Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 2 Jun 2018

Kenapa Menantu Najib Daniyar Kessikbayev Beli Kereta Mewah Jutaan Ringgit Guna Dua Pasport Berbeza Soal Netizens..

Susulan tular rakaman video barisan kereta mewah milik bekas Perdana Menteri Najib Razak dan keluarganya yang disorokkan Cindy di bahagian parkir Pavillion Residents, kini timbul satu lagi dakwaan terbaru yang tersebar di sosial media.

Menurut pengendali halaman Curi-Curi Wang Malaysia, beberapa barisan kereta mewah yang dikenalpasti dalam rakaman tular itu disahkan milik Najib dan menantunya.

"Kita sekarang boleh sahkan kereta Bentley tahun 2011 yang bernombor plat WVQ11 didaftarkan atas nama Najib Razak. 


Manakala kereta dua pintu yang berwarna biru muda, Rolls Rocye Phatom yang bernombor plat WLE7 dan Bentley plat nombor WYC7 didaftarkan atas nama menantu Najib Razak, Daniyar Kessikbayev.



Apa yang pelik ialah beliau menggunakan dua nombor passport yang berbeza atas pendaftaran kedua-dua kereta tersebut.

Najib Razak juga didapati memiliki beberapa rangkaian kereta mewah berjenama Mercedez.

Anak perempuan Najib dan Rosmah ada membuat laporan polis yang mengatakan pihak polis tidak mengikuti SOP ketika mengeledah appartment miliknya sebelum ini.

Bolehkah beliau kini menjelaskan bagaimana suaminya mampu membeli dua kereta berjenama mewah berharga jutaan ringgit dan lebih setiap satunya,?" soal pengendali halaman Facebook itu pada khamis.

Setakat ini pihak polis dan Najib belum lagi memberikan apa-apa kenyataan rasmi mengenai dakwaan yang tersebar itu. - 2 Jun 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...