Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 19 Disember 2018

Hina Kematian Adib Dan Komen Provokasi, UMNO Buat Laporan Polis.

KENYATAAN MEDIA | 1. Pemuda UMNO Setiawangsa hari ini telah membuat satu laporan Polis terhadap seorang wanita bernama Caryn Yean & beberapa individu lain di mana di dalam satu komen di dalam ruangan Facebook, individu-individu ini telah membuat satu kenyataan yang memecah belahkan keharmonian dan perpaduan kaum di dalam negara ini.

2. Tindakan ini adalah tidak wajar dan telah menyentuh sensitiviti sesebuah kaum juga agama dan dilihat mampu menimbulkan suasana kurang senang atau kemarahan, khususnya dalam kes ini buat yang beragama Islam.


3. Pemuda UMNO Setiawangsa menegaskan bahawa tindakan hari ini bukan lah sebagai langkah mencetus ketegangan kaum namun ia hanya untuk memastikan barang siapa, tidak kira mana-mana individu dari apa bangsa atau agama sekalipun tidak boleh sesekali mengeluarkan kenyataan provokatif seperti ini kerana ia hanya akan menjurus kepada kemudaratan perpaduan yang kita telah nikmati selama ini.

4. Kami berharap tindakan tegas di ambil terhadap individu ini oleh pihak berkuasa walaupun penggantungan serta-merta telah dilakukan oleh majikan individu berkenaan. Dengan langkah ini juga kami berharap ia dapat dijadikan pengajaran kepada mana-mana individu yang ingin lakukan perkara yang sama di masa akan datang.

5. Jika ada lagi kenyataan berbau hasutan seperti ini, kami sarankan sesiapa pun patut lapor dan biarkan polis bertindak. Jangan biarkan isu seperti ini berleluasa dan kita bersama-sama kekang sebelum ia merebak menjadi isu yang lebih mudarat.

6. Kami, seperti majoriti rakyat cintakan Malaysia yang aman dan negara yang makmur lahir dari kesepaduan hubungan antara kaum serta agama dan jangan hanya dengan provokasi sebegini ia akhirnya mencetus ketegangan sesama kita.


Fadzmel Fadzil
Naib Ketua Pemuda UMNO Setiawangsa

Exco Pemuda UMNO Malaysia

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...