Khamis, 6 September 2018

Janji Memang Untuk Dimungkiri Ke Wahai Pakatan Harapan? - Syed Ahmad Fadhil.

Syed Ahmad Fadhil | Syed Ahmad Fadhil ialah Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen dan DUN PAS.

Janji Memang untuk Dimungkiri
1. Adakah Kerajaan PH berpegang kepada prinsip janji memang tidak perlu dipatuhi.? Saban hari, ada sahaja yang mereka buat tidak sama dengan apa yang mereka laungkan suatu ketika dahulu.

2. Kononnya, PH mahu memperjuangkan "Rule of Law" tetapi hakikatnya Peguam Negara masih berkuasa menyucikan pemimpin eksekutif daripada diteruskan perbicaraan di Mahkamah. 


Bukankah ini campurtangan yang terang lagi nyata bertentangan dengan prinsip "separation of power" antara badan eksekutif, legislatif dan judisiari.?

3. Kononnya, PH mahu memperjuangkan kebebasan akademik dan campurtangan politik dalam pentadbiran universiti tetapi hakikatnya Menteri Pendidikan kelihatannya mempunyai begitu banyak masa lapang untuk bergelar Presiden UIAM.




4. Bukankah Menteri Pendidikan itu ahli politik daripada PPBM?. Apabila teruk diserang isu pelantikan ini oleh pelbagai pihak muncullah Ketua Strategi PPBM, Datuk Dr Rais Hussin dan Timbalannya, Wan Saiful menjadi pembela kepada Menteri yang juga daripada PPBM.


Berkatalah, Dr Rais bahawa sesetengah janji dalam Manifesto PH ada pengecualian dalam pelaksanaannya termasuklah dalam isu pelantikan orang politik sebagai pentadbir universiti.




5. Berkata pula Wan Saiful, pelantikan Menteri Pendidikan ini adalah lantikan daripada Sultan Pahang sebagai Ketua Perlembagaan UIAM. Wah, siap guna nama Sultan pula demi menjustifikasikan pelanggaran manifesto PH. Wan Saiful merupakan Penasihat Khas kepada Menteri Pendidikan dan dia juga dilantik sebagai Pengerusi PTPTN.

6. Wan Saiful mungkin terlupa untuk menyemak Perlembagaan UIAM yang dengan nyata menerangkan proses pelantikan Presiden UIAM. 


Fasal 24
 

(2) The Constitutional Head shall appoint the President upon notification from the Host Member and the Board may proceed to formalise the appointment forthwith.
 

(2A) The appointment under sub article (2) shall be based on the approved candidate from the Host Member.

7. Ya, benar Ketua Perlembagaan yang melantik Presiden UIAM tetapi dalam Fasal 24 (2) dan 2A itu menyatakan Ketua Perlembagaan perlu melantik daripada calon yang dicadangkan dan telah dipersetujui oleh Host Member.


Host Member ini merujuk kepada Kerajaan Malaysia.
Bahkan, dalam Fasal 25 (1A) juga menyatakan bahawa;


(1A) The President shall be appointed by the Host Member in accordance with Article 24 (2A).

8. Maka, jelaslah di sini Presiden UIAM dilantik oleh Ketua Perlembagaan berpandukan nama yang dicadangkan oleh Kerajaan Malaysia bukannya atas pertimbangan peribadi Tuanku Sultan.

9. Berikut adalah senarai janji 100 Hari PH yang masih gagal dilaksanakan; 


- Janji turunkan harga minyak, 


- Janji hapuskan hutang peneroka Felda


- Janji penangguhan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang daripada RM4,000


- Janji menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja 1MDB, Felda, MARA dan Tabung Haji,


- Janji memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi pembiayaan RM500 untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40.


10. Adapun janji lain seperti bayaran royalti minyak sebanyak 20%, hapuskan tol kelihatannya masih jauh lagi untuk dilaksanakan kerana sudah menjadi skema jawapan Kerajaan PH menggunakan alasan Hutang RM 1 trilion sebagai penghalang. Anehnya, jawapan rasmi Kerajaan di Parlimen tidak pula menyatakan hutang sebanyak RM 1 trilion tetapi sebanyak RM 686.8 billion.

11. Rakyat berhak untuk bertanya kepada kerajaan kerana janji manis itu antara sebab PH dipilih menggantikan BN.
Kalau tidak mahu laksana, usahlah berjanji kerana apabila sudah berjanji ianya perlu ditunaikan bukannya dimungkiri. - 6 September 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...