Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 25 Mei 2018

Media Sosial Kecoh Dengan Isu DSWA Bawa Family Naik Jet Kerajaan & Ini Respon Nurul Izzah.

Netizens hari ini mengecam tindakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Wan Azizah kerana membawa anak-anaknya menaiki pesawat rasmi kerajaan untuk urusan rasmi di Istana Kelantan.

Pada awalnya netizens dilihat mempertikaikan kelibat Anwar yang turut berada dalam pesawat kerajaan itu namun serangan kini terarah kepada kedua-dua anak Wan Azizah dan Anwar Ibrahim yang turut berad
a dalam pesawat berkenaan malahan siap bergambar dan menyebarkan ia di laman sosial.





Ramai netizens mempertikaikan perkara itu yang dilihat tidak selari dengan aspirasi kerajaan Tun Mahathir yang sedang menjalankan agenda penjimatan peringkat nasional termasuklah memotong gaji menteri sebanyak 10℅ dan membubarkan agensi kerajaan yang bertindih tugas antara satu sama lain.

Tony Pua dan Ong Kian Ming juga berkhidmat di Kementerian Kewangan secara percuma tanpa bayaran gaji bagi membantu memulihkan ekonomi negara namun langkah Wan Azizah itu dilihat mencalarkan imej kerajaan Pakatan Harapan yang sebelum ini seringkali mempertikaikan Najib Razak yang membawa keluarganya menaiki pesawat kerajaan samada untuk urusan rasmi mahupun peribadi.

Pada semalam, Wan Azizah dan sekeluarga telah dijemput untuk menghadap bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota Kubang Kerian.

Perkara itu dimaklumkan oleh Wan Azizah menerusi beberapa perkongsian gambar termasuklah gambar bersama anak-anaknya di akaun Instagramnya. 


Keluarga Wan Azizah dibawa menggunakan kapal terbang Model Dassault Falcon 900 M37-01, salah sebuah jet dalam inventori Tentera Udara Di-Raja Malaysia (TUDM) yang digunapakai untuk urusan rasmi kerajaan.

Setakat ini tiada pengesahan diberikan samada kapal terbang itu diminta oleh bonda kepada Agung atau diminta oleh Timbalan Perdana Menteri namun kami diberikan maklumat bahawanya Tengku Anis Tengku Abdul Hamid menjemput tidak hanya Wan Azizah malahan keluarganya turut dijemput hadir dalam jemputan rasmi ke Istana Kelantan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, ketika diminta untuk memberikan penjelasan di laman Twitter, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah berkata beliau sedia maklum dengan kritikan tersebut dan menegaskan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meneruskan legasi BN yang sebelum ini disifatkan sebagai boros dan membazir.

Nurul Izzah juga menjelaskan Istana Kelantan menjemput Wan Azizah sekeluarga atas jemputan rasmi. 


"Jemputan rasmi, yang juga menjemput @drwanazizah sekeluarga. Sikap pimpinan lama tidak akan berulang, menggunakan jet untuk bercuti dan keperluan peribadi. Terima kasih atas ingatan, kita sudah tentu tidak boleh kompromi,"
katanya dalam kenyataan itu.

Pihak kami juga diberitahu bahawa Anwar Ibrahim ke Pulau Pinang hari ini menaiki Firefly. - 25 Mei 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...