Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 23 Mei 2018

Pendedahan Lengkap Pengalaman Datuk Seri Shukri Abdull Ketika Menyiasat Skandal Derma 2.6b, 1MDB & SRC International.

Pendedahan Lengkap Pengalaman Datuk Seri Shukri Abdull Ketika Menyiasat Skandal Derma 2.6b, 1MDB & SRC International.

  1. Seperti yang pernah dijanjikan kepada pihak media, Ketua Pengarah SPRM yang baru, Datuk Seri Shukri Abdull akhirnya membongkarkan satu persatu tekanan yang dilalui oleh SPRM semata-mata mahu menyiasat pelbagai dakwaan salahlaku ke atas Najib, Perdana Menteri ketika itu.



Dan berikut dibawah adalah pendedahan penuh yang diceritakan oleh Datuk Seri Abdul Shukri Abdull seperti yang dipetik dalam sidang medianya semalam;

1. Sehari (26 Julai 2016) sebelum Gani Patail dipecat sebagai Peguam Negara, Datuk Seri Shukri, Tan Sri Abu Kassim telah berjumpa & berbincang mengenai pendakwaan ke atas Najib. Perjumpaan dilakukan di pejabat Gani Patail pada jam 6 petang.

2. "Are you ready?," soal Gani Patail ketika dalam perjumpaan itu, Datuk Seri Shukri memahami ia sebagai "tindakan mereka itu kelak akan mengundang risiko samada positif atau negatif". Datuk Seri Shukri kemudiannya berkata, "yes, i am ready. I dah ready dengan orang-orang i". Pada rabu (28 Julai 2016), mengikut perancangan, Najib akan didakwa.

3. Secara tiba-tibanya, ketika sedang bermesyuarat di Kuala Lumpur pada selasa 27 Julai, Datuk Seri Shukri dimaklumkan yang Gani berhenti (sebenarnya dipecat) atas alasan mempunyai masalah kesihatan. Perancangan mereka gagal. Datuk Seri Shukri didakwa melakukan konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan. Akan ditangkap dan ditahan tak lama lagi, maklumat itu diterima dari kawan-kawannya.

4. Pada 31 Julai 2016, Datuk Seri Shukri berlepas ke Washington. Pada masa yang sama beliau menyebarkan cerita yang beliau akan ke Arab Saudi.


5. Menyebabkan pihak berkuasa Malaysia 'red alertkan' Datuk Seri Shukri di Jeddah, yang mana jika beliau memasuki Jeddah, beliau akan ditangkap.

6. Di Washington, Datuk Seri Shukri diekori, diperhatikan serta diambil gambarnya dan perkara itu disedari oleh pasukan Datuk Shukri di Washington. Pasukan Datuk Seri Shukri berjaya merakamkan bukti (menerusi gambar) yang menunjukkan Datuk Seri Shukri diekori. Gambar itu dihantarkan kepada Datuk Seri Shukri. Datuk Seri Shukri kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada Datuk Azam. Dan meminta Datuk Azam untuk menghantarkannya (bukti bergambar DS Shukri diekori) kepada IGP, supaya IGP dapat mencari orang cerdik sikit untuk mengekorinya kerana sekarang dia yang ikut perisik IGP dan bukan sebaliknya. IGP dalam kenyataan ini merujuk kepada Tan Sri Khalid Abu Bakar, bekas Ketua Polis Negara.

7. Dari Washington, Datuk Seri Shukri lari ke New York menaiki keretapi dan mendapatkan pertolongan dari rakan lamanya yang pernah bertugas di Singapura. Rakannya yang kini berkhidmat di NYPD kemudiannya membantunya mendapatkan tiga pegawai bagi menjaga keselamatan Datuk Seri Shukri.

8. Setelah merasakan keadaan selamat, Datuk Seri Shukri ke Washington semula dan mendapat perkhabaran pegawai-pegawainya ditangkap. Dua pegawai kanannya ditukarkan serta merta. Dato Bahri & Rohaizat. Dato Bahri individu yang bertanggungjawab atas siasatan SRC International.

