Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 1 Jun 2018

Pro PAS, BN Pertikaikan Keuntungan Siaran WORLD CUP 2018 Di RTM Akan Cecah RM250 Juta.

Oleh : Ustaz Nurul Islam (pemimpin muda PAS)

Penjelasan mengenai anggaran kos pengiklanan dan kos penyiaran Piala Dunia :

Jumlah pendapatan SEPANJANG TAHUN RTM melalui pengiklanan adalah seperti berikut :





2013 = RM 2.48 Juta
2014 = RM 51.9 Juta (Piala Dunia Brazil)
2015 = RM 38.6 Juta
2016 = RM 43.1 Juta


Jika diteliti, pada 2014 iaitu tahun pertandingan Piala Dunia di Brazil, RTM menyiarkan siaran langsung dan hasil yang diperolehi oleh RTM melalui pengiklanan SEPANJANG TAHUN adalah RM 52 Juta. Manakala tahun tahun lain, pendapatan pengiklanan SEPANJANG TAHUN yang diperolehi sekitar RM 43 Juta (dengan anggapan keuntungan RTM kekal pada 2018). Saya ulangi ia adalah pendapatan pengiklanan SEPANJANG TAHUN.

Jadi pendapatan pengiklanan sepanjang piala dunia hanyalah RM 9 Juta sahaja. Bermakna Kerajaan hanya mendapat keuntungan pengiklanan TAMBAHAN RM 9 Juta untuk tempoh siaran Piala Dunia.

Kos : RM 40 Juta
*Pendapatan : RM 9 Juta
Defisit : RM 31 Juta


*ianya anggaran berdasarkan pendapatan sebelum ini.

Ps : Data Laporan Tahunan ini diambil dari laman sesawang Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Update.

Menteri telah mengesahkan :


Kos : RM 30 Juta
Tajaan : RM 15 Juta
Defisit : - RM 15 Juta


Oleh : Syahir (penulis pro UMNO)
Kisah ROI RM250 juta siarkan World Cup percuma.

Semalam saya ada terbaca ada dua tiga orang jawab isu peruntukan RM40 juta yang akan dibelanjakan kerajaan untuk membeli hak penyiaran World Cup 2018 untuk disiarkan secara percuma dalam RTM.

Kononnya RM40 juta yang dibelanjakan adalah pelaburan yang akan menjana pendapatan yang lebih tinggi untuk Kerajaan. Kononnya rating RTM akan meningkat bila World Cup ditayangkan secara percuma, slot iklan yang dijual akan menjana pendapatan berlipat ganda buat Kerajaan. Kira-kiranya RTM berpotensi menjana pendapatan mencecah RM250 juta.

Bayangkan belanja RM40 juta, pulangan atau ROI RM250 juta. 600% ROI. Memang bijak tindakan Kerajaan! Beribu-ribu likes dapat. Memang analisa yang tepat.

Nanti dulu.

Tahun ni bukan kali pertama kerajaan tayang World Cup percuma. Kerajaan melalui RTM telah menayangkan World Cup secara percuma sejak tahun 1974. Pada tahun 2014 kerajaan belanja RM20 juta untuk hak penyiaran World Cup 2014:

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140625/su_01/Tiada-lagi-siaran-percuma-Piala-Dunia---Shabery

Jika betul World Cup boleh menjana pulangan pelaburan yang tinggi eloklah kalau kita semak hasil atau pendapatan kerajaan dari segi pengiklanan televisyen sejak 2009 untuk melihat pendapatan pada tahun World Cup diadakan iaitu 2010 dan 2014.

Berikut hasil tahunan pengiklanan komersial untuk TV kerajaan (RTM dan lain-lain):

2009: RM32.6 juta

2010: RM56.1 juta

2011: RM41.4 juta

2012: RM60.8 juta

2013: RM49.6 juta

2014: RM53.8 juta

2015: RM39.7 juta

2016: RM45.9 juta


Macam mana agaknya RTM nak jana ROI RM250 juta melalui "pelaburan" dalam World Cup 2018 bila hasil pengiklanan TV kerajaan hanya sekitar RM40 - 60 juta setiap tahun walaupun dalam tahun di mana World Cup disiarkan (2010 dan 2014)?




Mungkin pakar-pakar pengiklanan segera boleh jelaskan.

Saya analisa berdasarkan prestasi RTM tahun sebelum-sebelumnya bukannya andaian dan pengiraan mudah harga slot iklan darab berapa slot jadi RM250 juta.

Masih percaya propaganda ROI RM250 juta siar World Cup percuma?

p.s. Isunya bukan membazir RM40 juta, tapi isunya Kerajaan kata hutang negara RM1 trilion, kewangan kerajaan tenat sampai lancarkan Tabung untuk orang awam derma bayar hutang negara, bonus penjawat awam turun dan terhad kepada gred 41 kebawah dan tiba-tiba RM40 juta boleh diperuntukkan. Faham?

Rujukan : Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2011 - 2018: http://www.treasury.gov.my/pdf/percukaian/penerbitan/buku_anggaran_hasil_kerajaan_persekutuan_2018.pdf

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...