apsal Pesuruhjaya PAS Perak ni bodoh sangat? MAIS perluaskan Asnaf Ar-Riqob ke golongan yang tersenarai dalam TV3 ini sejak tahun 2012 lagi iaitu sewaktu PAS Selangor bersama dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Friendly fire ini bro.


Janganlah mislead sampai buat posting bangang macam gini. Nampak sangat bodoh dalam ilmu zakat terkini. Yang melantik dio jadi Pesuruhjaya PAS Perak pun bodoh,"
tulis Ali Abu.


Berdasarkan garismasa akaun Facebook Razman Zakaria, pemimpin itu turut mengemaskini status yang membayangkan kerajaan memberikan pengiktirafan kepada LGBT dan masyarakat songsang.

Status tersebut dipercayai status susulan selepas kecaman terhadap kerajaan kerana memberikan zakat kepada masyarakat songsang. - 6 September 2018.

Cukai Berasaskan Pendapatan Dicadang Dikenakan Ke Atas Peniaga Online - Kementerian Komunikasi.

Berita Harian | Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) akan mengadakan perbincangan terperinci dengan Kementerian Kewangan mengenai pelaksanaan cukai terhadap perniagaan dalam talian.

 
Timbalan Menterinya, Eddin Syazlee Shith, berkata cadangan mengenakan cukai kepada peniaga dalam talian itu adalah satu perkara yang baik kerana tiada pihak yang patut dikecualikan daripada membayar cukai.

Menurutnya, cukai adalah sebahagian daripada tanggungjawab rakyat yang juga sumbangan kepada pendapatan kerajaan.

“Cukai yang dimaksudkan, saya percaya adalah cukai yang berasaskan kepada pendapatan dan ini perkara biasa yang juga tanggungjawab kepada semua.

“Tiada sebab untuk mana-mana pihak dikecualikan daripada membayar cukai kepada kerajaan melainkan dalam kedudukan atau perkara yang dibenarkan secara jelas oleh undang-undang,”
katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan ke Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Perak di Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Perak, Sabri Mansor.

Menurutnya, perkembangan perniagaan dalam talian ketika ini yang menunjukkan prestasi atau peningkatan yang baik turut menjadikan pelaksanaan cukai itu bukan suatu tindakan salah.

“Ramai yang sudah berjaya dalam perniagaan ini dan bukan menjadi satu perkara yang salah atau membebankan untuk mereka menyumbang dan sumbangan ini adalah untuk mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Ditanya jika ada kadar tertentu pendapatan perniagaan dalam talian yang akan dikenakan cukai, Eddin berkata seperti juga cukai pendapatan yang dikenakan kepada individu, pasti akan ditetapkan berapa jumlah minimum dengan formula yang bersesuaian.

Beliau berkata, sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap perniagaan dalam talian, pihaknya akan menjelaskan kedudukan dan mekanisme bagaimana cukai itu akan dilaksanakan.

“Tetapi apa pun secara dasarnya, perkara ini saya yakin akan dibincangkan secara terperinci dengan Kementerian Kewangan untuk sama-sama memperjelaskan bentuk dan cara pelaksanaan cukai kepada peniaga dalam talian ini,” katanya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah, ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara semalam dilaporkan berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan cukai terhadap perniagaan yang dijalankan secara dalam talian.

Sementara itu, bercakap mengenai lawatannya, beliau memberi amanat kepada warga Radio Televisyen Malaysia (RTM) agar terus memainkan peranan sebagai mata, lidah dan telinga kerajaan dalam menyampai dan menjelaskan isu semasa. - 6 September 2018.

Janji Memang Untuk Dimungkiri Ke Wahai Pakatan Harapan? - Syed Ahmad Fadhil.

Syed Ahmad Fadhil | Syed Ahmad Fadhil ialah Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen dan DUN PAS.

Janji Memang untuk Dimungkiri
1. Adakah Kerajaan PH berpegang kepada prinsip janji memang tidak perlu dipatuhi.? Saban hari, ada sahaja yang mereka buat tidak sama dengan apa yang mereka laungkan suatu ketika dahulu.

2. Kononnya, PH mahu memperjuangkan "Rule of Law" tetapi hakikatnya Peguam Negara masih berkuasa menyucikan pemimpin eksekutif daripada diteruskan perbicaraan di Mahkamah. 