9. Untuk rekod, Dato Bahri dipanggil bertugas semula oleh Tun Mahathir dan ditempatkan ke jawatan lama beliau iaitu Pengarah Operasi Khas dan memulakan tugasnya pada 22 Mei 2018.

10. Di Washington, Datuk Seri Shukri menangis macam budak-budak. Kerana dirinya rasa bersalah. "Anak buah kena tangkap. Pegawai kena tukar tapi saya lari ke USA," katanya.

11. Datuk Seri Shukri kemudiannya menghantar mesej WhatsApp kepada DS Shahidan Kassim dan Datuk Paul Low. Beliau mengugut kedua-dua menteri itu untuk memulangkan semula pegawai-pegawainya atau beliau akan pulang ke Malaysia dengan kuasa & peguam yang beliau ada, beliau akan porakperandakan perkhidmatan awam.

12. DS Shahidan Kassim & Datuk Paul Low kemudiannya berjanji akan bantu kembalikan semula pegawai-pegawai Datuk Seri Shukri.

"Brader, you jangan buat apa-apa. Saya promise untuk hantar balik pegawai you," - DS Shahidan Kassim.

"Datuk Shukri, you come down, i will do my best to return you punya pegawai balik," - Datuk Paul Low.

13. Datuk Seri Shukri kemudiannya membalas dia tidak mahu mendengar janji terutamanya dari ahli politik. Dia hanya mahukan pegawai-pegawainya dipulangkan secepat yang mungkin sebelum dia pulang semula ke Malaysia.

14. Andai pegawainya tidak dipulangkan segera, Datuk Seri Shukri berkata dia sudah bernekad mahu menangkap sesiapa sahaja yang mengeluarkan surat arahan pertukaran ke atas semua pegawai-pegawainya kerana salahguna kuasa dan menganggu siasatan SPRM. Beliau sedar impak dari tindakan itu akan membuatkan beliau ditahan, ditangkap & dibuang kerja.

15. Hari yang sama beliau pulang ke Malaysia, dan berjumpa dengan KSN (dipercayai Tan Sri Ali Hamsa), KSN memulangkan semula pegawai-pegawainya.

16. Namun ugutan demi ugutan tidak berhenti disitu. SPRM tetap menerima tekanan dan asakan yang mereka harus hentikan siasatan. Tan Sri Abu Kassim & Datuk Seri Shukri tidak berputus asa. Mereka berdua berpecah. Datuk Seri Shukri jumpa sebahagian menteri dan Tan Sri Abu Kassim jumpa sebahagian menteri yang lain untuk menyakinkan kes RM2.6B dan RM42b adalah kes yang benar, bukan kes rekaan.

17. "Buang orang ini, buang perasuah ini. Ganti orang lain. Buang DS Najib. Ganti Najib ke ganti Hishammudin ke orang yang ada intergriti untuk jadi PM," rayu Datuk Seri Shukri pada menteri-menteri Malaysia ketika itu.

18. “Dalam banyak-banyak menteri yang kami jumpa, hanya tiga sahaja yang berani bersuara iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Yang lain semua takut nak ambil tindakan,” kata Datuk Seri Shukri Abdull.

19. Datuk Seri Shukri juga memberitahu sekarang ramai menteri-menteri (bekas) yang jatuh telah menelefonnya dan berkata jika mendengar cakap Datuk Seri Shukri dulu, tidak akan jadi macam hari ini (kejatuhan Barisan Nasional).

20. Datuk Seri Shukri kemudiannya membalas kepada menteri-menteri dulu dengan berkata masalah derma rm2.6b dan 1MDB terlalu besar dan tak boleh diselindungkan. Beliau bukannya mahukan jawatan atau minta kedudukan. Ia masalah besar.

