Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 31 Mei 2018

Tak Pelik Kutip Derma Bayar Hutang, Yang Ganjil Ajaib Jika Berpuashati Kata MAZA Sambil Sindir PAS..

Isu Penubuhan Tabung Harapan Malaysia bagi membayar hutang negara masih lagi mendapat perhatian awam. Terbaru Ustaz Asri Zainal Abidin ataupun nama panggilannya MAZA mengulas isu tersebut yang disifatkannya sebagai bukanlah tindakan yang pelik.

"Tidaklah pelik jika ada yang cuba tolong pihak Kerajaan bayar hutang. Ia satu usaha yang bersifat sukarela. Siapa mahu boleh berikan, siapa tidak mahu boleh biarkan," katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini. 


MAZA juga berkata apa pelik sebenarnya ialah memaksa rakyat untuk membayar hutang dan dalam masa yang sama pemimpin mengamalkan gaya hidup yang mewah. 

Tidak hanya itu, MAZA juga seakannya menyindir pemimpin tertentu dalam PAS yang suatu ketika dahulu pernah dilaporkan berpuas hati dengan penjelasan isu 1MDB yang dilakukan oleh Arul Kanda meskipun tidak menyebutkan mana-mana nama secara jelas. 

MAZA hanya sekadar meletakkan kiasan.

Tetapi ianya difahami oleh rata-rata pengikutnya kerana hanya PAS sahaja selama ini yang dilaporkan berpuas hati dengan penjelasan Arul Kanda dalam isu 1MDB.

"Namun, yang pelik lagi melampau ialah pihak yang membuat hutang yang ditanggung oleh sekelian rakyat secara paksa tanpa rela. 

Lebih kejam lagi apabila pihak yang mengambil hutang itu bermewahan, sementara rakyat yang menanggung hutang hidup dalam bebanan.

Apa yang ganjil lagi ajaib apabila ada kelompok yang pernah menyatakan mereka berpuashati dengan isu penyalahgunaan harta awam tersebut,"
katanya lagi. 


Setakat ini status MAZA itu telah dikongsikan sebanyak 5,838 (ketika artikel ini ditulis). Dan rata-rata netizens pro PAS 'berperang' dengan netizens pro PH di ruangan komen.

Difahamkan Tabung Harapan Malaysia (THM) yang dilancarkan semalam adalah untuk menyelaraskan derma yang ingin disumbangkan oleh orang awam kepada kerajaan bagi membayar hutang negara berjumlah 1 trillion.

Ini kerana ketika ini terdapat beberapa pihak yang membuka tabung derma atas tujuan mahu membantu negara membayar hutang.

Meskipun tiada kes yang dilaporkan, pelancaran Tabung Harapan Malaysia oleh Kementerian Kewangan akan membendung penipuan yang mungkin akan diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu.

Inisiatif kerajaan ini adalah untuk menyatukan semua usaha menderma dan memudahkan orang awam hanya memasukkan wang ke dalam satu tabung, satu akaun yang telah disahkan oleh kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, semua derma yang disumbangkan kepada Tabung Harapan Malaysia akan dikecualikan cukai.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng di halaman Facebooknya tadi. Kenyataan rasmi mengenainya juga akan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada hari ini. - 31 Mei 2018.

Pembelian Set Tren RM5.7B Tanpa Tender Terbuka - KTMB.

Oleh : Bernama

Kerajaan terdahulu didakwa membuat pembelian set tren bernilai RM5.7 bilion secara terus dari China tanpa tender terbuka.


Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) (KPPKTMB) Abdul Razak Md Hassan berkata, berdasarkan rekod KTMB, pembelian terdiri daripada 30 unit set tren jenis ‘Six Car Seat’ bernilai RM1.9 billion yang dibeli pada 2012; dan 10 unit set tren jenis ‘Electric Train Seat’ (ETS) bernilai RM507 juta (pada 2013)

Pembelian juga meliputi sembilan jenis ETS bernilai RM1.1 bilion (pada 2019); 13 unit set tren ‘Deisel Multiple Unit’ bernilai RM1.5 bilion (pada 2019); dan 38 unit ‘Maintenance Six Car Seat’ bernilai RM750 juta (sepanjang tempoh pembelian).

“Pembelian-pembelian ini boleh dianggap tidak memenuhi spesifikasi teknikal, komersial dan kehendak KTMB. Ia dibuat berdasarkan kehendak Kementerian Pengangkutan sendiri bukannya KTMB sebagai ‘needs and user’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kesatuan itu berkata tindakan kerajaan terdahulu yang memfokuskan pembelian set tren terus dari China menggambarkan seolah-olah Malaysia ‘mengkiblatkan’ sistem kereta api dari negara itu, sedangkan produk antarabangsa dari negara lain mempunyai kualiti dari sudut teknikal dan komersial yang lebih baik.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang baru dilantik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini berkata tiada lagi sistem rundingan terus dan tender terhad bagi perolehan projek-projek mega akan datang dan ia mesti dilakukan secara terbuka dan telus.

Dalam pada itu, KPPKTMB juga meminta kerajaan mengkaji semula projek Landasan Kereta api Berkembar Lembah Klang (KVDT) fasa 2 yang mana pemberian tender harus dibuat secara terbuka.

Ini kerana, katanya, terdapat kelewatan dari pihak kontraktor bagi projek KVDT fasa 1 sehingga berlaku kelewatan pembukaan depoh di KL Sentral.

Selain itu kesatuan itu juga berharap kerja-kerja pembuatan dan penyelenggaraan akan diberikan keutamaan kepada KTMB sendiri, dan sekiranya KTMB tiada keupayaan, maka syarikat tempatan perlu diberi keutamaan.

UZAR Padamkan Post FB Piala Dunia Free & Tabung Derma Malaysia.

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman atau lebih dikenali sebagai UZAR nampaknya telah memadamkan artikelnya yang bertajuk Piala Dunia Free dan Tabung Derma Malaysia dari halaman Facebooknya hari ini.

Artikelnya itu tular dan dikongsikan oleh ramai pihak ketika ia dituliskan semalam namun ketika disemak hari ini ianya telah hilang dari paparan Facebooknya.


Tidak dapat dipastikan sebab kenapa UZAR berbuat demikian.

Berikut adalah post yang dimaksudkan;

PIALA DUNIA FREE & TABUNG DERMA MALAYSIA

Walaupun saya tahu sangat ramai peminat bolasepak di Malaysia ini bergembira dengan keputusan kabinet memberi penyiaran percuma piala dunia, serta ia dianggap hadiah kepada 'sekumpulan' rakyat.



