Kali ini membabitkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.
Razman didakwa telah menyebarkan gambar tersebut bagi tujuan mengkritik kerajaan sebelum bertindak memadamkan ia.
Berdasarkan semakan, status yang dipercayai ditulis oleh Razman itu sememangnya tidak kelihatan di akaun Facebooknya.
Perkara itu didedahkan oleh netizen yang dikenali sebagai Ali Abu.
Razman dipetik sebagai berkata, : "Tahniah orang Islam yang mengundi PH. Mudahan kita bertemu di syurga Allah," di post tersebut.
Membalas kenyataan Razman itu, Ali kemudiannya membidas, "Nak melawan PH biarlah dengan fakta, bukannya fuckta!
Apsal Pesuruhjaya PAS Perak ni bodoh sangat? MAIS perluaskan Asnaf Ar-Riqob ke golongan yang tersenarai dalam TV3 ini sejak tahun 2012 lagi iaitu sewaktu PAS Selangor bersama dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Friendly fire ini bro.
Janganlah mislead sampai buat posting bangang macam gini. Nampak sangat bodoh dalam ilmu zakat terkini. Yang melantik dio jadi Pesuruhjaya PAS Perak pun bodoh," tulis Ali Abu.
Berdasarkan garismasa akaun Facebook Razman Zakaria, pemimpin itu turut mengemaskini status yang membayangkan kerajaan memberikan pengiktirafan kepada LGBT dan masyarakat songsang.
Status tersebut dipercayai status susulan selepas kecaman terhadap kerajaan kerana memberikan zakat kepada masyarakat songsang. - 6 September 2018.