Selasa, 22 Mei 2018

Siasat Kes SRC & 1MDB, SPRM Diugut, Ditekan, Dipindahkan & Hampir Dibunuh.

OLEH : AFIX REDZUAN / SelangorKini
PUTRAJAYA, 22 MEI: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull akhirnya menceritakan kisah disebalik tekanan hebat dihadapinya sepanjang melengkapkan siasatan kes SRC International, anak syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mohd Shukri berkata beliau terpaksa mengambil tindakan melarikan diri ke Washington, Amerika Syarikat susulan tekanan dikenakan kerajaan ketika itu terhadapnya.
“Kami hadapi tekanan cukup hebat. Saksi-saksi kami dilarikan, malah saya sendiri diugut untuk dipecat, diminta bersara awal, cuti awal dan menempatkan saya di bahagian latihan.
“Pengalaman saya dalam kes SRC dan 1MDB amat menakutkan, saya hampir mati dalam kes ini. Ada orang ikut sehingga ke Washington dan saya berjaya mendapatkan perlindungan daripada Polis New York (NYPD).
“Saya berterima kasih kepada bos, Tan Sri Abu Kassim kerana mempertahankan saya. Dia kata kalau nak buang, buang kami berdua,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
Shukri turut mendedahkan beliau dan Tan Sri Abu Kassim Mohamed dituduh sebagai pembelot dan mahu menjatuhkan kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN).
Saya sedih apabila kami berdua dituduh sebagai pembelot untuk menjatuhkan kerajaan.
“Kami buat kerja bersungguh-sungguh untuk negara dan mahu membawa pulang semula wang (1MDB) dari luar negara,” katanya. - 22 Mei 2018

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...