 
Namun perlukah untuk berhabis RM40 juta bagi mendapat hak siaran di RTM, khususnya sewaktu hasil-hasil negara sudah berkurang disebabkan :-

- 'zerorated' GST;


- kemungkinan pampasan RM 500 juta kerana menamatkan projek HSR;


- bayar syarikat konsesi untuk bersedia hapuskan toll dan diskaun;


- hutang negara diwartakan lebih RM 1trillion;


- tax holiday selama 3 bulan & penangguhan SST;


- Harga RON95 dikekalkan dengan tanggungan subsidi;


- kena bayar hutang tertunggak 1MDB, berbillion;


- kena bayar hutang tertunggak SRC, berbillion;


 
Semua di atas ni sangat bagus untuk rakyat (kecuali kena tanggung hutang 1MDB & SRC) dan menggembirakan namun sedikit pelik kerana pada waktu yang sama, diumumkan tabung Harapan Malaysia untuk rakyat menderma bagi membayar sebahagian hutang negara. Adalah lebih baik, puluhan juta kos penyiaran piala dunia, dimasukkan dalam tabung bayar hutang tadi atau menambah bonus aidilfitri berbanding hanya RM 400.

Sekadar pandangan, meyahut keterbukaan kerajaan yang menjemput kritikan membina dan cadangan serta teguran.

Apa pandangan kalian pula? kita berdiskusi dengan bahasa sihat inshaALlah.

Subsidi Petrol 40 Sen Seliter, Orang Kaya & Orang Singapura Pun Dapat, Wajar Ke?

Oleh : Syahir
 
Harga minyak mengikut kiraan formula mekanisme apungan terkawal sekarang adalah sekitar RM2.60. Ini bermakna kerajaan mensubsidi hampir 40 sen bagi setiap liter RON95 yang dijual di pasaran.

Carta yang saya lampirkan di bawah menunjukkan harga RON95 yang ditetapkan kerajaan vs harga pasaran sejak 2 tahun yang lepas.



Di bawah apungan secara bulanan dan mingguan harga RON95 yang ditetapkan kerajaan mengikut pergerakan harga minyak pasaran (dunia) jadi tidak ada elemen subsidi mahupun cukai berterusan.

Walaubagaimanapun atas faktor pilihanraya yang semakin hampir pada masa itu, sejak hujung Mac kerajaan sebelum ini terus mengekalkan harga RON95 pada harga RM2.20 walaupun harga pasaran sebenar meningkat dan Ringgit menyusut.

Kerajaan baru selepas PRU14 terus mengekalkan harga yang sama bukan sahaja untuk RON95 dan Diesel, tetapi juga untuk RON97 yang harganya juga tidak berubah.

Janji ke-2 untuk tempoh 100 hari Pakatan Harapan adalah menstabilkan harga petrol DAN memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.

Harga petrol sudah pun stabil tetapi subsidi masih lagi pukal atau dalam erti kata yang lain subsidi sekarang untuk semua termasuk yang kaya, berpendapatan tinggi yang bawa kereta mewah berkuasa tinggi.

Jika dasar ini diteruskan kemungkinan besar perbelanjaan subsidi bahan api kerajaan akan mencecah sekitar RM20 bilion setahun sepertimana pernah direkodkan pada tahun 2011 - 2013.

Ini bermakna segala pertambahan hasil yang diraih kerajaan daripada kenaikan harga minyak dunia, akan dibelanjakan kepada subsidi petrol dan diesel. Dengan GST yang akan dimansuhkan, masih belum jelas daripada sumber mana hasil kerajaan akan diraih untuk menggantikan kehilangan hasil tersebut. Jangan lupa, kerajaan PH juga berjanji akan meneruskan pembayaran BR1M (tukar nama lain). Ini menambahkan lagi ketidaktentuan dasar fiskal kerajaan yang belum jelas lebih-lebih lagi dengan kesibukan Menteri Kewangan dengan isu 1MDB.

Apa-apapun kita tunggu dan lihat sama ada subsidi petrol secara bersasar akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari ini.



Subsidi pukal untuk semua lebih menguntungkan mereka yang kaya berpendapatan tinggi sepertimana kajian yang dibuat Bank Negara pada tahun 2014 yang mendapati bahawa 42% subsidi bahan api dinikmati oleh kumpulan 20% teratas (T20) dan hanya 4% subsidi dinikmati oleh kumpulan 20% terbawah (B20).

Ini bermakna jika kerajaan membelanjakan RM10 bilion subsidi bahan api, RM4.2 bilion dinikmati orang kaya dan hanya RM400 juta dinikmati mereka yang berpendapatan rendah. Ini kerana yang kaya lebih banyak menggunakan kereta dan mengisi minyak dan yang miskin belum tentu boleh memiliki kenderaan dan kebanyakan hanya menggunakan pengangkutan awam.

Ini kajian Bank Negara bukan kajian saya. 2014 pula zaman Tan Sri Zeti masih Gabenor Bank Negara. Mungkin media patut tanya pendapat Tan Sri Zeti sekarang berkenaan subsidi petrol dan diesel yang regresif ini.

Subsidi bahan api adalah dasar yang mengherot ekonomi dan tidak diamalkan negara-negara maju. Negara pengeluar dan pengeksport terbesar di dunia Arab Saudi dengan pengeluaran minyak lebih 10 juta tong sehari pun sudah hentikan subsidi, patutkah Malaysia yang keluarkan minyak kurang 700 ribu tong sehari terus berikan subsidi pukal yang untungkan orang kaya dan berpendapatan tinggi?

Rujukan: Pembaharuan harga: Dorongan, Kesan dan Langkah-langkah Sokongan - Bank Negara - Laporan Tahunan 2014: http://www.bnm.gov.my/…/pub…/ar/bm/2014/cp04_001_rencana.pdf

p.s. Sekurang-kurangnya apungkanlah harga RON97. Orang Singapore pun dapat subsidi 40 sen seliter bila harga RON97 kekal.

Hindraf 2.0 Tidak Wujud, 25 Tuntutan Adalah Palsu - P. Waytha Moorthy.

HINDRAF TIDAK MENUNTUT KERAJAAN PAKATAN MAHUPUN MAJLIS PENASIHAT.
 

UTHAYAKUMAR HARUS SEDAR PERANG TELAH TAMAT - KINI MASA UNTUK MEMBINA MALAYSIA BARU.

Hindraf ingin menjelaskan bahawa kami tidak menghantar apa-apa tuntutan kepada Kerajaan Pakatan Harapan, Majlis Penasihat atau Jawatankuasa Pembaharuan Institusi. Ia mendapat liputan secara meluas oleh media yang dikawal oleh UMNO hari ini bahawa Hindraf telah mengemukakan tuntutannya atas nama Hindraf 2.0.




Tidak ada organisasi bernama Hindraf 2.0 wujud. P. Uthayakumar, adalah pemimpin Parti Hak Asasi Manusia (HRP). Beliau tidak pernah menjadi sebahagian daripada kegiatan Hindraf sejak 2009 kerana mahu membangunkan parti politiknya sendiri. Tindakannya menuntut atas nama Hindraf 2.0 telah menyebabkan kekeliruan, kemarahan dan kebencian di kalangan orang ramai.

Hindraf ingin menjemput Uthayakumar menyertai Hindraf sebagai ahli secara rasmi jika beliau berminat. Menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai dengan menggunakan nama yang sama dengan Hindraf tidak akan membantu perjuangan kita untuk mencari penyelesaian yang komprehensif dan kekal kepada masalah rakyat.

