KENYATAAN MEDIA
KETUA POLIS SELANGOR
TANGKAPAN KE ATAS DATO’ SERI JAMAL YUNOS
1. Pada 22/05/18 jam lebih kurang 1.15 petang, JSJ IPK Selangor telah membuat tangkapan ke atas Dato’ Seri Jamal Yunos di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang, Selangor.
2. Tangkapan dilakukan bersabit satu kes yang disiasat dibawah Seksyen 34 Akta Senjata Api 1960 yang dilaporkan pada 12/05/18 yang lalu.
3. Saspek sekarang masih ditahan di hospital tersebut kerana sedang menjalani rawatan.
4. Terdapat beberapa lagi kes berkaitan saspek sedang di siasat - disamping dua waran tangkap yang akan disempurnakan setelah saspek selesai menjalani rawatan.
Sekian, terima kasih.
Dikeluarkan oleh :
CP Dato’ Pahlawan Mazlan Bin Mansor
Ketua Polis Selangor
Bertarikh : 22 Mei 2018