Tambahnya, timbul persoalan sama ada persekitaran di Kelantan yang menyebabkan rakyatnya tidak dapat membangunkan negeri mereka.
“Saya tidak tahu mengapa, rakyat Kelantan begitu cekap berniaga tapi tidak melakukannya di Kelantan sebaliknya berniaga di negeri lain.
“Saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Maka kita perlu kaji semula sama ada betul atau tidak tiada pertolongan dari kerajaan pusat kerana tanpa bantuan daripada kerajaan pusat, kerajaan Kelantan sebenarnya tidak mampu untuk menguruskan negeri dan pentadbiran negeri itu.
“Sekiranya perkara ini dapat diperbetulkan, saya percaya rakyat Kelantan dapat membangunkan semula Kelantan untuk menjadi lebih pesat dari tempat lain,” katanya sempena sesi dialog Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018.
Mengenai ECRL, Perdana Menteri mengulangi pendiriannya bahawa kerajaan tidak mampu menampung perbelanjaan projek tersebut buat masa ini dan menangguhkan sehingga mempunyai dana yang mencukupi. - 3 September 2018.