Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 21 Mei 2018

Siasat Segera Skandal UPNM, Isu Tender Bina Kem Baru & Gaji Lumayan Kakitangan Kontrak Kata Wan Anwar.

Oleh : Wan Anwar Wan Ibrahim / Ketua Eksekutif Centre For Malaysian Political And Economic Transcendence (COMPETENT) dan merupakan Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN) Parti Amanah Negara.

Kenyataan Media COMPETENT

PEMBAZIRAN DI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA HARUS DIBENDUNG

1. Centre For Malaysian Political And Economic Transcendence (COMPETENT) turut ingin menarik perhatian Kementerian Pertahanan (MINDEF) agar menjalankan audit dan siasatan penuh terhadap amalan perbelanjaan yang dilihat membazir di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).




2. COMPETENT mendapat laporan bahawa projek Kem Kongkoi milik UPNM yang dibina pada tahun 2014 dengan kos sebanyak RM 2.29 juta telah dibuat tanpa melalui proses perolehan yang sempurna. Projek ini telah dimulakan oleh kontraktor tanpa proses sebutharga ataupun tender. Projek ini pula telah dipecah kecil menjadi 6 projek yang merupakan satu kesalahan besar dalam etika perbelanjaan. Kontrak hanya ditandatangani selepas projek diisytiharkan siap dan "Certificate of Practical Completion" (CPC) dikeluarkan, walaupun kualiti bangunannya tidak mengikut spesifikasi asal.
3. Pengurusan yang teruk dalam projek pembinaan kem tersebut telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2014 dan UPNM telah memberikan maklumbalas bahawa mereka akan meminta jurutera profesional untuk memperbetulkan lukisan kejuruteraan agar sama dengan kualiti bangunan yang dihasilkan. Ini merupakan satu kesalahan dimana sepatutnya kontraktor disaman kerana tidak mengikut spesifikasi lukisan kejuruteraan yang telah ditetapkan, bukan sebaliknya.

4. Pihak UPNM juga telah memberikan maklumbalas kepada audit bahawa proses tender tidak dibuat kerana mereka inginkan pembinaan dijalankan secepat mungkin. Hasrat membina Kem Kongkoi telah dibincangkan di dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) pada tahun 2013 dan 2014. Namun kenyataan ini menimbulkan keraguan kerana dokumen-dokumen minit mesyuarat LPU tahun 2013 dan 2014 tersebut hanya disahkan pada tahun 2015, setelah lebih setahun dan selepas projek ini ditegur di dalam Laporan Ketua Audit Negara!

5. COMPETENT turut mendapat laporan bahawa pensyarah-pensyarah berstatus kontrak di UPNM diberikan pakej gaji yang terlalu lumayan sehingga membebankan belanjawan tahunan. Dilaporkan bahawa RM60 juta digunakan untuk emolumen pensyarah berstatus kontrak sedangkan hanya RM30 juta diperuntukkan untuk membayar semua kakitangan berstatus tetap termasuk pensyarah dan staf sokongan. Amalan perbelanjaan sebegini adalah bertentangan dengan universiti awam lain yang mula mengurangkan bilangan staf kontrak sesuai dengan potongan peruntukan daripada kerajaan.

6. UPNM perlu diberikan perhatian khusus oleh MINDEF dan Kementerian Pendidikan agar kebajikan para pelajar dan staf terjaga dengan baik.

Wan Anwar Wan Ibrahim, LLB (Hons) LLM
Ketua Eksekutif
Centre For Malaysian Political And Economic Transcendence (COMPETENT)
20 Mei 2018

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...