Khamis, 6 September 2018

Isu Asnaf AlRiqab : Tabayyun Dan Bukannya Tibai - On Wahai PAS Kata Wakil Zakat Kedah.

SOSMED | Pemimpin dan penyokong PAS dinasihatkan untuk bersikap "tabayyun" (bersangka baik) sebelum menyebarkan apa-apa perkara yang tidak diketahui di laman sosial.


Demikianlah yang tertulis menerusi satu mesej tular sejak semalam bagi mengulas kritikan netizens ke atas isu pemberian zakat kepada golongan LGBT dan kumpulan masyarakat yang terjebak dalam kehidupan tidak bermoral.

Sumber - Facebook

Mesej itu dikesan disebarkan oleh halaman Facebook Penduduk Alor Setar / Jitra sejak petang semalam. Ia turut menyatakan ditulis oleh Mohd Firdaus Bin Mat Akhir dari Zakat Kedah.

Berikut adalah penulisan penuh itu;
 
ZAKAT BOLEH BAGI KEPADA GOLONGAN LGBT,PELACUR PENAGIH DADAH?

Uuuiii hari ni jenuh menjawab. Sekali lagi saya tekankan kepada golongan Asatizah,guru-guru kami dan mereka yang lebih berilmu supaya sentiasalah BERTABAYYUN dalam setiap isu kerana apa yang kita hukum dan buat kenyataan akan merugikan Islam dan memfitnah rukun yang sangat suci ini.

1. Zakat yang disalurkan bukan kepada golongan ini untuk sara hidup mereka dan mengembangkan lagi aktiviti mungkar tersebut! Ini jelas paham dulu.

2. Zakat menyalurkan bantuan tersebut kepada Institusi atau NGO yang membantu golongan-golangan yang ingin kembali ke pangkal jalan dan boleh diselamatkan.

3. Tak cantik lagikah Ibadah Zakat itu sebagai 1 jalan untuk menyelesaikan masalah LGBT dalam masyarakat kita dengan zakat yang kita keluarkan. Indahnya jika kita faham islam secara menyeluruh bukan menghukum semata-mata dengan nafsu dan emosi.

4. Kepada ustaz-ustaz PAS dan Rakan dalam PAS sendiri, kita sendiri telah diajar oleh pucuk pimpinan kita supaya sentiasa berjaga-jaga dalam mengeluarkan sesuatu statemen selagi belum jelas isu tersebut. Tabayyun syeikh bukan tibai-on! Kita tunjuk contoh yang baik sikit ya.

5. Juga saya nak tunjukkan, kalau kita tengok di TERENGGANU antara negeri yang aktif menyalurkan bantuan-bantuan tersebut kepada institusi yang ingin menyelamatkan golongan yang telah terpesong ini. Tok Guru kita Naib Persatuan Ulama tu syeikh! Dia lebih faham matlamat ini.

Jadi, kita tak perlu jadikan alasan untuk tidak berzakat dengan sekeping gambar yang tak ada huraian dan penjelasan yang sebenar.

Jom berzakat kerana itu tuntutan Agama. Kami berpesan untuk sama-sama selamatkn kita dari API NERAKA. Tak guna berkempen ZAKAT TIDAK BERKAT!! Anda melawan perintah Allah tu.

Yang terkilan,

Mohd Firdaus Bin Mat Akhir
Bahagian. Dakwah & Kutipan
Zakat Kuala Muda
Lembaga Zakat Negeri Kedah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...