Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 17 Disember 2018

Pegawai Melayu Dipaksa Mesyuarat Di Tokong, Ini Penjelasan EXCO.

POLITIK | Minggu lalu tersebarnya beberapa gambar yang mendakwa kakitangan kerajaan Melaka yang berbangsa melayu dipaksa bermesyuarat didalam tokong.

Mesej viral itu turut menyebarkan bukti video bagi menguatkan dakwaannya.

Sebaran anti Pakatan Harapan
Menurut Exco Kesihatan dan Anti Dadah, Low Chee Leong, dakwaan pegawai kerajaan yang berbangsa melayu dipaksa bermesyuarat didalam tokong adalah tidak benar dan merupakan satu fitnah kepada kerajaan negeri Melaka.

Apa yang berlaku sebenarnya;

👉 Semasa kejadian, dirinya (Low Chee Leong) dan beberapa pegawai kerajaan berbangsa melayu sedang melawat Kampung Tengkera Pantai 1 dan 2 bagi meninjau permasalahan banjir kilat yang sering berlaku di sana.

👉 Pada mulanya perbincangan dilakukan diluar kawasan tokong.

👉 Namun disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu, pihak tokong kemudiannya mempelawa mereka menggunakan bilik mesyuarat dalam kawasan rumah ibadat berkenaan.

👉 Low Chee Leong turut mengesahkan kesemua yang hadir secara rela hati menerima pelawaan pengurusan tokong itu dan terus memasuki bilik mesyuarat tanpa ada paksaan untuk meneruskan sesi dialog dan berdiskusi bagi mencari solusi terbaik untuk selesaikan masalah banjir.

👉 Sesi dialog itu turut dihadiri penghulu Dun Kota Laksamana, pegawai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), SW CORP, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Melaka bersejarah MBMB, Pengerusi serta ketua biro Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tengkera dan wakil tokong.

Sehubungan dengan itu, mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah dan dakwaan karut mengenai mesyuarat dalam tokong itu diminta menghentikan penyebaran berkenaan serta-merta. - 17 Disember 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...