Hindraf berjaya dalam kempennya iaitu UNDI SIFAR UNTUK BN sejak 2 tahun yang lalu dan hampir 1 tahun telah bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir untuk memastikan kemenangan Pakatan. Lebih daripada 300 forum dan perjumpaan telah diadakan sepanjang 18 bulan yang lalu untuk memastikan BN kalah tetapi Uthayakumar tidak pernah mengambil bahagian dan tidak menyokong apa-apa langkah untuk bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir atau Pakatan Harapan.

Saya ingin menyatakan dengan jelas kepada Uthayakumar. Perang telah berakhir dengan kekalahan BN. Uthayakumar mesti berhenti berkonfrontasi dan menyertai semua yang kini bekerja keras untuk membina sebuah Malaysia yang baru. Sudah tiba masanya untuk membina semula masyarakat di Malaysia baru yang merupakan hasil kerja keras semua orang yang menyokong Pakatan. Tun Mahathir telah memberikan komitmennya kepada Hindraf untuk menyelesaikan isu-isu yang sekian lama dihadapi kaum India dan kami bekerjasama dengan Tun dan pemimpin Pakatan lain. Oleh itu, tidak masuk akal untuk mengambil pendekatan konfrontasi untuk menuntut daripada kerajaan Pakatan yang disokong oleh Hindraf berbanding dengan rintangan yang dihadapi oleh Hindraf semasa pemerintahan UMNO.

P. Waytha Moorthy
Pengerusi
Hindraf

Hapuskan JAKIM, Elak Agama Ditunggang. - Satu Ulasan Dari Dr. Mujahid Rawa.

JAKIM : YANG TERSIRAT DAN TERSURAT
1. Kebimbangan kepada sesuatu yang baru adalah tanda positif tentang perasaan mahu yakin bahawa sesuatu perubahan akan menguntungkan kita atau tidak. Begitu juga kebimbangan ini bagi sesetengah pihak turut dikuasai sikap prejudis dan pesimis terhadap apa sahaja yang baharu.

".....Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

(Al Ra'd: 11)


2. PH konsisten sejak awal lagi menyatakan hasrat mahu membawa reformasi institusi negara. Sementara isu kebobrokan tatakelola kewangan negara bawah BN menjadi topik utama, isu reformasi pentadbiran agama Islam juga sebenarnya berada dalam pelan reformasi menyeluruh PH.

3. Kita harus akur bahawa mengkritik pentadbiran agama bukan bermakna mengkritik intipati agama itu, kerana aspek pentadbiran adalah atas usaha daya manusia yang terdedah kepada kelemahan dan kesilapan. BN selama ini melalui institusi agama mendoktrinkan seolah mengkritik institusi agama seperti JAKIM, Jabatan Agama, Mahkamah Syariah dll adalah seperti memandang rendah kepada agama Islam itu sendiri. Ini doktrin yang songsang dan mendedahkan Islam menjadi 'tunggangan' pihak tertentu.

4. Keadaan ini amat berbahaya kepada nasib pentadbiran Islam yang senantiasa dianggap jumud dan tidak profesional kerana merasakan ia tidak boleh ditegur dan dikritik. Lebih buruk institusi ini ada nama Islam sedangkan Islam menuntut Itqan (professionalism) dalam konsep pemulihan berterusan.

5. Amat membimbangkan lagi ialah institusi Islam ini dipolitikkan bagi tujuan persaingan untuk membuktikan siapa yang lebih Islamik. Institusi Islam juga menjadi platform doktrinasi permusuhan antara kaum dan agama melalui teori konspirasi yang tidak berbukti. Siapa yang berani pertikaikan mereka kerana mereka 'mewakili Islam?' Sepatutnya institusi Islam mendekatkan hubungan antara agama seperti diperintahkan bukan menanam bibit kebencian seperti yang dilarang oleh Islam.

6. Isu RUU 355 sebagai contoh adalah taktik politik semata-mata untuk meraih sokongan politik tanpa ada tanggungjawab kesatuan umah sehingga ramai yang jadi 'kafir' 'anti-Islam' 'liberal' dan kerajaan BN membiarkan 'penunggang agama' berleluasa tanpa kawalan malah BN ambil kesempatan untuk membuktikan keislamannya dalam isu ini.

7. Islam menjangkau politik dan kepartian, Islam adalah cara hidup dan teras kepada kewujudan negara ini. Bagi sesetengah pihak, agama menjadi alat radikalisasi untuk mencapai maksud 'kebenaran mutlak' dari partinya dan kelompoknya, justeru bibit pemikiran keganasan menjadi medan subur menggugat keselamatan negara. Di mana peranan institusi Islam membendung semua ini? lebih buruk kerajaan BN sebelum ini membiarkan radikalisasi terancang untuk kepentingan politik mereka melalui institusi Islam.

8. Fenomena agama dipolitikkan sebagai alat dalam kerangka negara tanpa disedari telah membelakangkan fungsi utama Raja-raja Melayu sebagai penentu dasar pentadbiran Islam sebagaimana termaktub dalam perlembagaan. Mengembalikan fungsi Raja- raja Melayu dalam pentadbiran Islam adalah tunggak utama untuk memulakan reform atau Islah yang dimaksudkan oleh PH.

9. Bila PH mengatakan Raja-raja Melayu perlu dikembalikan peranannya menjaga Islam dan segala kepentingannya dalam kerangka negara, ia satu kenyataan penting bagi membebaskan Islam dari dieksploitasi untuk alat politik dan radikalisasi. Raja-raja Melayu sebagai institusi tiada kepentingan politik ( a political) boleh berperanan dalam 'de-politicising' Islam bagi memastikan Islam itu menjangkau kepentingan politik dan bangsa.

10. Bila isu JAKIM diperkatakan, mereka tidak melihat gambaran lebih besar hasrat PH membebaskan pentadbiran Islam dari menjadi 'tunggangan' pihak berkepentingan samada kelompok politik mahupun kelompok pengganas atau golongan agamawan. Ia bukan isu JAKIM hendak dihapuskan atau tidak, ia usaha PH mengembalikan semangat dan amalan bahawa Islam itu menjangkau semua kepentingan politik dan untuk memulakan proses itu ia perlu dikembalikan kepada kuasa Raja-raja, barulah usaha reformasi pentadbiran Islam dapat berjalan lancar.

إن صلاتي و نسكي و محيى و مماتي لله رب العالمين لا شريك له وبذالك امرت و انا أول المسلمين....

Yb Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden Amanah
Ahli Parlimen Parit Buntar


31 Mei 2018

RTM Bayar World Cup 2018 40juta Akan Dapat Pulangan RM250juta.

Oleh : Zulhafidz Yahaya

Betul ke Rm40 juta untuk worldcup tu belanja hangus?

Ada orang RTM explain 40juta tu bukan belanja hangus.

40juta beli hak penyiaran sebulan.

