Selasa, 18 Disember 2018

Menteri AMANAH, Kalau Tak Mampu Letaklah Jawatan Kata Prof Mohd Agus.

Mohammad Agus Yusoff | MENTERI AMANAH, TINGKATKAN PRESTASI

Saya meletakkan tajuk seperti di atas untuk melahirkan kekesalan saya dengan kenyataan menteri Amanah yang meminta rakyat bertenang dan menganggap kematian Muhammad Adib, wira bomba kita hanya sebagai takdir.

Mengapa tidak berikan kenyataan yang lebih tegas, sekurang-kurangnya mendesak supaya hal ini disiasat segera dan diambil tindakan keras kepada pelakunya.

 
Jika dahulu menteri Amanah ini konsisten dalam memperjuangkan nasib rakyat, tetapi sekarang sudah banyak kenyataan mereka yang pelik-pelik.

Ayam dan telurnya mahal diberikan alasan selsema burung. Diberikan juga alasan kerana eskport ke Singapura. Selepas itu, beritahu akan tubuhkan Jawatankuasa untuk mengkaji isu ini. Aduh, kenapa tidak umumkan langkah penyelesaian. Contohnya, umumkan kementerian akan perbanyakkan penternak ayam, dan perbanyakkan makanan ayam bermutu dengan harga yang rendah.

Bukan hanya itu. Ada menteri Amanah yang cakap kita dapat pelaburan dari Qatar sebanyak USD400 bilion untuk projek kereta nasional ketiga, dan lain-lain jenaka semasa Konvensyen Amanah yang baharu berlalu. Jika hendak disebutkan banyak sangat. Alahai!

Menilai prestasi menteri Amanah ini, tiga perkara sahaja jawapannya. Pertama, tingkatkan prestasi bagi memenuhi ekspektasi rakyat. Kedua, jika tidak mampu letaklah jawatan. Ketiga, jika ada rombakan kabinet, jangan dilantik lagi menteri yang tidak ada idea ini.

Saya sudah bosan sejak sebelum PRU-14 lagi dengan pemimpin yang hanya beretorik. Jumpa lagi! - 18 Disember 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...