Bukankah ini campurtangan yang terang lagi nyata bertentangan dengan prinsip "separation of power" antara badan eksekutif, legislatif dan judisiari.?

3. Kononnya, PH mahu memperjuangkan kebebasan akademik dan campurtangan politik dalam pentadbiran universiti tetapi hakikatnya Menteri Pendidikan kelihatannya mempunyai begitu banyak masa lapang untuk bergelar Presiden UIAM.




4. Bukankah Menteri Pendidikan itu ahli politik daripada PPBM?. Apabila teruk diserang isu pelantikan ini oleh pelbagai pihak muncullah Ketua Strategi PPBM, Datuk Dr Rais Hussin dan Timbalannya, Wan Saiful menjadi pembela kepada Menteri yang juga daripada PPBM.


Berkatalah, Dr Rais bahawa sesetengah janji dalam Manifesto PH ada pengecualian dalam pelaksanaannya termasuklah dalam isu pelantikan orang politik sebagai pentadbir universiti.




5. Berkata pula Wan Saiful, pelantikan Menteri Pendidikan ini adalah lantikan daripada Sultan Pahang sebagai Ketua Perlembagaan UIAM. Wah, siap guna nama Sultan pula demi menjustifikasikan pelanggaran manifesto PH. Wan Saiful merupakan Penasihat Khas kepada Menteri Pendidikan dan dia juga dilantik sebagai Pengerusi PTPTN.

6. Wan Saiful mungkin terlupa untuk menyemak Perlembagaan UIAM yang dengan nyata menerangkan proses pelantikan Presiden UIAM. 


Fasal 24
 

(2) The Constitutional Head shall appoint the President upon notification from the Host Member and the Board may proceed to formalise the appointment forthwith.
 

(2A) The appointment under sub article (2) shall be based on the approved candidate from the Host Member.

7. Ya, benar Ketua Perlembagaan yang melantik Presiden UIAM tetapi dalam Fasal 24 (2) dan 2A itu menyatakan Ketua Perlembagaan perlu melantik daripada calon yang dicadangkan dan telah dipersetujui oleh Host Member.


Host Member ini merujuk kepada Kerajaan Malaysia.
Bahkan, dalam Fasal 25 (1A) juga menyatakan bahawa;


(1A) The President shall be appointed by the Host Member in accordance with Article 24 (2A).

8. Maka, jelaslah di sini Presiden UIAM dilantik oleh Ketua Perlembagaan berpandukan nama yang dicadangkan oleh Kerajaan Malaysia bukannya atas pertimbangan peribadi Tuanku Sultan.

9. Berikut adalah senarai janji 100 Hari PH yang masih gagal dilaksanakan; 


- Janji turunkan harga minyak, 


- Janji hapuskan hutang peneroka Felda


- Janji penangguhan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang daripada RM4,000


- Janji menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja 1MDB, Felda, MARA dan Tabung Haji,


- Janji memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi pembiayaan RM500 untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40.


10. Adapun janji lain seperti bayaran royalti minyak sebanyak 20%, hapuskan tol kelihatannya masih jauh lagi untuk dilaksanakan kerana sudah menjadi skema jawapan Kerajaan PH menggunakan alasan Hutang RM 1 trilion sebagai penghalang. Anehnya, jawapan rasmi Kerajaan di Parlimen tidak pula menyatakan hutang sebanyak RM 1 trilion tetapi sebanyak RM 686.8 billion.

11. Rakyat berhak untuk bertanya kepada kerajaan kerana janji manis itu antara sebab PH dipilih menggantikan BN.
Kalau tidak mahu laksana, usahlah berjanji kerana apabila sudah berjanji ianya perlu ditunaikan bukannya dimungkiri. - 6 September 2018.

Isu Asnaf AlRiqab : Tabayyun Dan Bukannya Tibai - On Wahai PAS Kata Wakil Zakat Kedah.

SOSMED | Pemimpin dan penyokong PAS dinasihatkan untuk bersikap "tabayyun" (bersangka baik) sebelum menyebarkan apa-apa perkara yang tidak diketahui di laman sosial.