Iklan 10 saat waktu penyiaran tu berharga rm15k, 30saat iklan 30k. (contoh per slot, biasanya airtime tak jual perslot, ada pakej2 terus untuk sepanjang penyiaran etc. Tambahan, Peak rate beza dengan normal ratecard)

Sepanjang hari ada 2 atau 3 game. Sepanjang 1 jam sebelum perlawanan ada berapa iklan. 15 minit halftime berapa iklan muat. 1 jam selepas game lagi. Iklan waktu ulangan siaran lagi.

Darab dengan bilangan game dan siaran.

40j invest. Bakal dapat lebih daripada 250juta income kepada RTM milik kerajaan. (read additional notes *)

Ini juga sebahagian dari usaha untuk menaiktaraf Rtm dalam tempoh 6 bulan seperti yang di arahkan kementerian.

(Awani telah ambil langkah drastik sejak pru14, rating naik berganda kerana pendekatan baru, Mediaprima tv3 drop dan rugi beberapa tahun kerana pendekatan mereka bawah kerajaan sebelum ini, RTM very slow move berpuluh tahun dikenali sebagai media propaganda kerajaan sahaja, low rating.

Selamat Pagi Malaysia tak lincah macam, MHI, NLKO, Assalamualaikum, etc. RTM style 80an, jadi menteri baru nak revive RTM to be better.

Wc18 jadi batu loncatan untuk tarik viewer, and tarik content provider to sell great contents to RTM, with good graphics, motion reel terkini etc2)

Kalau tengok hypptv ada channel W. Content indipendent banyak ditayang disini.

Orang niaga mesti tahu bab trafik broadcast, content investment, etc.

Belanja 40 dapat 250.
Bukan belanja hangus.

Kisahnya..

*The 250 is a forecast number. Not to be exact. Tak tak wajib dapat sebegitu. Selain airtime advert, akan ada roadshow, merchandise, macam-macam rights lain etc. To be fair, the number boleh jadi lebih sikit, atau lebih banyak, depends on how team KKM, RTM will promote more. This is merely to justify, its not a non-profit 40j investment. Dan bukan belanja hangus.

*You can add more studies on similar cases on NFC, Sturgeon, and more to be more fair jika berminat and suka untuk study where tax moneys go and wheres the ROI.

*Normal ratecard is different to peak/special rate card. some countries do the bidding for this kind of rights. broadcasting rights will give benefits more than just numbers.

*RTM akan dinaiktaraf dalam tempoh 6 bulan. Dan worldcup ini menjadi batu loncatan. Tidaklah nanti bosan melihat grafik, visual rtm yang seperti 80an.

* For the advertising fee and advertiser, jangan lihat kemampuan penaja dalam negara sahaja tuan-tuan, its a world event. Cuba lihat iklan utama MotoGp, Trivago, boleh check berapa kemampuan marketing budget trivago dan investor disebaliknya.

*ASTRO actually untung billions on World Cup. Tapi tak bolehlah letak level sama dengan RTM. Astro ada jualan lain. Astro ada apps. Jutaan org download apps, dapat revenue dari google lagi. Boleh tambah iklan on apps lagi. Astro ada langganan biasa dan langganan Hd. Roadshow. Merchandise etc. Thats why billions.
 

==============

Share boleh. Nak copy boleh. Nak copy as jawapan kepada status-status yang menyoal rm40j ni pun ok.

Cuma minta jasa baik. Jangan perli, caci maki, maki hamun, etc.

We all Malaysian. Kita semua warga negara.

As warga negara Malaysian semua ada hak untuk tahu benda yang mereka tak tahu, waima dari parti apa sekalipun.

Dulu kita tak tahu langsung berapa kerajaan bayar itu ini untuk apa apa tema perayaan, RTM, contoh event warna-warna Malaysia di dataran merdeka, citrawarna etc, rakyat tak tau.

Tapi kerajaan baharu ni telus, beritahu serba serbi hal perbelanjaan awam.. Which is a good new thing.

Cuma keghairahan pada angka-angka ni akan berlaku pada pihak pembangkang.

Sebelum ni. Tanpa ada mana mana pemecahan monopoli, semua keuntungan advertising skala besar di monopoli oleh Astro. (F1, motogp, Worldcup, etc)

Kerajaan kini nak memecahkan monopoli itu, agar Astro akan kurangkan bil tuan-tuan bila dia dah tak dapat monopoli..

Bila ada persaingan sihat, Astro akan turunkan harga dia la nanti.

Kalau kerajaan nak paksa dia turun harga pakej dia, kerajaan kena bayar pampasan atau beri subsidi jika dia setuju turun harga Astro.

Seronok tak kalau harga Astro murah?
Seronok tak kalau harga internet murah?

Kerajaan tak boleh push mana mana pihak untuk turun harga (bukan keperluan am) sebab itu hak peniaga. Tapi kerajaan boleh kontrol, dengan cara merendahkan kemonopolian perniagaan.

Selasa, 29 Mei 2018

Pencarian Pesawat #MH370 Berakhir - Ocean Infinity.

Oleh : Bernama

Syarikat penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat, Ocean Infinity hari ini mengesahkan bahawa misi pencarian bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang telah berakhir.

Ocean Infinity dalam satu kenyataan hari ini berkata, syarikat itu telah menjalankan pencarian dan mengumpul data berkualiti tinggi meliputi kawasan seluas lebih 112,000 km persegi dan berjaya mengatasi keadaan dan kawasan dasar laut yang mencabar.


“Keluasan kawasan yang diliputi dalam masa lebih tiga bulan operasi adalah jauh melebihi sasaran awal iaitu 25,000 km persegi dan hampir sama dengan kawasan pencarian sebelumnya dalam tempoh dua setengah tahun,” kata kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Ocean Infinity, Oliver Plunkett merakamkan rasa dukacita semua pihak di Ocean Infinity kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam MH370.

“Sebahagian daripada motivasi kami untuk menyambung semula pencarian ialah cuba merungkaikan beberapa jawapan kepada mereka yang terlibat. Oleh itu, kami dengan hati yang amat berat mengakhiri usaha pencarian tanpa mencapai matlamat itu,”
kata Plunkett.

Beliau berkata, Ocean Infinity sangat berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana memberi tawaran dan peluang kepada syarikat tersebut untuk menyambung semula misi pencarian.

Komitmen yang dizahirkan oleh kerajaan baharu di Malaysia untuk memberi keutamaan kepada usaha menjejaki MH370 adalah sangat baik untuk didengar, kata Plunkett.

“Walaupun hasil misi pencarian itu setakat ini amat mengecewakan, tetapi sebagai sebuah syarikat, kami amat berbangga dengan apa yang telah kami capai dari segi kualiti data yang kami hasilkan dan kecepatan tempoh masa yang telah diliputi dalam misi pencarian merangkumi kawasan yang luas. Belum pernah misi pencarian dasar laut laut berskala ini dijalankan dengan begitu cekap dan berkesan sebelumnya,” kata beliau.

Beliau juga berkata, Ocean Infinity dengan ikhlas berharap syarikat itu sekali lagi dapat menawarkan khidmatnya dalam pencarian MH370 pada masa akan datang.

