Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 31 Mei 2018

Hindraf 2.0 Tidak Wujud, 25 Tuntutan Adalah Palsu - P. Waytha Moorthy.

HINDRAF TIDAK MENUNTUT KERAJAAN PAKATAN MAHUPUN MAJLIS PENASIHAT.
 

UTHAYAKUMAR HARUS SEDAR PERANG TELAH TAMAT - KINI MASA UNTUK MEMBINA MALAYSIA BARU.

Hindraf ingin menjelaskan bahawa kami tidak menghantar apa-apa tuntutan kepada Kerajaan Pakatan Harapan, Majlis Penasihat atau Jawatankuasa Pembaharuan Institusi. Ia mendapat liputan secara meluas oleh media yang dikawal oleh UMNO hari ini bahawa Hindraf telah mengemukakan tuntutannya atas nama Hindraf 2.0.




Tidak ada organisasi bernama Hindraf 2.0 wujud. P. Uthayakumar, adalah pemimpin Parti Hak Asasi Manusia (HRP). Beliau tidak pernah menjadi sebahagian daripada kegiatan Hindraf sejak 2009 kerana mahu membangunkan parti politiknya sendiri. Tindakannya menuntut atas nama Hindraf 2.0 telah menyebabkan kekeliruan, kemarahan dan kebencian di kalangan orang ramai.

Hindraf ingin menjemput Uthayakumar menyertai Hindraf sebagai ahli secara rasmi jika beliau berminat. Menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai dengan menggunakan nama yang sama dengan Hindraf tidak akan membantu perjuangan kita untuk mencari penyelesaian yang komprehensif dan kekal kepada masalah rakyat.

Hindraf berjaya dalam kempennya iaitu UNDI SIFAR UNTUK BN sejak 2 tahun yang lalu dan hampir 1 tahun telah bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir untuk memastikan kemenangan Pakatan. Lebih daripada 300 forum dan perjumpaan telah diadakan sepanjang 18 bulan yang lalu untuk memastikan BN kalah tetapi Uthayakumar tidak pernah mengambil bahagian dan tidak menyokong apa-apa langkah untuk bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir atau Pakatan Harapan.

Saya ingin menyatakan dengan jelas kepada Uthayakumar. Perang telah berakhir dengan kekalahan BN. Uthayakumar mesti berhenti berkonfrontasi dan menyertai semua yang kini bekerja keras untuk membina sebuah Malaysia yang baru. Sudah tiba masanya untuk membina semula masyarakat di Malaysia baru yang merupakan hasil kerja keras semua orang yang menyokong Pakatan. Tun Mahathir telah memberikan komitmennya kepada Hindraf untuk menyelesaikan isu-isu yang sekian lama dihadapi kaum India dan kami bekerjasama dengan Tun dan pemimpin Pakatan lain. Oleh itu, tidak masuk akal untuk mengambil pendekatan konfrontasi untuk menuntut daripada kerajaan Pakatan yang disokong oleh Hindraf berbanding dengan rintangan yang dihadapi oleh Hindraf semasa pemerintahan UMNO.

P. Waytha Moorthy
Pengerusi
Hindraf

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...