Isnin, 3 September 2018

Facebook KPDNKK 'Panas' Ditibai Netizens Kerana Buat Perbandingan Tak Masuk Akal Harga Gula.

SOSMED| Halaman rasmi KPDNKK diserang netizens sejak semalam berikutan memuatkan satu poster perbandingan harga gula.

"Harga Runcit Gula Di Rantau Asean dan Dunia," tulis pentadbir halaman KPDNKK bersertakan hashtag #KPDNHEP, #HargaRuncitGula di post tersebut.


Pentabdir halaman KPDNKK dilihat membandingkan harga gula di rantau ASEAN dan dunia dengan menggunakan nilai matawang ringgit Malaysia.

Poster itu juga menjelaskan harga gula di Malaysia telah turun sepuluh sen dan Malaysia dibayangkan sebagai negara yang menjual gula termurah berbanding dengan negara-negara yang turut dicatatkan dalam poster tersebut.

Tindakan KPDNKK itu kemudiannya dipertikaikan netizens sebagai perbandingan berat sebelah dan tidak logik.

Gaji taknak bandingkan sekali ke?



Perbezaan tangga gaji di Malaysia berbanding UK dan Amerika taknak ambilkira ke?



Sebenarnya harga gula di Malaysia lagi mahal..



Sejak bila kesemua negara tu guna Ringgit Malaysia?



Setakat ini pentadbir halaman KPDNKK tidak memberikan apa-apa respon balas meskipun dikecam begitu teruk oleh netizens.

Berdasarkan semakan, hampir kesemua netizens yang meletakkan komen mengecam tindakan KPDNKK. Bagaimanapun terdapat juga sebilangan kecil netizens yang bersikap positif dengan berpendapat harga gula terlalu murah dan perlu dinaikkan bagi mengatasi masalah obesiti dan diabetes. - 3 September 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...