Ocean Infinity juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan di atas kapal Seabed Constructor yang telah berusaha dengan gigih tanpa penat dan juga kepada semua syarikat, organisasi dan individu yang memberi sokongan, bimbingan dan nasihat yang tidak ternilai.

Pihak berkenaan juga mengucapkan terima kasih kepada kakitangan di Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang dedikasi mereka usaha menjejaki pesawat tersebut tidak pernah pudar dan layak diberi pujian, kata Plunkett.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.

Pada Januari tahun ini, Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan Ocean Infinity untuk menyambung semula pencarian pesawat malang itu.

Misi pencarian oleh Ocean Infinity di selatan Lautan Hindi adalah berdasarkan terma “no cure, no fee,” yang bermakna bayaran hanya akan dibuat apabila serpihan pesawat yang hilang itu ditemukan dan disahkan oleh pihak ketiga.

Hadi Tak Jawab Soalan Moderator Awani, Ini Ulasan RORA.

Kehadiran TGHH dalam wawancara Astro semalam menimbulkan pelbagai reaksi netizen. Ada yang mengatakan beliau tidak menjawab soalan. Bagi pemuja beliau pastinya membela beliau dengan mengatakan jawapan beliau padu dan mempunyai ilmu mantiq yang tinggi. Beberapa sahabat meminta ulasan saya. 


Lalu saya gagahkan diri menonton sendiri wawancara ini supaya dapat melakukan penilaian sendiri. Berikut ulasan saya:

1. Tidak wajar pukul rata beliau tidak menjawab setiap soalan. Ada saja soalan yang beliau jawab dan jawapan beliau boleh difahami. 

2. Namun ada juga soalan moderator yang beliau seolah-olah mengelak dari menjawab secara terus seperti pencapaian PAS untuk menjadi king maker di peringkat kerajaan pusat dengan menjawab Tun Mahathir menjadi king maker. Apa kaitan PAS dengan Tun Mahathir? Bagi saya, ini bukan mantiq tinggi pun. Sebaliknya bagi saya jawapan ini tiada kaitan dengan soalan secara langsung.

3. Ada juga soalan moderator yang beliau jawab dengan jawapan yang mengejutkan. Seperti soalan plan, program atau rancangan pembangunan Islam versi PAS untuk membangunkan negeri di bawah pemerintahannya. Lalu beliau jawab dengan pimpinan PAS zero siasatan rasuah. Ini juga bukan mantiq tinggi bagi saya. Ini lari dari skop soalan.

4. Apa-apa pun saya kira ini suatu permulaan yang baik bagi kerajaan baru. Perbezaan politik diraikan dan masih memberi ruang kepada pembangkang untuk menyuarakan pendapat dan pandangan.

5. Bagi penyokong TGHH yang mengatakan jawapan beliau mempunyai mantiq yang tinggi saya tidak dapat cerna dan hadam setakat ini. Jika betul mantiqnya tinggi maka perlu ada penjelasan daripada kalian untuk memahamkan netizen atas pagar dan non partisan. Jika kalian juga tidak faham sebenarnya, maka berhentilah menggunakan alasan mantiq tinggi. Budaya politik matang itu bukan saja menghormati pandangan tokoh lawan, namun juga berlaku adil ketika menilai pandangan tokoh sendiri yang dikagumi.

Sekian ulasan ringkas daripada saya.

Dr Rozaimi Ramle

Ahad, 27 Mei 2018

Kes Bunuh 'Perompak', Zulkifli Dijatuhkan Hukuman Mati.

Oleh : Bernama

“Jangan sesekali kita ambil kuasa undang-undang, seolah-olah melaksana ‘undang-undang rimba’ hingga meragut nyawa orang lain meskipun dalam keadaan marah,”
kata Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Datuk Zainal Azman Ab Aziz.


Beliau berkata demikian dalam penghakimannya terhadap seorang peniaga warung Zulkifli Ismail, 52 yang didakwa membunuh Zulkefle Abdullah, 40 dan mencederakan seorang orang kurang upaya (OKU) Faizul Awang, 33, yang kudung kaki kanan, pada 2015.

Zainal Azman hari ini telah menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas Zulkifli bagi kesalahan membunuh manakala hukuman penjara 14 tahun dari tarikh tangkap iaitu 7 Dis 2015 bagi kesalahan menyebabkan kecederaan setelah pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Dalam penghakiman kes tersebut, Zainal Azman berkata tertuduh tidak sepatutnya mengambil tindakan sendiri sebaliknya perlu menghubungi polis dan kemudiannya mahkamah akan bertanggungjawab menetapkan sebarang hukuman.

“Banyak berlaku di negara ini (kes sedemikian). Sesiapa juga jangan ambil alih kuasa polis dan mahkamah. Janganlah bila marah kita cepat ambil parang. Jangan sesekali kita ambil kuasa undang-undang,”
katanya.

Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di kawasan rumah tidak bernombor Jalan Kemaman-Dungun, Kampung Labohan Kerteh, Kemaman, kira-kira 10.30 pagi 7 Dis 2015.

Sebelum menjatuhi hukuman, Zainal Azman berkata berdasarkan keterangan 24 saksi pendakwaan dan tertuduh sendiri yang dipanggil membela diri serta hujah kedua-dua pihak, beliau mendapati tertuduh bukanlah mangsa dalam kes tersebut meskipun timbul dakwaan kedua-dua mangsa cuba merompak beliau.

Katanya Zulkifli telah menyerang kedua-dua mangsa yang sedang mencari besi buruk di kawasan sekitar tempat kejadian dan sekiranya tertuduh benar-benar terancam, sepatutnya telah bertindak menghubungi polis kerana mempunyai telefon bimbit ataupun meminta bantuan daripada orang ramai kerana rumahnya hampir dengan jalan raya.

“Tertuduh yang tiba di tempat kejadian telah datang dari arah belakang dan menikam dada kanan Faizul dan kemudiannya meluru dan menikam dada si mati (Zulkefle). Si mati cuba melarikan diri tetapi tertuduh bukan setakat mengejar mangsa sehingga 70 meter dengan parang tetapi tidak membenarkan rakannya (Faizul) membantu si mati.

“Saksi juga menyatakan si mati sempat merayu sambil mengangkat kedua-dua tangannya supaya tertuduh berhenti mencederakannya tetapi tidak dihiraukan,”
katanya.

Zainal Azman juga berkata mahkamah mendapati tikaman yang dibuat ke atas si mati dan juga mangsa kedua bukanlah sesuatu perbuatan yang tidak disengajakan ekoran mempertahan diri tetapi sebaliknya kerana tiada sebarang pergelutan dan provokasi berlaku sebelum tikaman dibuat dan kecederaan yang dialami juga adalah serius.

Pendakwaan telah dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud dan Syazwani Zawawi manakala tertuduh diwakili peguam Azizul Shariman Mat Yusoff dan Ariff Azami Hussein.

"Saya Tak Lari, Saya Pergi Tabung Haji Keluar Duit," - Penjelasan Jamal.

