Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 22 Oktober 2017

Saya Dah Bagi Peringatan Banyak Kali Tapi Mereka Pekakkan Telinga - Adun Tanjung Bungah

Kerajaan Pulau Pinang harus bertanggungjawab sepenuhnya atas tragedi tanah runtuh yang mengorbankan 14 nyawa di Tanjung Bungah pada awal pagi semalam kata ADUNnya Teh Yee Cheu.



Teh Yee Cheu berkata beliau sebelum ini telah beberapa kali mengingatkan kerajaan DAP untuk menghentikan kesemua projek pembangunan di lereng bukit yang dilihatnya berlebihan di Pulau Pinang. Bagaimanapun amarannya itu tidak diendahkan oleh kerajaan. 

Beliau juga meminta maaf secara terbuka atas apa yang disifatnya sebagai gagal menghalang pihak-pihak terbabit untuk menghentikan projek pembangunan.

Ini kerana beliau sebelum ini telah beberapa kali membangkitkan isu berkenaan di dalam Dewan Undangan Negeri malangnya ia bagaikan mencurah air ke daun keladi.

"Saya ikhlas meminta maaf pada semua," katanya kepada wakil The Sun ketika dihubungi.

Untuk rekod Teh Yee Cheu ialah wakil rakyat dari parti DAP dan pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi kerana berbeza dengan pendirian kerajaan negeri dalam beberapa isu.

Antaranya beliau meletakkan jawatan sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang pada tahun 2015 kerana tidak bersetuju dengan projek tambatan laut. Beliau juga pernah menggesa agar Lim Guan Eng bercuti sehingga siasatan berkenaan pembelian banglo selesai. Malahan beliau beberapa kali menentang kerajaan negeri dalam isu-isu berkaitan alam sekitar dan pembangunan.

Semalam pada jam 8.50 pagi berlakunya kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 11 nyawa yang terdiri daripada warga tempatan, warga asing dari Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan Myammar. 

Setakat ini Bernama melaporkan 6 telah ditemui dan 5 masih dicari. Pasukan Mencari Dan Menyelamat turut membawa pelbagai peralatan dan jentera berat bagi membantu operasi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...