Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 16 Disember 2018

TITM Sahkan 2 MP PAS Jumpa Mahathir Tanpa Pengetahuan Parti.

THE MALAYSIAN INSIGHT | TUAN Ibrahim Tuan Man mengesahkan memang ada dua ahli Parlimen PAS berjumpa dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, lapor Sinar Harian.

Pertemuan itu bagaimanapun dibuat tanpa pengetahuan parti, katanya.

 
Timbalan presiden PAS itu berpendapat pertemuan itu perkara biasa kerana kedudukan Dr Mahathir sebagai pemimpin yang banyak pengalaman dan selalu jadi rujukan.

“Saya pun ada dengar begitu (pertemuan). Tapi Tun M (Dr Mahathir) sebagai perdana menteri, dia memang terbuka menerima kunjungan siapa sahaja,” katanya, seperti dipetik Sinar Harian.

“Saya fikir, apa yang dibincangkan itu adalah perkara lain pada pertemuan itu.

“Tapi situasi begini, (memang) orang akan andaikan dengan pelbagai isu. Apakah yang dibincangkan? Tapi konsep makan malam itu perkara biasa,”
tambah beliau.

Malah Tuan Ibrahim berkata, beliau sendiri pun pernah berjumpa dengan Dr Mahathir “tiga, empat kali” kerana beliau adalah ketua kerajaan.

Beliau mengulas maklumat yang tular di media sosial mengenai dua ahli Parlimen Pas berjumpa Dr Mahathir baru-baru ini.

Pertemuan ahli Parlimen pembangkang dengan Dr Mahathir atau mana-mana pemimpin Pakatan Harapan kini jadi perhatian ketika 17 ahli Parlimen Umno setakat ini sudah keluar parti.

Parti-parti komponen dalam Pakatan menunjukkan sikap agak terbuka sedia menerima mereka menyertai parti tetapi dengan syarat latar belakang ditapis.

Naib Presiden PKR Xavier Jayakumar mendedahkan Pakatan meletakkan tiga syarat kepada ahli Parlimen pembangkang yang mahu menyertai parti pemerintah: dedahkan semua dakwaan rasuah pemimpin Umno tanpa gentar, sokong Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan Anwar Ibrahim sebagai bakal penggantinya, dan ketiga, komited kepada agenda reformasi.

Beberapa hari lalu, tular juga gambar Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan beberapa pemimpin kanan Umno berjumpa dengan dengan Dr Mahathir.

Mohamad berkata pertemuan itu berlaku sekitar September lalu, membincangkan pelbagai perkara. Dr Mahathir mendedahkan antara perkara itu termasuk hasrat mereka keluar Umno. Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan meninggalkan Umno.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...