Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 25 Oktober 2017

Mat Sabu Mahu Hapus Label Islam Kata Pensyarah - Ini Rakaman Penuh Ucapan Mat Sabu.

Pensyarah Kamarul Yusoff semalam menyelar Presiden parti Amanah yang disifatkannya sebagai lebih DAP dari DAP. 
Ini berikutan Presiden Amanah itu menyatakan 80% pengundi cina akan mengundi Pakatan sedangkan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, menyebut bahawa sokongan pengundi bukan Melayu, khususnya pengundi Cina telah merosot ke tahap 65% berbanding 85% sebelum ini.
Selain itu, pensyarah terbabit turut mempersoalkan kenyataan Mat Sabu yang mahu menghapuskan label Islam sedikit demi sedikit.
Menurutnya, tindakan Mat Sabu yang mahu menghapuskan label Islam hanya akan memualkan pengundi Islam.
Presiden Amanah - Mat Sabu
Terdahulu Mat Sabu berucap di Konvesyen Amanah bahawanya label Islam perlu diperjelaskan penafsirannya bagi menghentikan salah faham.
"Label ini dia pergi ke peringkat-peringkat yang kalau kita tidak sekat ia merebak dan berbahaya. Misalnya ini perubatan Islam. Bila sebut perubatan Islam, jampi. Ya kita tidak menolak sebarang cara perubatan. Perubatan Islam, perubatan tradisi. Penafsiran perubatan Islam itu perlu dijelaskan," katanya.
"Kita ada pakar tulang. Kita ada pakar jantung. Kita ada pakar dalam pelbagai jenis penyakit. Pakar-pakar ini apakah mereka tidak praktiskan perubatan Islam. Sedangkan merekalah yang mendokong perjuangan Ibnu Sina dan rakan-rakan perubatan yang lain.
Kemudian disebut pula ini hospital Islam. Maka hospital lain itu seolah-olah hospital bukan Islam. Semua label-label seperti ini kita perlu ubah sedikit demi sedikit supaya orang melihat bahawa Islam itu bukan dalam bentuk 'form' tetapi dalam bentuk nilai yang dipersembahkan," katanya dalam ucapan pengulungan konvesyen Nasional Amanah pada 22 Oktober lepas.
Berikut dibawah kenyataan penuh pensyarah tersebut dan rakaman video ucapan penggulungan Mat Sabu.
Oleh : Kamarul Yusoff
MOHAMAD SABU YANG LEBIH DAP DARI DAP
Dalam wawancara beliau dengan akhbar mingguan The Edge Malaysia keluaran 19-25 Jun bertajuk “Run-Up to GE 14” (“Menjelang PRU 14”), Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan merangkap Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, menyebut bahawa sokongan pengundi bukan Melayu, khususnya pengundi Cina, terhadap PH sekarang menurun pada tahap 65% berbanding 85% di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Kenyataan penuh Liew Chin Tong tersebut adalah berbunyi: “You could say non-Malay support for the opposition has stagnated or softened. In 2008, non-Malay support for the opposition was probably about 65% to 70% across the board. In places like Penang, it was a bit higher. In 2013, the support of non-Malays for the opposition, especially in Chinese constituencies, went up to 85%, in places like Penang 90%. But we are not at that level now. We are probably at 65%.”
Alih-alih Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, menyebut di dalam ucapan penggulungan beliau pada Konvensyen Nasional AMANAH di Alor Setar, Kedah, pada 22 Oktober lalu bahawa “bagi kita orang Tionghua kajian mana-mana pihak pun insya Allah 80% akan mengundi Pakatan Harapan”.
Macam mana Mohamad Sabu boleh menyatakan dengan yakinnya bahawa 80% pengundi Cina menyokong Pakatan Harapan bila pemimpin tinggi DAP seperti Liew Chin Tong sendiri pun menyebut sokongan pengundi Cina terhadap Pakatan Harapan hanyalah berada pada tahap 65% sahaja?
Tidakkah kenyataan Mohamad Sabu ini menunjukkan bahawa beliau lebih DAP dari DAP sendiri? Dan tidakkah kenyataan seumpama yang dibuat oleh Mohamad Sabu ini meletakkan parti-parti Melayu di dalam Pakatan Harapan seperti AMANAH sendiri dalam keadaan sukar untuk berhadapan dengan DAP di samping akan menaikkan lagi lemak para pemimpin DAP?
Sudahlah begitu, disebut pula oleh Mohamad Sabu di dalam ucapan penggulungan beliau itu mengenai hasrat AMANAH untuk menghapuskan label Islam sedikit demi sedikit. Petikan ucapan Mohamad Sabu yang berkenaan adalah berbunyi seperti berikut: “Label ini dia pergi sampai ke peringkat-peringkat yang kalau kita tidak sekat ianya merebak dan merbahaya. Misalnya, “ini perubatan Islam”... Kemudian disebut pula “ini hospital Islam”, maka hospital lain itu seolah-olah hospital bukan Islam. Semua label-label seperti ini mesti kita ubah sedikit demi sedikit supaya orang melihat bahawa Islam itu bukan dalam bentuk form tetapi dalam bentuk nilai yang dipersembahkan”.
Sudah tentu ucapan Mohamad Sabu yang mahu menghapuskan label Islam sedikit demi sedikit ini akan lebih memualkan lagi pengundi Islam terhadap AMANAH.
Memang betullah Mohamad Sabu ini lebih DAP dari DAP sendiri.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...