Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 31 Mei 2018

UZAR Padamkan Post FB Piala Dunia Free & Tabung Derma Malaysia.

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman atau lebih dikenali sebagai UZAR nampaknya telah memadamkan artikelnya yang bertajuk Piala Dunia Free dan Tabung Derma Malaysia dari halaman Facebooknya hari ini.

Artikelnya itu tular dan dikongsikan oleh ramai pihak ketika ia dituliskan semalam namun ketika disemak hari ini ianya telah hilang dari paparan Facebooknya.


Tidak dapat dipastikan sebab kenapa UZAR berbuat demikian.

Berikut adalah post yang dimaksudkan;

PIALA DUNIA FREE & TABUNG DERMA MALAYSIA

Walaupun saya tahu sangat ramai peminat bolasepak di Malaysia ini bergembira dengan keputusan kabinet memberi penyiaran percuma piala dunia, serta ia dianggap hadiah kepada 'sekumpulan' rakyat.



 
Namun perlukah untuk berhabis RM40 juta bagi mendapat hak siaran di RTM, khususnya sewaktu hasil-hasil negara sudah berkurang disebabkan :-

- 'zerorated' GST;


- kemungkinan pampasan RM 500 juta kerana menamatkan projek HSR;


- bayar syarikat konsesi untuk bersedia hapuskan toll dan diskaun;


- hutang negara diwartakan lebih RM 1trillion;


- tax holiday selama 3 bulan & penangguhan SST;


- Harga RON95 dikekalkan dengan tanggungan subsidi;


- kena bayar hutang tertunggak 1MDB, berbillion;


- kena bayar hutang tertunggak SRC, berbillion;


 
Semua di atas ni sangat bagus untuk rakyat (kecuali kena tanggung hutang 1MDB & SRC) dan menggembirakan namun sedikit pelik kerana pada waktu yang sama, diumumkan tabung Harapan Malaysia untuk rakyat menderma bagi membayar sebahagian hutang negara. Adalah lebih baik, puluhan juta kos penyiaran piala dunia, dimasukkan dalam tabung bayar hutang tadi atau menambah bonus aidilfitri berbanding hanya RM 400.

Sekadar pandangan, meyahut keterbukaan kerajaan yang menjemput kritikan membina dan cadangan serta teguran.

Apa pandangan kalian pula? kita berdiskusi dengan bahasa sihat inshaALlah.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...