Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 16 Disember 2018

'Nabi Tak Tunai Janji', Khalid Samad Minta Maaf, Kata Malaysiakini Salah Tulis Tajuk.

KENYATAAN MEDIA | PENJELASAN KES "NABI TAK TUNAI JANJI".

Banyak pihak hari ini telah menegur saya berhubung kenyataan saya mengenai ketidak mampuan PH menunaikan janji manifesto.

Mereka menyatakan bahawa ramai boleh tersalah faham dengan kenyataan itu sehingga menganggap saya ingin menutup kelemahan PH dalam melaksanakan Manifesto PH sepenuhnya dengan menyandarkan kepada Nabi (SAW).


Dalam erti-kata lain seolah-olah Nabi (SAW) sama lemah dengan PH!

Ada juga yang kata saya tuduh Nabi (SAW) mungkir janji!

Sebenarnya saya tidak berniat langsung untuk menyandarkan kelemahan PH kepada peribadi Nabi (SAW).

Atau menuduh Nabi mungkir janji. Jika ada yang faham begitu, saya memohon maaf dan memohon ampun kepada Allah dan RasulNya itu.

Apa yang saya ingin sampaikan adalah manusia hanya mampu berusaha. Namun bukan semua yang diusahakan akan dapat terlaksana dengan sepenuhnya.

Dalam kes manifesto PH kita telah dan akan terus berusaha untuk menunaikan segala yang dijanjikan dalam manifesto itu.

Namun kerana kekangan kewangan sekarang, kita terpaksa tangguhkan pelaksanaan sebahagian darinya sehingga kedudukan kewangan negara pulih semula.

Dalam kes Rasulullah menangguhkan menunaikan haji pada tahun itu, ia telah Baginda (SAW) lakukan pada tahun seterusnya seperti yang dipersetujui dalam perjanjian Hudaibiyah.

Terima kasih kepada Malaysiakini kerana telah mengubah tajuk beritanya dari tidak menunaikan janji kepada menangguhkan janji.

Khalid Samad
Pengarah Komunikasi AMANAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...