Selasa, 22 Mei 2018

Najib Keluar Dari Bangunan SPRM Dengan Wajah Sedih Selepas Disoalsiasat Selama 5 Jam.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan sugul ketika meninggalkan bangunan pejabat SPRM pada jam 3.10 petang tadi selepas disoalsiasat selama hampir lima jam mengenai skandal SRC International Sdn Bhd disini, hari ini.


Najib dilihat letih dan tidak tersenyum kepada wakil media ketika keluar dari bangunan SPRM, berbeza ketika beliau tiba pagi tadi yang kelihatan bersemangat.

Terdahulu, Ketua SPRM yang baru, Mohd Shukri Abdull berkata Najib yang dipanggil ke pejabat SPRM hari ini tidak akan ditangkap atau didakwa dan SPRM hanya bertindak merakamkan keterangan Najib berhubung perkara yang sedang disiasat, ia adalah prosedur biasa SPRM ketika melakukan siasatan.

Turut dimaklumkan yang Najib akan berulang alik ke pejabat SPRM untuk beberapa kali bagi membantu dan melengkapkan siasatan.

Najib yang berbaju biru cerah di dalam dan dilapisi dengan kot biru tua pagi tadi sempat memberikan beberapa pose untuk jurugambar merakamkan gambarnya pagi tadi di ruangan lobi sebelum melangkah masuk ke dalam pejabat SPRM.

Beliau yang tiba dengan kereta Toyota Vellfire turut ditemani dengan empat kereta lainnya dan dua kereta peronda polis. Beliau dilihat meninggalkan bangunan SPRM dengan rombongan yang sama.


Najib ditemani dengan barisan enam peguam dan empat pengawal peribadi yang hadir dan pulang bersama-samanya. - 22 Mei 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...