Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 2 Jun 2018

Jamal Yang Dulunya Samseng Tunjuk Besar Kepala Kini Melarikan Diri Ke Indonesia..

Datuk Seri Jamal Yunos kini dipercayai berada di Indonesia selepas berjaya melarikan diri ke negara jiran itu lapor Awani semalam.


Menurut Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, terdapat dakwaan yang mengatakan Jamal kini berada di Indonesia selepas meloloskan diri ke negara itu meskipun telah disenaraihitamkan oleh pihak imigresen.

Pihak imigresen dalam satu kenyataan semalam mengesahkan berdasarkan semakan mereka, rekod menunjukkan Jamal dan Musa Aman masih berada di dalam Malaysia.

Ini bagaimanapun menimbulkan spekulasi yang Jamal dan Musa Aman berkemungkinan melarikan diri ke luar negara menggunakan 'jalan haram' ataupun cara tidak sah.

Sementara itu, Muhyiddin mengesahkan akan meminta bantuan Polis Indonesia bagi mengesan Jamal.

“Apa nak berlindung apa, dia tahu dia buat salah, lepas itu dia lari, saya sedang minta Ketua Polis Negara untuk memburu beliau, katanya dia berada di Indonesia, jadi kita akan minta kerjasama dari pihak polis di sana, cari beliau bawa ke sini.

“Apa pun kalau ada apa-apa kesalahan yang beliau lakukan, saya serah kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sesuai dengan undang-undang yang ada,” katanya ketika ditemui oleh pemberita selepas menghadiri program di Masjid Jabatan Penjara Malaysia, Kajang. - 2 Jun 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...