Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 2 Jun 2018

Individu Nafi Mahu Tembak Mahathir, Identiti Dicuri Penyamar Untuk Buat Ugutan Bunuh..

Menggunakan akaun palsu dengan identiti pihak ketiga bukan perkara asing bagi pemain politik khususnya kumpulan cybertroopers di Malaysia.

Terbaru, seorang individu yang dikenali dengan nama Fadzley Mohd Yusof menafikan beliau pemilik akaun Facebook 'Ayahanda Fadzley Mohd Yusof' yang didakwa membuat ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Malaysia.



"Jom kita kasi hentam Tun Mahathir. Kasi tembak bagi jatuh Tun Mahathir. Ahli-ahli SAYS 2000 orang esok akan turun Dataran Merdeka. Anggaran 10,000 orang jemaah akan support esok pagi untuk tentang kerajaan Pakatan Harapan.

Jim Ubah Kerajaan," kata individu yang menggunakan identiti Ayahanda Fadzley Mohd Yusof dalam satu kenyataan yang tular pada semalam.

Mesej ugutan itu kemudiannya mendapat perhatian ramai pihak dan tujuh NGO kemudiannya membuat laporan polis di Balai Dang Wangi untuk menggesa pihak polis menyiasat pemilik akaun Facebook tersebut. 

NGO-NGO itu  ialah Kesatuan Melayu National, Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (Irimm), Akhlak Rahsia Cekal (ARC), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS), Refomis, Kipidap dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM).

Sementara itu Fadzley dalam satu kenyataan yang dipetik menerusi Facebooknya membuat penjelasan mengenai ugutan bunuh yang dikaitkan dengan dirinya.

Penjelasan oleh Fadzley itu dibuat menggunakan akaun Facebooknya yang bernama Fadzley Balqis.

"Berkaitan VIRAL yang sedang hangat menular pada hari ini. Ada individu yang tidak bertanggung-jawab telah membuat akaun FB palsu "Ayahanda Fadzley Mohd Yusof" kononnya saya bekerjasama dengan ISIS dan mahu menyerang Kerajaan PH serta Tun M. 

Malah ada juga viral menerusi WhatsApp tentang penipuan yang saya lakukan. Tidak cukup dgn itu, individu yang sedang disiasat ini juga melibatkan PPIM dan juga hantar mesej WhatsApp kepada ramai orang bahawa saya mencabar untuk perang dan mengugut bunuh. 


Ini boleh membuat keadaan kucar-kacir dan mengancam diri saya dan keluarga. 

Petang tadi pada jam lebih kurang 5 petang saya telah ke Balai Polis Ulu Kelang untuk membuat laporan bagi menafikan sekeras-kerasnya tentang viral ini. FB akaun itu juga adalah palsu/fake. 

Sewaktu saya bersama dengan Pegawai yang ambil statement, Ayah Rani Kulop juga ada menelefon saya dan saya beri penjelasan. 



Sebentar tadi kira-kira jam 8:40 malam saya sempat bercakap telefon secara peribadi bersama Datuk Paduka Ayahanda YDP Majlis Ayahanda Melaka (Datuk Ayah Azam). 

Di sini saya lampirkan foto saya dan juga salinan repot. Diharap saudara/saudari dapat membantu saya agar tidak memperpanjangkan lagi kes ini kerana pihak Polis sedang membuat siasatan terperinci. 

Mohon jasa baik anda juga untuk menyampaikan kenyataan ini. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih. 

Salam hormat Mohd Fadzley Mohd Yusof," jelasnya dalam kenyataan itu. - 2 Jun 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...