Jumaat, 25 Mei 2018

Dan Kenapa Saya Sokong Majlis Profesor Negara Dibubarkan - Arif Atan.

Oleh : Arif Atan

Antara kenyataan anggota Majlis Profesor Negara (MPN). Anda boleh nilai wajar atau tidak MPN dibubarkan. 

1. Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek (Gambar di bawah) 

"Rakyat yang mengkhianati negara dengan memburukkan nama Malaysia di luar negara seperti membelot dan berkomplot dengan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat boleh dihukum bunuh di bawah Kanun Keseksaan." - 28 Jun 2017. 

- Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa MPN.

- Pensyarah Undang-Undang Sekolah Perniagaan Universiti Kuala Lumpur (UniKL). 


2. Prof Madya Datuk Dr Ismail Sualman

"Inilah pemimpin (PH) Touch N Go. Mereka datang dan kemudian pergi (cari tempat baharu). Ini menunjukkan mereka tidak berminat menjadi wakil rakyat yang berkhidmat kepada pengundinya. Dia rasa dirinya sudah bagus. Jadi apabila berpindah kerusi, mereka yakin boleh menang. Mereka tiada jiwa untuk berkhidmat." - 25 April 2018.

- Panel Perunding MPN 
- Pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) 

3. Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak

"BN sudah membuat kajian lengkap dan menyeluruh sebelum merangka manifesto kerana apa yang ditampilkan bukan hanya retorik politik, sebaliknya satu perancangan yang mampu untuk dilaksanakan." - 9 April 2018. 

- Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), 
- Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) 

4. Profesor Ulung, Datuk Dr Prof Shamsul Amri Baharuddin

"Sebanyak 70 peratus kandungan manifesto PH '10 Janji 100 Hari' sudah dan sedang dilaksanakan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN). Persoalannya, sejauh mana '10 Janji 100 Hari' ini boleh dicapai? Dasar yang baik kepada individu atau sektor tertentu tidak semestinya baik untuk negara." - 10 Mac 2018

- Timbalan Pengerusi MPN, 
- Pengerusi MPNPOLL

5. Dr. Mohd. Ainuddin Iskandar Lee Abdullah

"Memang kelihatan angkuh untuk DAP bertanding di kawasan kubu kuat UMNO tetapi ia petanda awal kepada parti lawan dan orang Melayu di negeri itu supaya berhati-hati." - 26 Mac 2018. 

- Penolong Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa MPN

6. Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali

"Berdasarkan situasi semasa juga tidak mustahil BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mampu membawa kemenangan dua pertiga kepada BN. Penolakan rakyat terhadap pembangkang terutama pakatan harapan (PH) di bawah pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad cukup jelas selain keupayaan Najib menyediakan pembangunan memenuhi selera rakyat dalam tempoh singkat."

"Hasil soal selidik mendapati BN dijangka memperoleh 55.4 peratus undi pada peringkat Parlimen, manakala pakatan pembangkang membabitkan kerjasama DAP, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara memperoleh 9.2 peratus dan serta sebagai blok ketiga dengan tujuh peratus." - 22 Februari 2018. 

- Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

7. Prof Dr Jamal Othman

"Jika SST yang mahu dilaksanakan kembali oleh PH bertujuan mengurangkan kadar inflasi dan kos sara hidup, maka ia tersalah sasar, malah dengan kadar pematuhan dan kutipan yang rendah akan meningkatkan lagi harga pengguna dan kadar inflasi dengan lebih tinggi." - 10 Mac 2018

- Ahli MPNPOLL

*Menjelang PRU-14 juga, MPN menerbitkan sebuah buku kecil iaitu Dinamika Pembangunan Sabah 2008-2018, yang mengandungi pelbagai maklumat mengenai pembangunan sosioekonomi, pembangunan pendidikan, situasi keselamatan, kesihatan dan sebagainya. Oleh itu, pada 25 April 2018, bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kajian MPN itu bukti Sabah semakin membangun dalam era kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Soalnya, kenapa MPN tidak berperanan untuk mengajak rakyat berfikir secara sihat dan matang? Mengapa MPN menjelang PRU-14 tidak bercakap jujur dari segi kepakaran masing-masing bukannya ketara mempertahankan kuasa Umno-BN yang terpalit dengan jenayah kleptokrasi?

Jadi, jangan bisinglah kalau Perdana Menteri, Tun Mahathir membubarkan saja MPN.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...