Oleh : SuaraTV
Setelah ‘hilang’ hampir 40 jam, Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar.
Jamal melalui satu kiriman rakaman suara yang dihantarkan kepada wartawan SuaraTV sebentar tadi berkata ketika hari kejadian pihaknya telah bergegas untuk Tabung Haji bagi mengeluarkan duit.

“Pada pukul 3.15 saya (ingat) kes telah selesai dan terus keluar dari hospital dan pergi ke Tabung Haji bagi mengeluarkan duit bagi membiayai kos reman dan sebagainya.
“Saya bergegas keluar dari hospital kerana mengejar masa kerana takut waktu pejabat Tabung Haji tutup jadi setelah mengelaurkan duit saya mendapat panggilan (maklumkan) saya diburu pihak polis kerana dikatakan telah melarikan diri dari hospital dan sebagainya,” jelasnya melalui rakaman suara tersebut.
Jamal turut menjelaskan dia kemudianya mengambil keputusan untuk berehat terlebih dahulu dan berjanji akan memberikan kerjasama kepada pihak polis.
“Disebabkan itu, dalam keadaan saya kurang sihat bagi saya lebih baik saya berehat dahulu dan Insyallah saya akan tetap memberikan kerjasama sepenuhnya pada pihak polis.
“Bagi saya perkara ini adalah salah faham, kerana menurut ingatan saya perkara itu telah selesai tetapi ada beberapa dokumen yang saya tidak tandatanggani dan bukan saya melarikan diri daripada polis,” ujarnya lagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat sebelum ini berkata, polis sedang giat mengesan kedudukan Jamal untuk menyelesaikan proses dokumentasi tersebut.
“Setakat ini (10 malam), kami belum dapat mengesan kedudukan beliau (Jamal). Kita berharap dia tampil dan bekerjasama untuk menyelesaikan proses jaminan mahkamah ini,” katanya dipetik sebagai berkata.
Jamal dikatakan hilang dari hospital tempatnya membuat rawatan sakit belakang itu antara pukul 5 ke 6 petang ketika pihak polis dan peguam sedang melakukan dokumentasi jaminan mahkamah.
Jamal disiasat berhubung kes memecahkan botol arak di hadapan pagar pintu masuk bangunan pentadbiran kerajaan negeri Selangor Oktober tahun lepas.
Sementara itu peguam Jamal, Datuk Mohd Imran Thamrin melalui satu kenyataan sebentar tadi turut mengesahkan Jamal telah menghubunginya dan beraedia memberikan kerjasama bagi menyempurnakan proses ikat jamin.
“Untuk makluman semua, DS Jamal telah menghubungi kami kumpulan peguam dan memaklumkan bahawa beliau sedia memberikan kerjasama yang sebaiknya kepada pihak Polis untuk menyempurnakan proses ikat jamin tempoh hari.
“Beliau telah menjelaskan bahawa pada petang hari kejadian beliau bergegas keluar dari hospital setelah selesai proses “discharge” untuk mengejar urusan waktu pejabat yang lain. Pada ketika itu beliau percaya dan beranggapan proses ikat jamin telah selesai dan sempurna,” ujarnya.
Beliau turut berkata pihaknya telah memaklumkan kepada pihak polis berkenaan perkembangan ini. - 27 Mei 2018.

Tiada Perancangan Tutup Pawagam Kata PAS Terengganu.

Oleh : Sinar Harian
Dasar operasi panggung wayang Lotus Five Star Cinemas (LFS) di PB Square tidak akan akan diubah, sebaliknya ia akan ditambah baik demi keselesaan bersama.

Perkara itu ditegaskan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagi mengulas kebimbangan segelintir pihak sekiranya panggung wayang yang dibuka pada Mac tahun lalu itu akan ditutup selepas Pas memenangi PRU14 lalu dan membentuk kerajaan baharu.


Jelas Samsuri, pihaknya kini sedang meneliti perkara berkaitan panggung wayang itu untuk memastikan operasi sedia ada ditambah baik.

"Saya telah beberapa kali ditanya mengenai perkara ini (operasi panggung wayang). Tidak ada perubahan pada dasar operasi.

"Satu masa (mungkin selepas Ramadan) saya akan bawa keluarga untuk menonton wayang (bagi lihat sendiri operasi berkenaan," 
katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama Penggiat-Penggiat Industri Pelancongan di Pusat Konvensyen Duyong, Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman.

Status operasi panggung wayang itu mendapat perhatian ramai selepas Pas berjaya mengambil alih kepimpinan negeri daripada BN pada 9 Mei lalu.

Ini kerana, kewujudan panggung wayang selepas 22 tahun penduduk Kuala Terengganu tidak memiliki kemudahan itu mendapat bantahan termasuk pemimpin politik daripada Pas yang ketika itu masih lagi bergelar pembangkang di Terengganu.

Panggung wayang yang dikendalikan Lotus Fivestar Cinemas (M) Sdn Bhd itu dibuka secara berperingkat pada Mac tahun lalu mampu menempatkan seramai 700 penonton pada hari biasa serta pertambahan sekali ganda kepada 1,400 penonton pada hujung minggu.

Mat Sabu Kongsi Pengalaman Naik Pesawat Udara A400M.

Oleh : Malaysiakini

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkongsi rasa bangganya selepas menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) model Airbus A400M.

Mohamad yang menceritakan pengalamannya itu berkata, sejak kecil beliau hanya mampu mendengar bunyi pesawat udara pengangkut tentera seperti itu berlepas dan mendarat di pangkalan udara berhampiran rumahnya.




"Inilah pertama kali saya dapat naik kapal terbang TUDM Airbus A400M dan perjalanannya baik walaupun dalam keadaan awan yang agak tebal tapi goncangnya agak kurang.

"Saya sendiri tidak rasa cemas apa-apa. Saya haraplah kapal terbang ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik terutama untuk membawa tentera kita menjalankan tugas menjaga keselamatan seluruh negara,"
katanya seperti dipetik Bernama.

Mohamad, yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian dalam sidang media selepas majlis berbuka puasa bersama-sama anggota TUDM di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang hari ini.

Dalam sidang media itu, Mohamad menekankan agar beberapa pembaharuan perlu dibuat terutamanya yang membabitkan peralatan ketenteraan.

Beliau berkata perkara itu akan dibawa ke Kabinet untuk dipertimbangkan dan berharap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyokong perkara itu.

"Bila mendengar taklimat tentera darat, laut dan udara, saya rasa perlu tindakan segera untuk kita memperkemaskan peralatan ATM ini. Saya harap perdana menteri dapat menyokong untuk membuat pembaharuan segera terutama soal peralatan ketenteraan kita.
"Inilah yang kita mahu supaya peralatan kelengkapan ketenteraan sama ada di peringkat persenjataan atau peralatan pengangkutan berada dalam keadaan terbaik supaya soal keselamatan negara menjadi keutamaan demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia," katanya dipetik sebagai berkata.
Kunjungan ke Pangkalan Udara Butterworth merupakan kunjungan pertama Mohamad selepas menerajui Kementerian Pertahanan pada 22 Mei lepas.

