Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 7 September 2018

"Keruhnya Warna Air Di Kelantan, Macam Teh Tarik", Ini Penjelasan Ketua Penerangan PAS Kelantan.

POLITIK | Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Nazman Che Ibrahim menjawab kritikan yang tular di laman sosial mengenai kualiti air di Kelantan, khususnya di Pasir Puteh yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai sangat kotor, berkeladak dan penuh lumpur.

Jawapan Isu : “Kerajaan Islam Baru Versi PAS dan air paip berselut”

Kawasan ini pada asalnya menggunakan air daripada Air Tandak Bukit Yong. Memang kualiti asalnya teruk terutama kalau tiba musim hujan.

Pada 02 Julai 2018, setelah Loji Merbau Chondong siap, bekalan air dari Air Tandak Bukit Yong telah dihentikan dan penduduk mula menggunakan sepenuhnya air dari Loji Merbau Chondong melalui Tangki Bukit Hangus.

Pada 04 September AKSB menjalankan kerja-kerja rutin - selenggara meter dan juga kerja "scouring" baki mendapan sedia ada di dalam paip disebabkan air dari Tandak Bukit Yong yang bermasalah dari sudut Kualiti.

Kebiasaan proses cuci paip ini menggunakan injap khas tetapi bagi menjimatkan masa, air dikeluarkan dari tempat meter ini (seperti yang ditularkan dalam video 1).




Untuk makluman air dari Loji Merbau Chondong mematuhi segala piawai Kualiti Mutu Air Minuman.

Gambar terbaru serta video (2 dan 3) di dalam posting ini membuktikan kualiti air di dalam video (1) yang ditularkan itu adalah sewaktu proses penyelenggaraan biasa dan bukannya berkekalan.



Dua video dan dua gambar ini bersebelahan dengan sekolah yang diviralkan DAN ia menggambarkan kedudukan sebenar kualiti bekalan Air Kelantan di kawasan tersebut. - 7 September 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...