21. Usaha untuk menyakinkan menteri bagi menyingkirkan Najib menemui kegagalan. Tan Sri Abu Kassim & Datuk Seri Shukri kemudiannya menemui Majlis Raja-Raja sebanyak dua kali dan merayu agar Tuanku melihat kepada masalah yang diperkatakan tapi mereka berdua kemudiannya hampa.

22. Memandangkan Tan Sri Abu Kassim & Datuk Seri Shukri akan bersara tak berapa lama lagi, di masa-masa akhir perkhidmatan mereka berdua bersungguh menyakinkan agar Tan Sri Mustapa dilantik bagi mengantikan jawatan Ketua Pengarah SPRM yang baru.

23. Dua tiga bulan sebelum itu, Datuk Seri Shukri ada mendapat maklumat yang Datuk Dzulkefli dari Pejabat Peguam Negara akan dilantik ke jawatan itu dan sebulan sebelum diserap masuk ke dalam SPRM, Datuk Seri Shukri mendapat tahu yang perkara itu (perlantikan Dzulkefli) adalah sahih dan memandangkan Datuk Seri Shukri enggan bekerja dan berketuakan Datuk Dzulkefli maka beliau meminta untuk berhenti (bersara) awal.

24. Menurut Datuk Seri Shukri, Datuk Dzulkefli ialah seorang pengkhianat dan tak sanggup untuk bekerja dengan orang sepertinya.

25. Seorang DPP sepatutnya membantu SPRM untuk menguatkan kes dengan mencari bukti dan hujah, bukannya bersama perasuah.

26. Semata-mata mahu berhenti awal, Datuk Seri Shukri kemudiannya pergi kursus di UiTM, dengan mengambil kursus Bahasa Arab supaya dapat keluar dari SPRM dengan segera.

27. Sepanjang siasatan, ada seorang Ahli Parlimen dari utara berjumpa dengan Datuk Shukri dan memintanya menghentikan siasatan.

28. "You nak apa?," tanya Ahli Parlimen itu (cubaan merasuah dan mendiamkan DS Shukri).

29. Datuk Seri Shukri kemudiannya menjawab, "Jangan ganggu kerja-kerja penyiasatan SPRM. Biar kami selesaikan dan proceed kes ikut aturan," balasnya.

30. Kali kedua Ahli Parlimen dari utara bertemu dengannya, "Dato tolong Dato, kes ini kita anggap selesai dahla, you nak apa," pujuk Ahli Parlimen dari utara itu yang terkenal dengan amalan "Cash Is King".

31. Namun Datuk Seri Shukri tetap nekad mahu meneruskan siasatan dan memberikan amaran andai Ahli Parlimen itu datang lagi dan menawarkan sesuatu dia akan menangkap Ahli Parlimen itu kerana menggangu kerja-kerja penyiasatan.

32. Datuk Seri Shukri turut memaklumkan kerajaan US dah berjanji untuk pulangkan semula wang rakyat Malaysia namun Datuk Seri Shukri kesal dia & Tan Sri Kassim dituduh sebagai pembelot negara kerana mempertahankan siasatan kes yang membabitkan Najib Razak.

33. Tekanan yang dihadapi oleh Datuk Seri Shukri semasa menyiasat skandal Najib tidak diketahui oleh anak-anak buahnya (kakitangan SPRM) dan ahli keluarga termasuklah anak isterinya kerana bimbang mereka berasa takut.

34. Datuk Seri Shukri turut menjelaskan punca beliau mendiamkan diri selama ini. Walaupun telah diajak oleh Datuk Bahri untuk mendedahkan segalanya yang sanggup ditahan dan tak kisah dikenakan OSA tetapi Datuk Seri Shukri enggan.

35. Ini kerana katanya, jika buka mulut, mereka akan ditahan pada hari itu juga. Selepas dua tiga hari orang akan lupa. Datuk Seri Shukri berkata mereka perlu menggunakan kaedah yang lebih strategik supaya perkara tersebut dapat disampaikan kepada rakyat.

