Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 21 Mei 2018

Dakwaan Ustaz Fawwaz Mad Jad Dihalang Berceramah Di Penang Adalah Fitnah.

Tular di media sosial mengenai larangan berceramah dan menyampaikan kuliah yang dikenakan ke atas penceramah popular di Pulau Pinang, Ustaz Fawwaz Mohd Jan. 


Ia ditularkan oleh seorang individu yang dikenali sebagai Farhan Yusri di akaun media sosialnya pada sabtu.



Kenyataan itu kemudiannya dipetik oleh ramai pentadbir halaman pro PAS dan disebarkan secara meluas bagi mengkritik tindakan 'kukubesi' oleh pemerintah Pulau Pinang dan sasaran kecaman ditujukan ke atas DAP dan MAINPP.

Bagaimanapun selepas semakan dibuat oleh beberapa pihak termasuklah penasihat agama kepada Lim Guan Eng, Ustaz Wan Ji, didapati tiada larangan sedemikian pernah dikeluarkan ke atas Ustaz Fawwaz. Malahan dakwaan tersebut disifatkan sebagai fitnah. 


"YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa dakwaan orang-orang PAS dan ustaz-ustaz PAS, kononnya beliau yang mengarahkan agar Ustaz Fawwaz Mad Jad dihalang berceramah adalah FITNAH," kata Ustaz Wan Ji dalam satu kenyataan pada semalam.

Dalam satu respon balas di WhatsApp pula, pihak yang mendakwa Ustaz Fawwaz dihalang berceramah diminta membuktikan tuduhan berkenaan atau bersedia disaman kata Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (YDP MAINPP), Datuk Abdul Malik Abdul Kassim.



"Minta cabar dia buktikan. Ini satu fitnah, saya akan bawa dia ke mahkamah," kata Datuk Malik dalam tangkaplayar yang tersebar itu.

Bagaimanapun tidak sampai 24 jam, individu yang mendakwa Ustaz Fawwaz dihalang menyampaikan kuliah telah menarikbalik dakwaan itu dan memadamkan postnya dari Facebook.

Permohonan maaf juga dibuat oleh Farhan Yusri menerusi Facebooknya.


"Post semalam terpaksa delete memandangkan terdapat beberapa maklumat yang kontra.

Harap maaf terutama kepada YDP MAINPP,"
kata Farhan Yusri pada ahad. 


Berdasarkan apa yang tersebar di laman sosial, dipercayai kekeliruan wujud disebabkan terdapat sesetengah pihak yang salah faham mengenai jadual kuliah bulan Ramadhan.




Disebabkan salah faham itulah timbulnya dakwaan kuliah Ustaz Fawwaz dibatalkan.


Ustaz Fawwaz tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai insiden tersebut setakat ini. - 21 Mei 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...