Polisi Air Percuma Dalam Masa Terdekat - MB Perak.

Oleh : Bernama
Kerajaan Perak pimpinan Pakatan Harapan akan menunaikan satu daripada 31 janji yang ditawarkan kepada rakyat Perak, iaitu pemberian air percuma kepada golongan sasaran.

Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata proses perbincangan bersama pentadbiran yang berkaitan sedang dibuat, termasuk dengan Lembaga Air Perak (LAP).
“Kami dapati ada ruang luas yang mencukupi untuk kami laksanakan dalam masa terdekat.
“Jadi kami akan tentukan definisi yang lebih jelas mengenai kumpulan sasaran yang akan merasai nikmat pemberian air percuma itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama kariah di Masjid Jamek Ar-Rahmaniah, Chenderiang, Tapah malam ini.
Ahmad Faizal yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang berkata tawaran tersebut akan dilaksanakan dalam 100 hari pertama, namun mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri.
Jelas beliau, pihaknya mempunyai keyakinan penuh terhadap LAP untuk melaksanakan satu daripada manifesto Pakatan Harapan negeri itu ketika Pilihan Raya Umum ke-14.
Dalam pada itu mengulas mengenai tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Manjoi yang membantah penjualan minuman keras di sebuah pasar raya baru-baru ini, Ahmad Faizal menasihati NGO terbabit agar mengikut saluran yang disediakan dan bukannnya bertindak bersendirian bagi mengelakkan masalah lain timbul.
“Saya faham dengan sentimen dan emosi NGO itu memandangkan Kampung Manjoi merupakan Kampung Melayu terbesar dalam negara.
“Namun begitu, saya berpendapat perkara ini boleh disalurkan kepada pihak kerajaan dan boleh kita mengadakan rundingan dengan pihak pengusaha pasar raya,” katanya.
Khamis lepas, sekumpulan individu mendatangi sebuah pasar raya dan meminta pekerja premis itu berkenaan mengosongkan peti sejuk yang mengandungi minuman keras.
Menteri Besar itu yang juga Anggota Parlimen Tambun turut menasihatkan pengusaha pasar raya yang beroperasi di kawasan majoriti Melayu agar lebih sensitif dengan masyarakat sekeliling mereka.

Sabtu, 26 Mei 2018

Akhirnya Pakatan Harapan Akui Hutang Negara RM686B Kata Najib.

Kenyataan Media Dato’ Sri Najib Razak
25 Mei 2018

Semuanya telah dinyatakan dengan jelas selama ini 

1. Saya lega bahawa Menteri Kewangan telah menjelaskan dalam kenyataannya semalam bahawa hutang rasmi kerajaan persekutuan kekal pada RM686.8 bilion (50.8% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK) - bukan 65% atau RM1 trilion seperti yang didakwa sebelum ini.


2. Tahap 50.8% adalah jauh lebih rendah daripada 103.4% yang dicapai semasa pemerintahan pertama Tun Mahathir.

3. Kerajaan sebelumnya sentiasa mematuhi garis panduan laporan hutang awam antarabangsa seperti yang ditakrifkan oleh IMF dan Bank Dunia. Oleh itu, angka 50.8% adalah pengukuran yang diterima secara universal.

4. Kewajiban kontinjen, seperti jaminan, tidak pernah dimasukkan dalam pengukuran rasmi hutang kerajaan, bahkan semasa pemerintahan Tun Mahathir sebelumnya.

5. Kerajaan telah memberi jaminan ini kepada entiti tertentu yang dimilikinya untuk membantu menurunkan kos pembiayaan mereka. Ini biasanya adalah kewajiban jangka panjang yang disokong dengan aset yang menjana pendapatan.

6. Bagi pajakan PPP/PFI, ini adalah perbelanjaan operasi dan bukannya hutang, dan adalah untuk infrastruktur sosial yang sangat diperlukan, termasuk sekolah, balai polis, hospital, universiti, dan lain-lain.

7. Kerajaan BN sebelum ini telah telus dan tidak pernah menyembunyikan angka-angka yang didedahkan oleh menteri kewangan hari ini. Semua angka ini diterbitkan dalam Laporan Perbendaharaan, laporan BNM, laporan Ketua Akauntan, Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun tanpa gagal.

8. Penganalisis pasaran, ahli ekonomi dan pelabur sedar bahawa angka-angka ini dapat dikendalikan dan dapat ditangani, satu fakta yang diakui oleh Menteri Kewangan sendiri.

9. Oleh itu, kami tidak menyembunyikan hutang sebanyak RM300 bilion atau memalsukan angka seperti yang didakwa. Semuanya telah dinyatakan dengan jelas selama ini berdasarkan garis panduan yang diterima secara universal.

10. Sekarang memandangkan kebenaran telah didedahkan tentang "hutang nasional RM1 trilion" ini, kami mengucapkan tahniah kepada kerajaan baru kerana dengan tidak perlu telah menakut-nakutkan pasaran yang mana telah menyebabkan berlakunya kejatuhan mendadak dalam bursa saham minggu ini – 14 hari berturut-turut aliran keluar modal asing.

11. Kejatuhan ini menyebabkan kerugian kepada pelabur pasaran saham dan GLIC kita seperti KWSP, KWAP, Khazanah dan Tabung Haji. Saya berharap dan berdoa agar menteri-menteri kerajaan PH akan lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan di masa akan datang.

Kecoh, Jamal Lari Dari Kawalan Polis Ketika Ditahan Di Hospital!

Tular laporan polis yang mengatakan pemimpin Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Yunos yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar melarikan diri dari kawalan pihak polis ketika berada dalam tahanan wad di Hospital KPJ, Ampang Puteri.


Menurut laporan polis yang tular itu, Jamal dikesan melarikan diri kira-kira jam 3 petang, semalam. Perkara itu disahkan oleh peguam Jamal. Polis yang sepatutnya mengawal Jamal dimaklumkan tidak berada di lokasi kejadian dan tidak dapat dipastikan kenapa polis pengiring tidak berada disisi Jamal ketika itu.


"Assalammualaikum tuan

Dato Seri Jamal lari dari tahanan di Hospital Ampang Puteri, Ampang, Selangor.

Apg rpt : 11641/18
Pengadu : Rahasbiah bt Abd Rahman 45thn
Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam

Pada 25/05/2018 @ 1730hrs pengadu telah sampai di KPJ Ampang Puteri untuk menjamin Jamal b Md Yunus KP. 700804-10-**** untuk kes Mahkamah Majistret Shah Alam BA-83-605-05/2018 dibawah Sek 268kk. Pengadu sampai diward nya dapati Okt tiada disitu hanya peguam dan penjamin sahaja yang ada. Polis pengiring dari Ampang yang sepatutnya menjaga Okt juga tiada. Dimaklumkan oleh peguam Okt bahawa Okt telah tiada sejak jam 1500hrs. Kesnya didengar oleh Majistret pada jam 1045hrs diward yang sama pertuduhan telah dibacakan dan jamunan diberikan sebanyak RM3000/-.