36. Satu tahun Datuk Seri Shukri menggunakan cara group kecil, mesej WhatsApp, dan sampaikan kepada beribu-ribu orang. Asal jumpa orang, beliau bercakap hal ini. Dan Alhamdullilah, rakyat memahaminya.

37. Ketika ditanya tentang siasatan 2.6b, Datuk Seri Shukri mengesahkan berdasarkan siasatan, tiada bukti Putera dari Arab Saudi telah menderma kepada Najib Razak.

38. SPRM diberitahu untuk berjumpa dengan Putera tersebut bagi merekodkan kenyataan dan ketika diminta menunjukkan bukti, Putera Arab Saudi itu gagal memberikan apa-apa dokumen sokongan bagi membenarkan pengakuannya.

39. Datuk Seri Shukri juga berkata, kebiasaannya SPRM akan mencari dan mengenalpasti saksi mereka sendiri tetapi dalam isu rm2.6b, mereka 'ditunjukkan jalan' untuk berjumpa dengan Putera Arab Saudi tersebut. Surat mengenainya turut diberikan kepada SPRM tetapi tiada bukti rekod transaksi mengenai pembayaran ditunjukkan.
Antara Fitnah Bloggers UMNO yang tersebar bagi membenci
SPRM
40. SPRM sebenarnya menerima pelbagai tekanan ketika menyiasat isu derma 2.6b, skandal 1MDB dan SRC International. Ianya amat menakutkan kata Datuk Seri Shukri. Malahan dia hampir mati kerananya.

41. Antaranya, saksi-saksi SPRM yang dilarikan.

42. Adanya saksi SPRM yang dipanggil oleh pihak berkuasa lain (ramai percaya ia merujuk kepada pihak polis) lain mendapatkan cerita apa yang saksi-saksi itu ceritakan kepada SPRM.

43. Datuk Seri Shukri juga diminta untuk bersara awal, bercuti awal, diugut untuk dipecat dan akan dipindahkan ke bahagian latihan.

44. Datuk Seri Shukri diminta oleh Tan Sri Abu Kassim untuk memulakan siasatan ke atas isu SRC International pada Julai 2015. Datuk Shukri bersetuju dan berkata samada PM Najib (ketika itu) akan mengambil tindakan ke atas kita (dipecat/dikeluarkan dari SPRM) atau kita yang akan bertindak.

45. Datuk Seri Shukri juga berkata yang ketuanya Tan Sri Abu Kassim ketika itu mempertahankan dirinya meskipun mereka berdua & SPRM menerima tekanan yang hebat kerana menyiasat dakwaan salahlaku ke atas Najib.

46. "Jika mahu buang (pecat), maka pecatlah kami berdua (Tan Sri Abu Kassim & Datuk Shukri) namun SPRM tidak akan sesekali membuang kes ini (dakwaan salahlaku ke atas Najib)," kata Datuk Seri Shukri yang menceritakan bagaimana SPRM nekad mahu meneruskan dakwaan ke atas Najib.

47. Berkaitan isu pembunuhan Kevin Morais, Datuk Seri Shukri berkata setakat dalam pengetahuannya, mendiang tidak terlibat sama sekali dalam siasatan 1MDB. Mendiang Kevin Morais sebenarnya menguruskan siasatan berkaitan tuntutan palsu rawatan perubatan dalam kes yang membabitkan doktor tentera. 

Dengan penjelasan Datuk Seri Shukri ini, ia telah menjawab banyak perkara yang menjadi tanda tanya kepada masyarakat awam selama ini.

Datuk Seri Shukri juga menegaskan siasatan ke atas Najib akan dilakukan berdasarkan bukti dan jika bukti menunjukkan Najib bersalah, Najib akan didakwa dan Datuk Seri Shukri tidak akan membalas dendam akan tekanan yang diterima selama ini. Datuk Seri Shukri juga berkata Najib harus dihormati kerana walau apapun dia masih bekas Perdana Menteri Malaysia. - 23 Mei 2018.


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...