Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 4 September 2018

Geng-Geng Pemimpin Progresif UMNO Tibai Kursus Asas Pembangkang, Tun Faisal Sentap Dikritik.

LAPORAN | Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendedahkan rancangan 'The Purge UMNO' dari elemen Jurassic ketika membidas Tun Faisal dan penyokongnya di Twitter semalam.

"Saya masih ada harapan UMNO boleh berubah. @ShahrilHamdan @WanAgyl @MatUMNO antara individu yang sokong perubahan progresif dalam UMNO. Ramai lagi. 2021 kami akan buat gerakan untuk ‘purge’ UMNO dari elemen Jurassic," katanya dalam kenyataan itu.

Ini dijelaskan KJ ketika berbahas dengan Tun Faisal yang mempertikaikan kritikan Pemuda UMNO Seputeh, Wan Agyl Wan Hassan.


"Masih tidak berubah, masih syok sendiri, masih in denial. Perjuangan tetap perjuangan tetapi jangan lupa negara ini berbilang kaum. 

Akhirnya kita gagal mendekati hati bangsa lain. Selesaikan masalah ini, 93% undi bangsa cina tidak menyokong kita. Bagaimana nak diselesaikan?," tulis Wan Agyl yang dipercayai mempertikaikan tindakan segilintir pemimpin UMNO yang hanya bercakap tentang bangsa melayu dan Islam dengan melupakan kewujudan bangsa-bangsa lain di Malaysia.
  
KJ dilihat menyokong kenyataan Wan Agyl dengan mengkritik tindakan sesetengah pihak yang mengadakan kursus asas pembangkang yang dianggapnya memalukan kerana membuatkan orang ramai tertawakan UMNO.

"Setuju. Tak perlu ada perhimpunan seperti yang diadakan untuk kita jaga nasib orang Melayu. Ibarat mewujudkan “straw man” daripada berdepan dengan cabaran sebenar. 


Kursus asas pembangkang pun ada elemen yang menjadikan UMNO bahan jenaka," katanya. 

Tun Faisal yang mengikuti kritikan Wan Agyl itu bagaimanapun berfikir sebaliknya.

"Sembang tapi takde buat apa-apa pun tak guna bro," tulis Tun Faisal. 


"Lebih baik tak buat apa-apa dari buat kerja cara you. Maaf, your way is everything that is wrong with UMNO," bidas KJ yang menjawab kepada Tun Faisal.

Selain Tun Faisal, KJ juga secara halus mengkritik kepimpinan Datuk Seri Zahid Hamidi apabila dilihat 'retweet' kritikan ke atas Presiden UMNO itu.


Dipercayai rakaman video kursus asas pembangkang adalah program yang dikelolakan oleh Tun Faisal dan Lokman Nor Adam. 

Rakaman itu tular dengan pantas di sosial media sejurus ia dikongsikan di laman sosial dan menjadi bahan jenaka pro kerajaan. - 4 September 2018.
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...