1⃣Rpt dirujuk kepada Bahagian JSJ Insp Vijay.

2⃣Ops tutup telah dilancarkan pada  jam 2012hrs atas arahan KPD Ampang Jaya

Siasatan diteruskan
Terima kasih tuan," tulis kenyataan polis yang tular terutamanya di WhatsApp.

Jamal sebelum ini dilaporkan disiasat dibawah kes memiliki senjata api. Datuk Seri Jamal Yunos selama ini seringkali melakukan provokasi politik yang mencetuskan kebimbangan rakyat Malaysia. 

Datuk Seri Jamal dianggap sebagai samseng kerana suka berbuat huru hara dan kekacauan politik. 

Beberapa kali laporan polis telah dibuat terhadapnya dan kes disiasat namun Jamal tidak pernah didakwa di mahkamah di era Barisan Nasional.

Ramai netizens menyifatkan tindakan Jamal yang melarikan diri dari tahanan polis mungkin kerana beliau kini mulai takut pada undang-undang selepas 'bos besarnya' Barisan Nasional kalah teruk dalam pilihanraya umum ke 14. - 26 Mei 2018.

Jumaat, 25 Mei 2018

Dan Kenapa Saya Sokong Majlis Profesor Negara Dibubarkan - Arif Atan.

Oleh : Arif Atan

Antara kenyataan anggota Majlis Profesor Negara (MPN). Anda boleh nilai wajar atau tidak MPN dibubarkan. 

1. Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek (Gambar di bawah) 

"Rakyat yang mengkhianati negara dengan memburukkan nama Malaysia di luar negara seperti membelot dan berkomplot dengan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat boleh dihukum bunuh di bawah Kanun Keseksaan." - 28 Jun 2017. 

- Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa MPN.

- Pensyarah Undang-Undang Sekolah Perniagaan Universiti Kuala Lumpur (UniKL). 


2. Prof Madya Datuk Dr Ismail Sualman

"Inilah pemimpin (PH) Touch N Go. Mereka datang dan kemudian pergi (cari tempat baharu). Ini menunjukkan mereka tidak berminat menjadi wakil rakyat yang berkhidmat kepada pengundinya. Dia rasa dirinya sudah bagus. Jadi apabila berpindah kerusi, mereka yakin boleh menang. Mereka tiada jiwa untuk berkhidmat." - 25 April 2018.

- Panel Perunding MPN 
- Pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) 

3. Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak

"BN sudah membuat kajian lengkap dan menyeluruh sebelum merangka manifesto kerana apa yang ditampilkan bukan hanya retorik politik, sebaliknya satu perancangan yang mampu untuk dilaksanakan." - 9 April 2018. 

- Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), 
- Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) 

4. Profesor Ulung, Datuk Dr Prof Shamsul Amri Baharuddin

"Sebanyak 70 peratus kandungan manifesto PH '10 Janji 100 Hari' sudah dan sedang dilaksanakan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN). Persoalannya, sejauh mana '10 Janji 100 Hari' ini boleh dicapai? Dasar yang baik kepada individu atau sektor tertentu tidak semestinya baik untuk negara." - 10 Mac 2018

- Timbalan Pengerusi MPN, 
- Pengerusi MPNPOLL

5. Dr. Mohd. Ainuddin Iskandar Lee Abdullah

"Memang kelihatan angkuh untuk DAP bertanding di kawasan kubu kuat UMNO tetapi ia petanda awal kepada parti lawan dan orang Melayu di negeri itu supaya berhati-hati." - 26 Mac 2018. 

- Penolong Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa MPN

6. Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali

"Berdasarkan situasi semasa juga tidak mustahil BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mampu membawa kemenangan dua pertiga kepada BN. Penolakan rakyat terhadap pembangkang terutama pakatan harapan (PH) di bawah pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad cukup jelas selain keupayaan Najib menyediakan pembangunan memenuhi selera rakyat dalam tempoh singkat."

"Hasil soal selidik mendapati BN dijangka memperoleh 55.4 peratus undi pada peringkat Parlimen, manakala pakatan pembangkang membabitkan kerjasama DAP, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara memperoleh 9.2 peratus dan serta sebagai blok ketiga dengan tujuh peratus." - 22 Februari 2018. 

- Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

7. Prof Dr Jamal Othman

"Jika SST yang mahu dilaksanakan kembali oleh PH bertujuan mengurangkan kadar inflasi dan kos sara hidup, maka ia tersalah sasar, malah dengan kadar pematuhan dan kutipan yang rendah akan meningkatkan lagi harga pengguna dan kadar inflasi dengan lebih tinggi." - 10 Mac 2018

- Ahli MPNPOLL

*Menjelang PRU-14 juga, MPN menerbitkan sebuah buku kecil iaitu Dinamika Pembangunan Sabah 2008-2018, yang mengandungi pelbagai maklumat mengenai pembangunan sosioekonomi, pembangunan pendidikan, situasi keselamatan, kesihatan dan sebagainya. Oleh itu, pada 25 April 2018, bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kajian MPN itu bukti Sabah semakin membangun dalam era kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Soalnya, kenapa MPN tidak berperanan untuk mengajak rakyat berfikir secara sihat dan matang? Mengapa MPN menjelang PRU-14 tidak bercakap jujur dari segi kepakaran masing-masing bukannya ketara mempertahankan kuasa Umno-BN yang terpalit dengan jenayah kleptokrasi?

Jadi, jangan bisinglah kalau Perdana Menteri, Tun Mahathir membubarkan saja MPN.

Rumah Perisik Yang Bertugas Mencari Pengkritik Najib Diserbu Polis.

Oleh : Mstar
Sebuah rumah milik pegawai wanita berpangkat tinggi yang dipercayai ada kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diserbu hujung minggu lalu.
Menurut laporan Malaysia Decides, wanita tersebut merupakan ketua unit pasukan perisik, Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia, di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dikatakan telah menerima beberapa dokumen penting dua hari sebelum Pilihan Raya Umum (PRU14) baru-baru ini.

Wanita itu dilaporkan sedang bercuti sementara menunggu siasatan ke atas Najib.
Portal berita itu turut melaporkan bahawa polis Bukit Aman turut menyerbu rumahnya di Seri Kembangan.
Mereka juga menyita dua buah bangunan di Putrajaya dan Jalan Bellamy yang dipercayai digunakan untuk menjalankan operasi tersebut.
Bagaimanapun, tiada dokumen ditemui.
Menurut sumber kerajaan yang tidak mahu dikenali memberitahu Malaysia Decides, pasukan itu mendapat pembiayaan besar-besaran dan digunakan untuk mengesan pengkritik kerajaan di dalam dan luar negara.
Pegawai tinggi itu yang mempunyai 300 orang anggota hanya melaporkan kepada Najib sahaja.
"Ia pada dasarnya sebagai agensi pengintip, dan semua aktivitinya untuk menjaga kuasa Najib," lapor portal itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...