Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 2 Jun 2018

Tidak Benar Kerajaan Tarik Balik Semua Kawalan Keselamatan, Najib Kantoi Menipu...

Menerusi akaun Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memaklumkan beberapa pegawai keselamatan, pengawal pengiring, polis pengiring dan Unit Tindakan Khas yang disediakan untuknya telah dihentikan oleh pihak kerajaan.


"Hari ini, saya membalas tabik hormat dan mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas, polis pengiring dan pegawai, yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan dan bantuan kepada saya dan keluarga sama ada di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasmi Seri Perdana. 

Sejak beberapa minggu ini, kesemua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan yang ditugaskan kepada saya sudah ditarik balik oleh kerajaan baharu kecuali seorang pegawai ADC (Aide De Camp). 

Tak dapat dinafikan, mereka berselubung emosi dan ada yang menitiskan air mata ketika kami berlafaz kata perpisahan. Saya dan keluarga tidak akan lupakan jasa, persahabatan dan kesetiaan mereka sepanjang 9 tahun ini - termasuk mereka yang sudah berjasa kepada kami selama 14 tahun semasa saya masih Timbalan Perdana Menteri. 

Sehingga kita bertemu lagi, saya ucapkan kepada mereka selamat maju jaya dan berharap mereka akan terus berkhidmat kepada kerajaan baharu dengan dedikasi dan kesetiaan yang sama ketika bersama saya. 

Saya juga mohon kerajaan baharu supaya sentiasa menjaga kebajikan mereka kerana mereka adalah anggota dan pegawai berdedikasi yang akan berkhidmat kepada kerajaan hari ini dengan penuh kesetiaan," katanya dalam kenyataan itu.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan balas oleh Ketua Polis Negara seperti yang dilaporkan oleh Bernama, Tan Sri Muhammad Fuzi Harun menafikan dakwaan Najib itu.

Tan Sri Muhammad Fuzi Harun berkata apa yang dilakukan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) adalah mengurangkan jumlah kakitangan yang menjaga keselamatan Najib kerana ia adalah SOP yang biasa dilakukan tambahan pula status jawatan Najib yang berubah menyebabkan dia mempunyai keistimewaan yang berbeza, tidak seperti ketika berada dalam jawatan kerajaan. 

"Setiap bekas perdana menteri mempunyai kelayakan tertentu namun, jumlah anggota yang bertugas tidak sama seperti sebelumnya. Kita hanya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Tan Sri Muhammad Fuzi Harun juga menjelaskan tidak benar hanya pegawai ADC sahaja yang diperuntukan kerajaan sebaliknya khidmat pemandu dan pegawal peribadi masih diberikan untuk tujuan mengawal keselamatan Najib dan Rosmah. 

"Bagaimanapun anggota yang bertugas seperti ADC, pemandu serta pengawal peribadi masih ditempatkan bagi mengawal keselamatan beliau dan Datin Seri (Rosmah Mansor)," katanya dalam laporan itu. - 1 Jun 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...