Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 17 Disember 2018

Rahim Tambi Chik Serah Borang PPBM, DAP Kata Bapa Segala Skandal.

THE MALAYSIAN INSIGHT | BEKAS Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik adalah “bapa segala skandal” dan tidak wajar diterima masuk ke dalam mana-mana komponen Pakatan Harapan (PH), kata ahli Parlimen DAP dari negeri itu.


Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata penyertaan Rahim dalam PH akan mencemarkan integriti kerajaan negeri dan mencalar keyakinan rakyat kepada PH di Melaka.

“Rahim Thamby Chik bukanlah ‘Bapa Pembangunan Melaka’ sebaliknya adalah ‘Bapa Segala Skandal’ di Melaka, “ katanya.

“Saya gesa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menolak sebarang permohonan keanggotaan oleh Rahim Thamby Chik atau pengikutnya. 


“Atau, penerimaan Rahim Thamby Chik itu akan menjadi sebab rosaknya integriti Kerajaan Negeri dan melemahkan keyakinan rakyat terhadap PH Melaka,” katanya dalam satu kenyataan.

Khoo juga menggesa pimpinan PH membincangkan isu lompat parti ini segera dan membuat keputusan tegas menolak mereka yang intergritinya boleh dipersoalkan.

“Penerimaan bekas pemimpin-pemimpin Umno ke dalam PH juga merupakan suatu pengkhianatan kepada rakyat dan ahli-ahli PH yang telah bertungkus-lumus melawan rejim Barisan Nasional untuk bertahun-tahun,” katanya.

Dalam kenyataannya Khoo menghuraikan beberapa skandal yang Rahim terlibat semasa beliau dalam Umno.

Rahim hari ini menyerahkan borang permohonan menyertai Bersatu kepada kepada Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Mohd Redzuan Md Yusof yang juga Menteri Pembangunan Usahawan.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata permohonan itu akan dipertimbangkan. Beliau juga mengingatkan semua pihak untuk tidak menilai Rahim berdasarkan sejarah politik lampaunya kerana itu bukan strategi yang baik dan tidak sesuai dengan konteks semasa.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...