Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 22 Disember 2018

Lebih Utamakan Jenazah Bukan Islam, Ini Jawapan Dr. Mujahid.

LAPORAN | Menteri Agama, Dr. Mujahid Rawa dikecam bertubi-tubi oleh netizens kerana dilihat tidak menghadiri majlis pengkebumian arwah Adib di Kedah selasa lepas.

Beberapa gambar lamanya yang dilihat mengangkat keranda bukan Islam disebarkan bagi memberikan kritikan dan tekanan kepada Menteri Agama itu yang didakwa sebagai diskriminasi dan pilih kasih kerana mengutamakan orang bukan Islam berbanding kematian orang Islam.

Dan ini adalah respon berhubung dakwaan tersebut;


👉 Foto yang menunjukkan Dr. Mujahid menghadiri majlis pengebumian jenazah bukan Islam dan mengangkat keranda ialah foto lama.

👉 Foto itu merujuk pada kematian Mendiang Siva Pandian, Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS yang meninggal dunia akibat ditembak.

👉 Dr. Mujahid juga menegaskan, beliau ketika berada dalam negara telah melawat Adib sebanyak dua kali dan menyampaikan sumbangan.

👉 Bahkan beliau turut melawat penjaga kuil yang dikenali sebagai Krishnan kerana tercedera semasa kejadian rusuhan kuil.


👉 Ketika Adib diumumkan telah  menghembuskan nafasnya yang terakhir, Dr. Mujahid berada di luar negara, atas lawatan kerja. Justeru itu, beliau tidak dapat menghadiri majlis pengebumian berkenaan. 

Diharap penjelasan ini dapat meleraikan kekeliruan yang timbul berikutan penyebaran foto lama dan dakwaan yang tidak berasas. - 22 Disember 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...