Sabtu, 8 September 2018

Mengapa Biar Sepenuhnya Tulisan Cina, Syed Saddiq - Arif Atan.

Arif Atan | Arif Atan ialah wartawan Malaysian Dateline, portal pro Amanah

Mengapa biar sepenuhnya tulisan Cina?
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membantah arahan pihak Majlis Perbandaran Muar kepada beberapa peruncit tempatan di bandar Muar untuk memadam tulisan besar nama kedai mereka dalam bahasa Cina.




Alasan Syed Saddiq dari Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan Parti Cina Bersatu Malaysia adalah "keindahan Muar adalah kepelbagaiannya dan kita harus melindungi semua itu" serta "Tulisan Mandarin itu adalah sejarah kehidupan di Muar, yang wujud di situ sejak lebih setengah abad."

Mengapa Syed Saddiq dilihat terlalu mahu menjaga hati pengundi Cina di kawasan yang diwakilinya itu ketika dia sebagai Ahli Parlimen perlu lebih mengutamakan untuk menjunjung undang-undang yang dalam konteks isu ini berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu di premis niaga?

Mengapa tidak mengambil jalan tengah (sekurang-kurangnya), lantaran mahu menjaga hati pengundi Cina dengan pada masa sama memujuk beberapa pekedai itu menambah sahaja perkataan bahasa Melayu tanpa perlu memadam ungkapan bahasa Cina yang bukannya difahamipun oleh majoriti masyarakat majmuk di negara ini?

Muar indah hanya kerana tulisan Cina sajakah? "Keindahan Muar" bukan sekadar terletak pada paparan tulisan Cina sebesar-besar tiang tanpa sedikit pun bahasa kebangsaan.

Kita tidak mengenali Muar dengan tulisan Cina penuh di tiang. Banyak lagi nilai budaya dan sejarah yang memberi makna pada keindahan Muar termasuk enaknya Mi Bandung Muar yang menjadi identiti bandar diraja itu!

 

Mengiktiraf "kepelbagaian keindahan Muar" tidak relevan dalam kes ini apabila kewujudan bahasa Melayu bahkan paling penting taraf bahasa kebangsaan sendiri pun tidak diiktiraf oleh beberapa peruncit rasis itu.

Sudahlah bahasa Melayu tidak diiktiraf oleh beberapa peruncit itu, menteri yang dari 'parti Melayu' pula boleh tumpang sekaki merestui! Ironi!

Memandangkan yang jelas berkiblatkan negara China langsung tidak ingin meletakkan sama bahasa kebangsaan di kedai mereka hanya melibatkan beberapa peruncit, reaksi Syed Saddiq amatlah bahaya jika "diambil kesempatan" oleh peruncit lain yang sebelum ini mungkin meletakkan bahasa Melayu pada kedai mereka atas sebab supaya 'wa buleh cali makan'.

Adakah selepas ini daripada "beberapa peruncit" yang kedainya ibarat terletak di Tanah Besar China itu akan diikuti pula pekedai lain dengan mengeksploitasi hujah dangkal Syed Saddiq bahawa "Tulisan Mandarin itu adalah sejarah kehidupan di Muar"?

Padahal, tulisan dalam bahasa Melayu yang juga ramai mahu panggil sebagai bahasa Malaysia itulah sebenarnya sejarah kehidupan bukan sahaja di Muar tetapi di negeri Johor dan negara Malaysia kita ini!

Sebut tentang panggilan 'bahasa Malaysia', kenapa beberapa peruncit itu Saddiq boleh mahu biarkan mereka terus berkubang dalam tulisan yang langsung tidak sezarah pun dari 'bahasa Malaysia'?

Malaysia yang berakar dari kata 'Malay' sarat dengan bagasi kebudayaan berakar umbikan tradisi peribumi tanah air ini bukannya muncul "sejak lebih setengah abad" tapi sejak berabad-abad lamanya.

Malaysia bukannya berakar dari kata 'Cina' untuk membentuk nama negara 'Cinasia'.

Sebelum Syed Saddiq mahu 'mengajar' sejarah demi membela 'beberapa peruncit' ultra Cina yang tidak berjiwa rakyat Malaysia itu, Saddiq eloklah lebih banyak membaca dan sungguh-sungguh menghayati sejarah dan kebudayaan tanah air ini.

Membiarkan beberapa peruncit Cina berdegil tidak mahu menyertakan sama sekali bahasa Melayu pada premis niaga mereka TIDAK PATUT dihalalkan oleh mana-mana wakil rakyat yang taat setianya kalau benar hanya kepada negara ini bukan kepada kertas undi semata-mata.

Tulisan yang sepenuhnya dalam bahasa Cina atau Inggeris jelas satu isyarat kebencian melampau untuk enggan mengiktiraf apa lagi menghormati bahasa kebangsaan sebagai bukan saja ciri kepelbagaian Muar tetapi pentakrif utama negara Malaysia ini! Suka tidak suka, ini Malaysia bukan Republik China, Taiwan atau Hong Kong.

Dari satu segi, mana-mana Ahli Parlimen atau Adun MESTI MENGHORMATI BIDANG TUGAS PBT SELAGI MENGIKUTI GARIS PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG.

Sikap Saddiq adalah satu kes yang patut memberi iktibar kepada Ahli Parlimen lain bahawa KUASA yang ada TIDAK BOLEH DIGUNA SEWENANG-WENANGNYA.

Seorang wakil rakyat tidak boleh menghalalkan sebarang bentuk tindakan PERKAUMAN oleh mana-mana warganegara yang masih menganggap Tanah Besar China sebagai bumi dipijak dan langit dijunjung selepas 61 tahun mendapat taraf kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia. - 8 September 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...