Dr. Fauzi menulis,"Sejak awal pagi tunggu azan Subuh. Selepas 5 minit handphone berbunyi tanda masuk waktu, tak kedengaran azan. Aku berada di Pulau Pinang ke Singapura?," katanya.
Post itu kemudiannya mencetuskan polemik kerana LOCATION di FACEBOOK beliau merekodkan Pengurus Besar IKSIM itu berada di Shah Alam, Selangor.
Perkara itu menjadi bertambah serius apabila Wan Ji tangkaplayar status berkenaan dan mengulas tentangnya di facebook beliau.
Azan dua kali
"Saya tinggal di Taman Semilang. Waktu pagi, masjid sini ikut saranan mufti, iaitu azan tahajud dan azan subuh. Orang besar IKSIM ini, termaktub di FB beliau bahawa beliau berada di Shah Alam. Tetapi cara beliau menulis, seperti menggambar seperti di Pulau Pinang tidak ada azan.
"Kalau benci sekalipun, jangan sampai memfitnah. Awak tu orang agama. Belajar agama tinggi sampai ada Phd, tetapi tahap ni je cara berfikir. Tetapi saya memang sedar, tokoh besar dalam IKSIM macam Dr Fauzi ni, hanya berani bercakap dan kritik orang ketika berada sesama mereka sahaja," katanya.
Kalau ajak sepentas untuk dialog dan wacana sihat, belum tentu dia berani, walaupun dia ada Phd dan orang yang dia tak selesa tu tak ada Phd," tambahnya lagi.
Bagaimanapun Dr. Fauzi mempertahankan post berkenaan kerana menurutnya ia hanyalah satira.
Namun rata-rata pengomen di dinding FACEBOOK Dr. Fauzi tidak dapat menerima alasan itu kerana ia memberikan bayangan ataupun persepsi seolah-olahnya di Pulau Pinang tiada laungan azan.
"Satira kena kat hang. Terang-terang sebut Penang dengan Singapura. Hendak bagi persepsi buruk kat Penang?? Sudah-sudahla. Orang bukan bangang macam pakcik. Hendak spin pulak. Bodo,". - Sya Mel
"Setahu saya satira tu kena pada tempatnya bila sindiran itu betul. Dalam kes ini Dr kata Penang "tidak kedengaran azan". Bila Dr kaitkan Penang dan Singapura, semua orang tahu persepsi yang Dr cuba sampaikan. Nak tutup kes ni senang je Dr. Minta maaf dan mengaku salah. Kerana satu penipuan akan membawa pada penipuan yang lain," - Mohd Anas Jaafar
"Saya ini dah 7 tahun duduk kat Penang, kerja sini. 3 tahun duduk di pulau, 4 tahun kat seberang. Setakat ni dalam 7 tahun tak pernah lagi TAK DENGAR AZAN. Setiap waktu ada je azan,". - Suhaimi Ramli
"Lain kali pergi masjid awal waktu. Bukan baru bangun main facebook. Kalau dah sampai masjid tu azan la. Kau dekat Shah Alam perli orang penang,". - Ayub Jamil
Selain mempertahankan post berkenaan, Dr. Fauzi juga sempat menyindir Wanji dengan apa yang disifatkan tidak peduli tentang insiden tanah runtuh yang berlaku pada sabtu lepas di Tanjung Bungah.
"Wanji Wanhussin Wanji lebih sensitif dengan satira. Tapi masih diam tentang surat sebaran tentang tanah runtuh yg menyebabkan kematian," katanya.
Untuk rekod, Wanji ialah Pegawai Penerangan berkaitan Hal Ehwal Agama Islam yang dilantik Lim Guan Eng pada akhir September lepas.