Demikianlah yang tertulis menerusi satu mesej tular sejak semalam bagi mengulas kritikan netizens ke atas isu pemberian zakat kepada golongan LGBT dan kumpulan masyarakat yang terjebak dalam kehidupan tidak bermoral.

Sumber - Facebook

Mesej itu dikesan disebarkan oleh halaman Facebook Penduduk Alor Setar / Jitra sejak petang semalam. Ia turut menyatakan ditulis oleh Mohd Firdaus Bin Mat Akhir dari Zakat Kedah.

Berikut adalah penulisan penuh itu;
 
ZAKAT BOLEH BAGI KEPADA GOLONGAN LGBT,PELACUR PENAGIH DADAH?

Uuuiii hari ni jenuh menjawab. Sekali lagi saya tekankan kepada golongan Asatizah,guru-guru kami dan mereka yang lebih berilmu supaya sentiasalah BERTABAYYUN dalam setiap isu kerana apa yang kita hukum dan buat kenyataan akan merugikan Islam dan memfitnah rukun yang sangat suci ini.

1. Zakat yang disalurkan bukan kepada golongan ini untuk sara hidup mereka dan mengembangkan lagi aktiviti mungkar tersebut! Ini jelas paham dulu.

2. Zakat menyalurkan bantuan tersebut kepada Institusi atau NGO yang membantu golongan-golangan yang ingin kembali ke pangkal jalan dan boleh diselamatkan.

3. Tak cantik lagikah Ibadah Zakat itu sebagai 1 jalan untuk menyelesaikan masalah LGBT dalam masyarakat kita dengan zakat yang kita keluarkan. Indahnya jika kita faham islam secara menyeluruh bukan menghukum semata-mata dengan nafsu dan emosi.

4. Kepada ustaz-ustaz PAS dan Rakan dalam PAS sendiri, kita sendiri telah diajar oleh pucuk pimpinan kita supaya sentiasa berjaga-jaga dalam mengeluarkan sesuatu statemen selagi belum jelas isu tersebut. Tabayyun syeikh bukan tibai-on! Kita tunjuk contoh yang baik sikit ya.

5. Juga saya nak tunjukkan, kalau kita tengok di TERENGGANU antara negeri yang aktif menyalurkan bantuan-bantuan tersebut kepada institusi yang ingin menyelamatkan golongan yang telah terpesong ini. Tok Guru kita Naib Persatuan Ulama tu syeikh! Dia lebih faham matlamat ini.

Jadi, kita tak perlu jadikan alasan untuk tidak berzakat dengan sekeping gambar yang tak ada huraian dan penjelasan yang sebenar.

Jom berzakat kerana itu tuntutan Agama. Kami berpesan untuk sama-sama selamatkn kita dari API NERAKA. Tak guna berkempen ZAKAT TIDAK BERKAT!! Anda melawan perintah Allah tu.

Yang terkilan,

Mohd Firdaus Bin Mat Akhir
Bahagian. Dakwah & Kutipan
Zakat Kuala Muda
Lembaga Zakat Negeri Kedah

Sebatan Lesbian : "Tak Adil, Bawa Mesej Buruk," Kata Kabinet PH Pada Mahkamah Terengganu.

Malaysiakini | Mesyuarat kabinet memutuskan hukuman sebat di khalayak ramai terhadap dua wanita oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu baru-baru ini tidak mencerminkan keadilan, malah memberikan gambaran buruk terhadap Islam.
"Pihak kabinet berpendapat bahawa ini tidak mencerminkan keadilan dan timbang rasa oleh agama Islam.

"Sebaliknya kita tahu bahawa ini adalah kes pertama bagi mereka dan biasanya dalam kes pertama kita perlu memberi nasihat dan tidak seterusnya melakukan (hukuman) sebat sehingga diketahui oleh seluruh negara.

"Ini memberi gambaran yang buruk kepada agama Islam,"
jelas kerajaan dalam kenyataannya hari ini.

Menurut kabinet dalam keadaan tertentu, Islam membolehkan hukuman yang lebih ringan dijatuhkan selain nasihat diberikan kepada tertuduh.

Mahkamah Tinggi Syariah pada 3 September lalu menjatuhkan hukuman sebat terhadap dua wanita yang dipercayai melakukan hubungan sesama jenis.

