Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 2 Jun 2018

Polis Cuai Punca Jamal Berjaya Larikan Diri Kata Menteri KDN..

Oleh : Malaysiakini

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kesal atas kecuaian pihak berkuasa yang bertugas menyebabkan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos hilang untuk pertama kalinya dari sebuah hospital swasta minggu lepas.



"Pegawai yang bertugas mengendalikan kes sedemikian tidak boleh cuai. Saya berasa kecewa, dalam kes Jamal, bagaimana dia dapat melarikan diri dari hospital?

"Saya kesal ia berlaku, kecuaian telah berlaku dan saya tidak boleh benarkannya berlaku lagi (pada masa akan datang),"
kata Muhyiddin kepada pemberita selepas mengamati operasi terhadap pendatang tanpa izin Jabatan Imigresen di Petaling Street di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan apa-apa tindakan tatatertib yang akan diambil termaktub di bawah bidang kuasa pihak berkuasa yang berkenaan.

Sebelum itu, Muhyiddin ditanya jika beliau mempunyai pesanan kepada Jamal dan bekas ketua menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang juga dikehendaki oleh polis berhubung siasatan terhadap aduan kes ugutan terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Muhyiddin berkata kedua-dua ahli politik itu perlu menyerah diri kepada pihak berkuasa berkaitan atau berisiko ditangkap kerana polis Malaysia boleh mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan negara asingnya, termasuk Interpol.

"Adalah lebih baik bagi mereka untuk menyerah diri dan polis akan mengambil tindakan sewajarnya di bawah undang-undang," katanya.

"Tidak kisahlah siapa mereka, polis sedang mencari kes-kes yang kita tahu telah dilaporkan dalam media, kesalahan dilakukan di bawah undang-undang Malaysia dan mereka tidak boleh lari.

"Walaupun mereka mungkin cuba melarikan diri, saya percaya undang-undang akan mengejar mereka,"
tegasnya.

Pegawai SPRM setakat ini tidak dapat menggeledah hartanah milik Musa dan mendakwa peguam bekas ketua menteri Sabah itu enggan bekerjasama, menurut satu laporan.

Musa juga didakwa telah meninggalkan negara dengan sumber 'atasan' dalam SPRM dilaporkan memberitahu The Star beliau telah ke luar negara sebelum namanya disenarai hitam imigresen.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, mengesahkan waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Jamal kerana gagal muncul walaupun diberi masa yang mencukupi untuk menyerah diri dan bekerjasama dengan penyiasatan terhadapnya.



Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...