Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 3 September 2018

Petron Dan Perang Persepsi - Asrul Muzaffar.

Asrul Muzaffar Mohammed | PETRON DAN PERANG PERSEPSI

Isu lantikan Petron ni sebenarnya Perang Persepsi UMNO untuk tunjuk kononnya kerajaan PH mengutamakan kroni seperti juga kerajaan BN dahulu.


Main persepsi ni perkara biasa dalam propaganda politik. Tapi ada beza antara main persepsi guna fakta dan main persepsi semberono yang akhirnya buat si pemain nampak bangang.

“Kenapa bagi kat Petron, kroni anak Mahathir?”
 

Padahal sejak 2013 lagi dah dibuktikan bahawa Petron Malaysia BUKAN milik Mirzan Mahathir. Of course penyokong totok UMNO knew this - they had clarified this issue when attacked by PKR, DAP and PAS back then.

“Kenapa tak buka saja pada semua syarikat petroleum?”
 

Ini pun penyokong totok Umno tahu kenapa. Sebabnya Petron dah buat permohonan pembekalan bahan api pada kenderaan kerajaan sejak tahun 2016 lagi. Dah Caltex, BHP tak apply, tak dapatlah. Macam BR1M la jugak. Tak apply macam mane nak dapat?

“Apesal tak bagi saja semua syarikat petroleum untuk bekalkan pada kerajaan? Kan harga minyak dah standard?”


Pemilihan pembekal bukan berdasarkan harga saja tapi juga faktor lain seperti jumlah stesen minyak, lokasi stesen, fasiliti stesen, sistem pembayaran dan berbagai lagi syarat. Mungkin Petron dah mampu penuhi syarat tapi yang lain belum. Kalau nak, upgrade la facilities dan tambah jumlah stesen.

Lagipun kat Malaysia sekarang cuma ada 3 syarikat yang ada refinery sendiri - Petronas, Shell dan Petron. Mungkin ini pun salah satu syarat lulus permohonan.

“Kenapa tak bagi kat Petronas saja?”


Aikk? Waktu kerajaan BN award kat Shell hangpa tak bising pulak. Baguslah kalau camtu. Petron dah pecah monopoli yang dah berpuluh tahun dibolot Petronas dan Shell. Competition is healthy. Yang untungnya pengguna atau dalam kes ini, kerajaan.

But then again, manalah penyokong totok Melayu Umno nak faham bab persaingan ni. Depa mana boleh bersaing. Kalau ada new player masuk, yang depa tau hanya main santau sahaja. - 3 September 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...