Hukuman itu yang dijalankan di bilik mahkamah Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu adalah pertama kali berlaku di negara ini, disaksikan lebih 100 orang termasuk pengamal media, keluarga dan peguam syarie.

Hukuman tersebut mendapat reaksi daripada pelbagai pihak - ada yang menyokong dan menentang pelaksanaan undang-undang tersebut.

Menurut kabinet amat penting agama Islam tidak ditunjukkan sebagai agama yang 'bengis, suka menjatuhkan hukuman berat serta mengaibkan orang'.

"Ini bukan cara-cara yang digalakkan oleh agama Islam.

"Ini adalah pendapat kabinet Kerajaan dan kami harap kita berhati-hati dalam mempamerkan Islam sebagai agama yang tidak ada tolak ansur, tidak ada bertimbang rasa.

"Sedangkan kita selalu apabila memulakan sesuatu dengan “Bismillahirrahmanirrahim”, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani tetapi kita tunjuk seolah-seolah dalam Islam ini tidak ada perasaan pemurah sama sekali,"
jelasnya.

Menteri Undang-undang Datuk Liew Vui Keong sebelum ini berkata kerajaan persekutuan tidak boleh campur tangan dalam soal undang-undang syariah negeri walaupun dianggap tidak selari dengan hak asasi manusia. - 6 September 2018.

Selasa, 4 September 2018

Geng-Geng Pemimpin Progresif UMNO Tibai Kursus Asas Pembangkang, Tun Faisal Sentap Dikritik.

LAPORAN | Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendedahkan rancangan 'The Purge UMNO' dari elemen Jurassic ketika membidas Tun Faisal dan penyokongnya di Twitter semalam.

"Saya masih ada harapan UMNO boleh berubah. @ShahrilHamdan @WanAgyl @MatUMNO antara individu yang sokong perubahan progresif dalam UMNO. Ramai lagi. 2021 kami akan buat gerakan untuk ‘purge’ UMNO dari elemen Jurassic," katanya dalam kenyataan itu.

Ini dijelaskan KJ ketika berbahas dengan Tun Faisal yang mempertikaikan kritikan Pemuda UMNO Seputeh, Wan Agyl Wan Hassan.


"Masih tidak berubah, masih syok sendiri, masih in denial. Perjuangan tetap perjuangan tetapi jangan lupa negara ini berbilang kaum. 

Akhirnya kita gagal mendekati hati bangsa lain. Selesaikan masalah ini, 93% undi bangsa cina tidak menyokong kita. Bagaimana nak diselesaikan?," tulis Wan Agyl yang dipercayai mempertikaikan tindakan segilintir pemimpin UMNO yang hanya bercakap tentang bangsa melayu dan Islam dengan melupakan kewujudan bangsa-bangsa lain di Malaysia.
  
KJ dilihat menyokong kenyataan Wan Agyl dengan mengkritik tindakan sesetengah pihak yang mengadakan kursus asas pembangkang yang dianggapnya memalukan kerana membuatkan orang ramai tertawakan UMNO.

"Setuju. Tak perlu ada perhimpunan seperti yang diadakan untuk kita jaga nasib orang Melayu. Ibarat mewujudkan “straw man” daripada berdepan dengan cabaran sebenar. 


Kursus asas pembangkang pun ada elemen yang menjadikan UMNO bahan jenaka," katanya. 

Tun Faisal yang mengikuti kritikan Wan Agyl itu bagaimanapun berfikir sebaliknya.

"Sembang tapi takde buat apa-apa pun tak guna bro," tulis Tun Faisal. 


"Lebih baik tak buat apa-apa dari buat kerja cara you. Maaf, your way is everything that is wrong with UMNO," bidas KJ yang menjawab kepada Tun Faisal.

Selain Tun Faisal, KJ juga secara halus mengkritik kepimpinan Datuk Seri Zahid Hamidi apabila dilihat 'retweet' kritikan ke atas Presiden UMNO itu.


Dipercayai rakaman video kursus asas pembangkang adalah program yang dikelolakan oleh Tun Faisal dan Lokman Nor Adam. 

Rakaman itu tular dengan pantas di sosial media sejurus ia dikongsikan di laman sosial dan menjadi bahan jenaka pro kerajaan. - 4 September 2018.
 

