Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 19 Disember 2018

Mujahid Menteri Terbangsat, Netizens Hina Menteri Agama Kaw-Kaw, RORA Dikecam Buat Lawak Kematian..

SOSMED | Masuk hari kedua, media sosial masih memperkatakan tentang kematian tragis Adib yang dipukul oleh kumpulan pengganas penyokong kuil Sri Mariamman.

Menteri Agama, Dr. Mujahid Yusof Rawa dalam satu kenyataan menuntut keadilan untuk arwah Adib.

"KEADILAN UNTUK ADIB

Khabar yang amat sedih buat seluruh rakyat Malaysia apabila anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim disahkan meninggal dunia malam tadi.

Dua kali saya menziarahi allahyarham dan keluarganya di SJMC dan IJN. Sudah tentu saya cukup terkesan dengan pemergiannya.

Semoga allahyarham Adib mendapat ganjaran daripada Allah SWT dan ditempatkan bersama para soleh.

Takziah saya ucapkan pada ibu bapa Adib dan seluruh ahli keluarganya serta warga Bomba dan Penyelamat Malaysia. Semoga kuat dan tabah dengan ujian ini.

Pihak PDRM telah mengklasifikasikan semula kes allahyarham Adib sebagai kes bunuh dan ia kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Dengan kecekapan polis, saya sangat berharap dan yakin pihak yang melakukan jenayah terhadap allahyarham Adib akan menerima hukuman setimpal. Pihak yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan.

Semoga syurga buatmu Adib,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebook.


Terdahulu beberapa netizen dilihat mengecam Menteri Agama itu kerana tidak menghadiri majlis pengkebumian Adib di Kedah. 

Berdasarkan sumber, Mujahid bertolak ke Maghribi pada 17 Disember 2018, disebabkan itu beliau tidak dapat menghadiri majlis pengebumian Adib.

Bagaimanapun di Facebook Mujahid, netizens berterusan mengecam menteri berkenaan kerana dianggap tidak peka dan sensitif.

Mujahid, kau menjijikkan..


Kenapa tak hadir majlis pengebumian?  
 

Kau menteri terbangsat, Mujahid..
 

Pelbagai penghinaan diterima oleh menteri agama itu setakat ini. Babi, sial, anak haram, anjing, khadam, barua, bangsat, barua, pengkhianat, mujahat, munafiq, pariah, pundek, semuanya ada di ruangan komen. 

Kelihatan Dr. Mujahid tidak membalas respon-respon tersebut malahan tidak memadamkan komen-komen yang menghinanya walaupun secara keterlaluan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ustaz Rozaimi Ramlee atau lebih dikenali sebagai RORA, menyindir Menteri Perpaduan berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia.

"Menteri Perpaduan Gagal?


Ramai juga yang mengatakan Menteri Perpaduan gagal melaksanakan tugasnya. 


Saya kurang bersetuju dengan kenyataan ini kerana pada penelitian saya beliau setakat ini berjaya menyatupadukan suara ramai rakyat untuk mendesak beliau meletakkan jawatannya. Sekian dimaklumkan," katanya sambil menyindir.

Postnya itu bagaimanapun tidak mendapat sokongan padu dari sesetengah netizens.

Ada netizens yang beranggapan post berunsur lawak itu tidak sepatutnya dilakukan kerana dianggap tidak sensitif ke atas kematian Adib.

Nabi ada buat lawak kematian orang ke?


Ini semua jasa RORA..

RORA dipersalahkan netizens kerana dianggap menyokong Mahathir yang melantik P. Waytha Moorty ke dalam barisan kabinet. 

Dan RORA juga dipersalahkan kerana dianggap membuat sindiran yang memperlekehkan kematian Adib. Pihak kami tidak dapat memahami di ayat manakah RORA membuat lawak berkaitan kematian setakat ini. - 19 Disember 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...