Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 23 Oktober 2017

Enggan Mengaku Salah, Kini EXCO Penang Menuduh JAS 'Double Standard'.

Anggota Exco Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mempertahankan Lim Guan Eng dengan mengatakan gesaan agar ketua menteri Pulau Pinang itu meletakkan jawatan kerana insiden tanah runtuh di Tanjung Bungah 'adalah tidak adil'.


Beliau berkata kejadian yang berlaku pagi Sabtu itu berkaitan pengurusan tapak projek yang lemah dan bukannya pembangunan lereng bukit yang tidak sah atau isu-isu lain yang dibangkitkan oleh beberapa persatuan di Pulau Pinang lapor Malaysiakini hari ini.

"Mereka minta ketua menteri untuk letakkan jawatan kerana insiden di tapak projek. Adakah ini adil? " 

"Kemalangan di tapak projek berlaku setiap hari di negara ini, adakah ini bermakna ramai menteri akan kehilangan kerja?" kata Pengerusi DAP Pulau Pinang itu pada sidang media hari ini. 

Menurut Chow, kerajaan negeri menyatakan bahawa kurangnya pengawasan oleh pihak pemaju menyebabkan insiden itu berlaku. 

Baca : Projek Atas Tanah Rata & Bukannya Di Cerun Kata Timbalan Ketua Menteri.

"Jurutera perunding mempunyai banyak penjelasan mengenai mengapa cerun itu ditarah dengan cara itu," katanya lagi. 

Pagi tadi, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II menafikan projek pembinaan dilakukan di atas tanah cerun.

Terdahulu Kumpulan Masyarakat Sivil memberikan amaran kepada kerajaan Pulau Pinang agar jangan sombong atau bersedia kehilangan sokongan dari ahli kumpulan tersebut jika masih engkar untuk meneruskan projek-projek pembangunan di kawasan sensitif seperti di cerun, bukit-bukau, tanah tinggi dan projek tambakan laut.

Portal The Malaysian Insight pula melaporkan, Pengerusi Persatuan Penduduk Tanjung Bungah, Meenakshi Raman berkata pada masa lalu, ketika DAP menjadi pembangkang, ia mengambil berat banyak isu, termasuk protes terhadap PGCC. 

"Mereka mengkritik (projek sedemikian) tetapi pemikiran mereka seolah-olah sudah berubah. 

"Rakyat kini memerhati wakil yang mereka pilih, untuk menilai sama ada mereka mewakili rakyat dan kepentingan mereka atau mewakili pemaju," katanya.

JAS dipersalahkan

Dalam sidang media yang sama, Chow Kon Yeow turut menyalahkan JAS dengan apa yang disifatkannya sebagai diskriminasi dalam meluluskan permohonan.

Sebelum ini tular surat jawapan balas JAS - Jabatan Alam Sekitar kepada wakil pemaju mengenai kelulusan projek yang bertarikh 23 Januari 2015. JAS dalam jawapan balasnya enggan meluluskan permohonan atas alasan tapak projek berdekatan dengan tapak kuari yang masih aktif.

Baca : JAS Dah Halang Tapi Kerajaan Negeri Luluskan

Mempersoalkan alasan JAS itu, Chow kemudiannya menamakan dua bangunan lain yang menurutnya juga dekat dengan tapak kuari.

Projek tersebut ialah Projek perumahan banglo dan rumah berkembar serta UTAR yang pernah diluluskan permohonannya oleh JAS.

Hasil semakan mendapati UTAR dan rumah banglo dan berkembar yang telah siap itu sebenarnya tidak sedekat lokasi berlakunya kejadian tanah runtuh.

Berikut kami sediakan gambar untuk para pembaca menilai sendiri kebenarannya.  




Dalam bulatan menunjukkan lokasi berlakunya kejadian tanah runtuh dan apa yang membuatkan pihak kami tertanya-tanya ialah seberapa pentingkan pemaju ini kepada kerajaan negeri sehingga tergamak mengeluarkan hujah yang sebegini?

Selain jarak, faktor ketinggian bangunan juga harus diambil kira. Bolehkah dibandingkan bangunan apartment 50 tingkat dengan rumah banglo tiga tingkat?

Boleh dibandingkan bangunan yang dibina bersebelahan cerun dengan bangunan yang dibina di atas tanah rata?

Semakin banyak kita bercakap semakin terdedah pendirian sebenar kita yang terselindung selama ini. Fikirkan. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...