Isnin, 3 September 2018

Peguam Negara Lindungi Lim Guan Eng Ke? Soal Pemuda UMNO.

Shahril Sufian Hamdan | BEBAS TANPA BICARA : ADAKAH PEGUAM NEGARA MELINDUNGI PEMIMPIN KERAJAAN DAN APA PENDIRIAN MAJLIS PEGUAM?

1) Mahkamah hari ini membebaskan Lim Guan Eng dalam kes rasuah berhubung pembelian sebuah banglo ketika menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.


2) Mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, adalah budi bicara Peguam Negara untuk memula atau memberhentikan prosiding ke atas mana-mana kes. Namun melihatkan rekod Peguam Negara, Tommy Thomas yang merupakan peguam bagi Lim Guan Eng dalam kes ini sebelum dilantik sebagai Peguam Negara memberi gambaran bahawa wujudnya conflict of interest dalam permohonan pemberhentian prosiding ini.

3) Walaupun Tommy Thomas mendakwa telah menarik diri dari kes Lim Guan Eng ini, tetapi seluruh pejabat Peguam Negara adalah di bawah Peguam Negara sendiri, maka sudah tentu apabila penarikan kes seperti ini, wujud tanda soal seolah-olah selepas bertukarnya Kerajaan, kes yang dianggap cukup kuat untuk didakwa sebelum ini tiba-tiba tidak bersalah pula tanpa sebarang perbicaraan.

4) Dalam erti kata lain, tindakan Peguam Negara untuk memohon agar mahkamah membebaskan LGE memberi bayangan bahawa Tommy Thomas bersikap tidak bebas kerana dilihat melindungi kepimpinan kerajaan baharu Pakatan Harapan sedangkan kes-kes lain yang melibatkan pemimpin kerajaan terdahulu, beliau sangat bersungguh-sungguh untuk membawanya ke muka pengadilan walaupun siasatan masih belum diselesaikan.

5) Kepada Lim Guan Eng pula, sebagai individu berkepentingan awam sama ada sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini atau menteri persekutuan hari ini, beliau tidak seharusnya menggunakan teknikal undang-undang untuk membebaskan diri beliau sebaliknya beliau seharusnya berdepan dengan pihak pendakwaan bagi membuktikan beliau tidak bersalah.

6) Kepada Majlis Peguam, saya menanti sama ada badan ini akan mengeluarkan sebarang syor atau kenyataan membantah keputusan yang telah dibuat ini. Umum mengetahui kritikan dan saranan Majlis Peguam yang sebelum ini amat agresif dalam apa sahaja kes-kes melibatkan ahli politik Barisan Nasional. Ini adalah masa yang paling tepat bagi membuktikan Majlis Peguam bersifat non-partisan.

KJ Tak Sokong Sebatan Terbuka Untuk Pesalah Syariah.

Malaysiakini | Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamalauddin berkata, "banyak lagi cara untuk menangani isu LGBT," selain daripada melaksanakan hukuman sebatan di khalayak ramai.

Khairy mengulas isu hukuman sebatan syarie yang pertama kali di negara ini terhadap dua wanita pasangan LGBT di Terengganu hari ini.




"Banyak lagi cara untuk menangani isu LGBT.

"Walaupun termaktub dalam undang-undang, tak wajar dilaksanakan sebatan di khalayak ramai.

"Islam mengajar kita untuk menjaga maruah setiap manusia. Dan belas ihsan lebih diutamakan daripada hukuman,"
kata bekas calon presiden Umno itu pada suatu hantaran Twitter.

Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu menjatuhkan hukuman sebat sebanyak enam kali terhadap dua wanita berkenaan kerana cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Squre, Dungun, 1.50 tengah hari pada 8 April lalu.


Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail ketika di awal prosiding berkata hukuman itu adalah berbentuk pengajaran dan bukannya untuk mencederakan.

Selain itu kedua-duanya turut didenda RM3,300 atau empat bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.

Kedua-dua tertuduh diberi peluang untuk membuat rayuan ke atas hukuman sebat itu dalam tempoh 14 hari namun tidak berbuat demikian sehinggalah tempoh tamat. - 3 September 2018.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...